Salam Ukhuwah..
Tengahari ni saya makan lewat sikit sebab pagi ni ada mesyuarat seksyen..so ada la makan2 sikit..Dah lepas makan pagi..makan roti jala cicah kuah kari..Alhamdulillah..sedap!
Tengahari pun saya makan benda yang sama..sebab banyak lebih..memang roti jala ni favourite saya. Emm..biarlah makan benda yang sama..dari membazir.
Dah petang, saya teringat nasi bekal yang mak saya isikan pagi ni. Nasi putih dengan goreng telur mata dan ikan sardin rebus yg telah di goreng..Emm..rasa lapar plak..
Sementelah mesyuarat dah selesai, saya boleh relax sket sebelum settlekan claim ot. sambil makan saya teringatkan mak. Betulkan kasih sayang mak tak boleh di nilai..tiada nilai. Walaupun dia sakit, kurang sihat tapi masih nak masakkan untuk saya..keluarga..bergenang air mata ni..bila ingat mak..susah2 je untuk saya..
Biarlah lauk saya makan tidak semewah mana..tapi sebab air tangan mak, semuanya sedap di tekak ni. Bukan saya tak pernah nak masak..tapi mak x suka nak susahkan saya..Bila dia dah letih sangat, baru la mak suruh saya masak..itu pun x le sedap..(ha ha sebab tu kot)
Saya gaulkan nasi dengan ikan goreng rebus ni perlahan2 sambil air mata dok menitik..entah napa emo plak petang2 ni..
err..semalam Hari Ibu di Malaysia..saya x tau nak bagi apa..saya nak bawa jalan, mak x larat nak jalan.
So, saya belikan mak sepotong kek blueberry je..walaupun saya tau mak bukan suka makan kek. Tapi sebab dah bagi..dia suka je.."terima kasih.." kata mak.
saya teringatkan ni pun air mata dok bergenang..hampir menitik dah ni..
saya makan juga sehingga habis kerana mengenangkan perit jerih mak masak untuk saya..
hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...
Monday, May 9, 2011
Tuesday, May 3, 2011
Prof. Dr. Muhaya ~ perkongsian ilmu
Orang ikhlas tidak pentingkan pangkat kerana di sisi Allah semua sama. Fikiran mereka hanya satu bagaimana amalan saya diterima Allah. Hati mereka subur semangat dan tidak ada waktu untuk sakit hati.
Orang ikhlas akan disukai orang kerana amalan mereka akan menyentuh hati manusia. Mereka di kasihi Allah. Kecewa mereka hanya sedikit dengan urusan duniawi. Mereka yang tidak ikhlas banyak stress dan kecewa. Orang ikhlas tidak rindu dipuji.
Orang yang ikhlas akan sentiasa nikmat dengan amalannya
Keberuntungan itu bukan diukur dengan wang atau pangkat tetapi ia ada pada manusia yang sentiasa memperbaiki diri
Kredibiliti wajib menjadi ciri orang muslim. 3 ciri orang yang kredibiliti.
1. Jujur - biar kita dibenci tapi jujur lebih baik dari dianggap tapi tidak jujur, Tidak ada orang yang tidak suka pada orang yang jujur
2. Cekap dalam pekerjaan dan memuaskan dalam apa yang dilakukan.
3. Kreatif dan innovatif
"Once you replace negative thoughts with positive ones, you'll start having positive results."
Willie Nelson
Singer-Songwrite
What is the difference between success and prosperity? Prosperity is a sense of well being about yourself . Success is what other people see in you. Prosperity is your own feeling and attitude. Many people appear successful but they are not feeling prosperous. Making a lot of money may not be happy if it does not fulfill your purpose. You will feel prosperous if you are on purpose. Lets reflect today
Orang yang dapat mengelola hati mereka akan menjadi kuat dan beriman dan akan sentiasa berjaya dan bermanfaat. Ini lah tujuan kita semua. Buang semua sifat malas dan menyalahkan orang lain. Lihat apa berita dan surat khabar yang kita baca. Ini menunjukkan fokus kita. Apa yang kita fokus tu yang kita akan dapat. Oleh itu pilih fokus kita
Tidak ada benda kecil dipandangan Allah jika kita ikhlas. Jangan lengah untuk buat kebaikan walau sekecil mana pun.
Kalau kita tahu kelemahan kita kita akan tahu cara merawatnya dan tidak akan marah jika dikritik. Kita akan rendah hati dan mengenal Allah dan tidak akan sombong dengan kelebihan.
Orang yang sangat berjaya ialah mereka yang menikmati kritikan dan teguran.
Elakkan mencari kelebihan diri dan merasa lebih dari orang lain. Apabila melihat kesilapan orang lain kita belajar dari kesilapan mereka dan tidak membuatnya.
Kita tidak mulia dengan ilmu yang kita miliki tapi mulia dengan ilmu yang kita kongsi.
Semakin bersandar kepada dunia semakin resah seseorang itu. Jika kita resah mesti muhasabah kebergantungan dan keyakinan kita kepada Allah. Sandaran dalam hidup menentukan ketenangan hidup kita. Mereka yang bersandar kepada doktor untuk menyembuhkan penyakit tidak akan tenang kerana doktor hanya manusia biasa yang memerlukan Allah juga. Seni bersandar pada Allah adalah seni kenikmatan hidup.
Orang yang paling bebas dan tenang adalah orang yang paling bersandar kepada Allah dan bukan pada manusia
If you value yourself, you will value your time.
Successful people make decision quickly and change them slowly and unsuccessful people take so long to decide and change them quickly.
Peliharalah silaturrahim. InsyaAllah kita dipelihara Allah sentiasa.
EVERYDAY IN EVERY MOMENT, I THINK GOOD, I FEEL GOOD, I TALK GOOD, I HEAR GOOD, I DO GOOD AND I EAT GOOD. say this daily.
Burt Goldman
Jika kita ingin mengubah orang kita harus ubah hatinya dulu. Kita sering rawat kulit, rambut tetapi hati tidak di rawat
Pernah kah kita melihat makhluk lain ciptaan Allah yang menjadi kucar kacir contohnya matahari bulan dan haiwan. Ini kerana mereka mengikut ajaran dan undang undang Allah. Tapi manusia menjadi kelam kabut kerana tidak mengikut hukum Allah. Hanya dengan mengikut hukum Allah manusia akan mendapat segala kabahagiaan dan ketenangan..
Wednesday, April 27, 2011
Doa Antara 2 Sujud
Bismillah wal Hamdulillah..
Hanya Menyampaikan...
Dengan rendah hati, nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah melalui doa ini.
“Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)”
Diam sejenak, hayatilah maksud ini semasa membuat bacaan.
Buka dada dan diri kita untuk menerima ampunan dari Allah
seperti membuka diri ketika merasakan hembusan angin sepoi-sepoi atau menerima curahan air hujan
ketika kita masih kecil.
Tetaplah membuka diri kita untuk menerima ampunan Allah.
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan.
Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
“Warhamni (sayangi aku)”
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima
kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya.
Bukalah dada kita seluas-luasnya agar semakin banyak
kasih-sayang Allah yang kita terima.
Ulanglah beberapa kali hingga kita merasa cukup.
Kemudian, berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan
berikut dengan cara sebagaimana tersebut di atas, satu persatu.
“Wajburnii (tutuplah aib-aibku)”
“Warfa’nii (angkatlah darjatku)”
“Warzuqnii (berilah aku rezeki)”
“Wahdinii (berilah aku petunjuk)”
“Wa’Aafinii (sihatkan aku)”
“Wa’fuannii (maafkan aku)”
Setelah selesai, diamlah sejenak, kemudian lahirkan rasa syukur kita kepada Robbi.
Lihatlah, betapa besarnya maksud dan nilai doa ini.
Ia adalah satu doa yang kita hanya baca begitu saja (tanpa memahami maksudnya).
Dalam tidak kita sedar selama ini, kita sebenarnya seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu.
Kerana kita memohon, tapi tidak memahami apa yang dipohon.
Sekian, renung-renungkan dan sampaikan.
Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain.
Labels:
agama
Friday, April 1, 2011
Pembakar semangat
Life becomes meaningful when your actions impact more than just you. Your mission in life is using your gifts and talents to make a positive difference in others' lives. Whether the gift you give is a listening ear, a skill you teach or an encouraging word, make a difference to at least one person every single day.
"Kehidupan jadi bermakna jika apa yg dilakukan memberi manfaat pada bukan sahaja diri kita sendiri. Niat kita dalam hidup ini ialah untuk menggunakan kurniaan dan bakat bagi membantu kehidupan insan jadi lebih baik lagi. Samaada yang kita berikan sekadar mendengar rintihan sesaorang, kemahiran mengajar atau hanya kata-kata perangsang, berilah manfaat sekurang-kurang kepada seorang insan pada setiap hari".
~ Prof Dr. Muhaya...
Do not judge other people and don't let them affect you. Only choose empowering thoughts. Give all the focus on what you are doing and make sure your action are constructive and do not submit to negativity. Go away from negative people and media. THere is no accident in life and we attract everything that happen to us.
We never fail, it's just a lesson. TAke that lesson and overcome this small hurdle that will make you life better. When someone criticise us take it as a lesson. Focus on What we want not the How. Once we are clear about the What, Allah will show us the How if we intend to do it to benefit mankind. AN enterpreneur is someone who solve people's problem for a fee
Take a job for what you can learn not what you can earn- Robert Kiyosaki
Bila kita bebas dari penghargaan manusia kita sebenarnya bebas dan akan sihat dan kaya sentiasa dan bahagia dunia akhirat. Hanya orang yang ego memerlukan penghargaan manusai dan terjerat dengan banyak jerat kehidupan ini. Jika kita menyimpan wang untuk membeli barang yang akan meninggikan pandangan manusia alangkah ruginya, Wang patut dibelanjakan untuk memperbaiki diri dan memudakan iman kita
Subscribe to:
Posts (Atom)


