hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Tuesday, May 3, 2011

Prof. Dr. Muhaya ~ perkongsian ilmu

Orang ikhlas tidak pentingkan pangkat kerana di sisi Allah semua sama. Fikiran mereka hanya satu bagaimana amalan saya diterima Allah. Hati mereka subur semangat dan tidak ada waktu untuk sakit hati.
 
Orang ikhlas akan disukai orang kerana amalan mereka akan menyentuh hati manusia. Mereka di kasihi Allah. Kecewa mereka hanya sedikit dengan urusan duniawi. Mereka yang tidak ikhlas banyak stress dan kecewa. Orang ikhlas tidak rindu dipuji.
 
 Orang yang ikhlas akan sentiasa nikmat dengan amalannya
 
Keberuntungan itu bukan diukur dengan wang atau pangkat tetapi ia ada pada manusia yang sentiasa memperbaiki diri
 
Kredibiliti wajib menjadi ciri orang muslim. 3 ciri orang yang kredibiliti.
1. Jujur - biar kita dibenci tapi jujur lebih baik dari dianggap tapi tidak jujur, Tidak ada orang yang tidak suka pada orang yang jujur
2. Cekap dalam pekerjaan dan memuaskan dalam apa yang dilakukan.
 3. Kreatif dan innovatif
 
"Once you replace negative thoughts with positive ones, you'll start having positive results."

Willie Nelson
Singer-Songwrite
 
What is the difference between success and prosperity? Prosperity is a sense of well being about yourself . Success is what other people see in you. Prosperity is your own feeling and attitude. Many people appear successful but they are not feeling prosperous. Making a lot of money may not be happy if it does not fulfill your purpose. You will feel prosperous if you are on purpose. Lets reflect today
 
Orang yang dapat mengelola hati mereka akan menjadi kuat dan beriman dan akan sentiasa berjaya dan bermanfaat. Ini lah tujuan kita semua. Buang semua sifat malas dan menyalahkan orang lain. Lihat apa berita dan surat khabar yang kita baca. Ini menunjukkan fokus kita. Apa yang kita fokus tu yang kita akan dapat. Oleh itu pilih fokus kita
 
Tidak ada benda kecil dipandangan Allah jika kita ikhlas. Jangan lengah untuk buat kebaikan walau sekecil mana pun.
 
Kalau kita tahu kelemahan kita kita akan tahu cara merawatnya dan tidak akan marah jika dikritik. Kita akan rendah hati dan mengenal Allah dan tidak akan sombong dengan kelebihan.
 
Orang yang sangat berjaya ialah mereka yang menikmati kritikan dan teguran.
 
Elakkan mencari kelebihan diri dan merasa lebih dari orang lain. Apabila melihat kesilapan orang lain kita belajar dari kesilapan mereka dan tidak membuatnya.
Kita tidak mulia dengan ilmu yang kita miliki tapi mulia dengan ilmu yang kita kongsi.
 
Semakin bersandar kepada dunia semakin resah seseorang itu. Jika kita resah mesti muhasabah kebergantungan dan keyakinan kita kepada Allah. Sandaran dalam hidup menentukan ketenangan hidup kita. Mereka yang bersandar kepada doktor untuk menyembuhkan penyakit tidak akan tenang kerana doktor hanya manusia biasa yang memerlukan Allah juga. Seni bersandar pada Allah adalah seni kenikmatan hidup.
 
Orang yang paling bebas dan tenang adalah orang yang paling bersandar kepada Allah dan bukan pada manusia
 
If you value yourself, you will value your time.
 
Successful people make decision quickly and change them slowly and unsuccessful people take so long to decide and change them quickly.
 
Peliharalah silaturrahim. InsyaAllah kita dipelihara Allah sentiasa.
 
EVERYDAY IN EVERY MOMENT, I THINK GOOD, I FEEL GOOD, I TALK GOOD, I HEAR GOOD, I DO GOOD AND I EAT GOOD. say this daily.
Burt Goldman
 
Jika kita ingin mengubah orang kita harus ubah hatinya dulu. Kita sering rawat kulit, rambut tetapi hati tidak di rawat
 
Pernah kah kita melihat makhluk lain ciptaan Allah yang menjadi kucar kacir contohnya matahari bulan dan haiwan. Ini kerana mereka mengikut ajaran dan undang undang Allah. Tapi manusia menjadi kelam kabut kerana tidak mengikut hukum Allah. Hanya dengan mengikut hukum Allah manusia akan mendapat segala kabahagiaan dan ketenangan..

No comments:

Post a Comment