hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Friday, August 22, 2014

Hukum Tafakur


KUALA LUMPUR 22 OGOS – Persoalan berhubung apakah hukum tafakkur dan berkabung banyak diperkatakan. Berdasarkan fanpage Fatwa Malaysia jelas sekali bahawa  tafakkur adalah diharuskan apatah lagi apabila diisi waktu tersebut dengan membaca al-Fatihah untuk dihadiahkan kepada saudara kita yang terkorban. Manakala hukum berkabung dengan berpakaian hitam juga tidak menyalahi ajaran Islam apabila ulama Syria yang terkenal Sheikh Dr. Wahbah al-Zuhaylimenyebut bahawa dalam konteks wanita yang kematian suami diharuskan untuk memakai pakaian hitam, maka jika digunakan Qiyas kepada apa jua keadaan bersedih dan berdukacita, ianya juga diharuskan.
Di bawah ini adalah penjelasan dari laman fanpage Fatwa Malaysia kendalian Felo Fatwa Malaysia (JAKIM):
Soalan: Saya ingin bertanya tentang isu tafakkur dan berkabung. Adakah dalam Islam ada amalan tafakkur sebagai tanda kedukaan atas kematian sepertimana dalam ke MH17. Begitu juga tentang amalan berkabung. Dalam Islam apa yang sepatutnya dilakukan. Mohon penjelasan. Terima kasih.
PENJELASAN: Faham bertafakkur dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan sekarang ini yang dipanggil ‘moment of silence’ (tunduk selama beberapa minit) bagi menghormati orang yang mati. Tafakkur membawa makna “kegiatan hati untuk memahami makna setiap perkara bagi mencapai apa yang dihajati. Tafakkur juga merupakan pancaran hati yang dengannya kebaikan, keburukan, manfaat dan kemudaratan akan menjadi jelas (al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, ms.77)
Namun perbuatan tunduk selama beberapa minit (moment of silence) bagi menghormati orang yang mati tidaklah bertentangan dengan syarak kerana ia sekadar tanda penghormatan yang bersifat universal dan tidak melibatkan apa-apa ritual bacaan dan pergerakan yang menyerupai amalan keagamaan agama lain. Penekanan dalam perbuatan ‘moment of silence’ lebih kepada bagi menunjukkan kesedihan, ingatan dan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia. Namun sekiranya perbuatan tersebut disertai dengan ritual keagamaan agama lain seperti menyalakan lilin atau bacaan-bacaan tertentu maka ia menjadi tidak selari dengan amalan Islam dan dilarang oleh syarak. Asas terhadap keharusan tersebut boleh diambil dari perbuatan Rasulullah yang bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan baginda atas dasar kemanusiaan. Begitu juga dengan kisah seorang Sahabat Nabi bernama Qays Ibn Syamas yang pernah menyatakan hasratnya kepada Rasulullah untuk menghadiri majlis kematian ibunya yang beragama Nasrani, Nabi membenarkan dan menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah sebagai tanda hormat. (Ibn Qayyim al-JawziyyahAhkam ahl Zimmah, vol.2 ms. 434).
Walaupun apa yang dilakukan oleh Nabi dan Qays, tidaklah benar-benar sama dengan perbuatan ‘moment of silence’, namun kedua-dua perbuatan tersebut memberi isyarat bahawa tidak salah untuk menghormati orang yang meninggal melalui perbuatan yang tidak bertentangan dengan syariah, termasuk bukan Islam. Islam sendiri menggalakkan kita mengambil iktibar dari kematian. Namun yang terbaik untuk dilakukan bagi menghormati orang Islam yang meninggal dunia ialah dengan mendoakan mereka dan membaca ayat-ayat suci al-Qur’an. Sementara perbuatan berkabung bagi menunjukkan tanda dukacita kepada orang yang meninggal dunia seperti mengibarkan bendera separuh tiang dan memakai pakaian berwarna serba hitam atau suram adalah dibenarkan selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur atau ritual keagamaan agama bukan Islam yang bertentangan dengan syarak.
Dalam perbahasan para ulama amalan berkabung banyak merujuk secara khusus kepada apa yang dilakukan oleh seorang wanita yang kehilangan suami. Istilah yang digunakan ialah al-ihdad/al-hadad yang bermaksud menahan diri daripada berhias. Menurut istilah pula, perkabungan memberi erti meninggalkan perbuatan memakai haruman, perhiasan, celak, minyak, sama ada yang harum ataupun tidak, iaitu yang khusus bagi tubuh. Namun ia boleh dikiaskan kepada konteks yang lebih besar termasuk dalam konteks masyarakat dan Negara seperti dalam kes MH17. Maka keputusan untuk menetapkan beberapa hari untuk tujuan berkabung adalah termasuk dalam perkara yang harus. Malah dalam hal memakai pakaian berwarna hitam, terdapat perbahasan yang mengatakan bahawa Keempat-empat mazhab mengharuskan (iaitu dalam konteks wanita kematian suami) untuk memakai pakaian berwarna hitam. (Wahbah al-ZuhayliFiqh al-Islami wa Adillatuhu, jild 7. 662)

Tuesday, August 19, 2014

Macam mana nak pergi Putrajaya

Dengan Nama Allah

Putrajaya...

Napa plak saya boleh wat entri ni..emm.. dua tiga menjak ni ramai plak yang tanya secara lisan dan tulisan..so, ni la idea namanya..

Kiranya perjalanan ni dari Kuala Lumpur ok..tak kira la korang yang nak tanya pas ni dari negeri mana..korang kena amik point saya dari Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur ni plak kalau nak tau titik pertemuannya adalah di Pasar Seni @ Central Market. Memang la dia bukan ibu Kuala Lumpur tetapi di situ adalah pusat pengangkutan awam. Dari LRT Pasar Seni ni ada Stesen Bas Klang (Bus Stand Klang - orang2 lama biasa panggil ). Betul-betul bawah stesen LRT ni..alaaa yang dekat ngan sungai tu..

Bas Rapid KL dari sini korang kena amik no E1. Kekerapan yang agak kerap dalam 30 minit satu ( sila rujuk jadual @ tanya inspektor bas yg pakai baju oren) Tambang sehingga entri ini di tulis ialah RM 3.00..One stop center means dia cuma berenti kat Pasar Seni atau di Putrajaya je..Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit ke sejam bergantung dalam pelbagai keadaan spt hujan, keadaan lalulintas, kerosakan bas juga!

Satu lagi bas yang ke Putrajaya ialah bas Sri Indah. Korang boleh cari bas ni kat depan Maidin yang berdepan dengan Ibu Pejabat Maybank tu (area Pudu Raya). Tambang lebih kurang RM 2.70 je.

Satu lagi cara paling glamer ialah naik ERL versi transit..yang ni korang boleh ke KL Sentral dari Pasar Seni mahupun mana-mana stesen LRT PUTRA. Keluar dari stesen LRT Putra di KL Sentral, jalan mengiring ke kanan sikit dan terus ke depan.

Beratur kat situ dan bgtau nak g Putrajaya sehala atau nak ulang alik. Tambang sehala cuma RM9.50 je. Kekerapan dalam 20 minit satu ( bergantung juga kepada masa puncak dan masa biasa). Nak masuk tu swipe je kat atas mesin tu..then turun ke bawah..

Kalau tren tak sampai lagi boleh tunggu je kat kerusi yang ada tu..nak sejuk gi masuk kat bilik berkaca..
Bila tren dah sampai, sila bersabar ye..sebab KL Sentral ni terminal terakhir jika tren ini dari KLIA. So, kena tunggu orang keluar..jangan berebut tau..

Andai tren sedia ada semasa korang turun, korang boleh tgk pintu tren tertutup. Berdiri dekat ngan pintu dan tekan butang kat pintu tu..tunggu pintu buka baru masuk ek! (Ramai yang tak tahu bab tekan menekan butang di pintu tren...) 
Tempat duduk yang selesa dan ada air-cond. Perjalanan lebih kurang 28 minit je ke Putrajaya.

Ok. Kiranya korang dah sampai Putrajaya..kat sini telah di namakan Putrajaya Sentral.Boleh teruskan perjalanan korang nak ke mana. JPM, JPN, Imigresen, MOF, Alamanda... Kat area bas ni ada di tampal nama tempat di tuju dan no bas. Tambang RM0.50 je.. Kat sini juga kalau da apa-apa event, pihak Putrajaya akan sediakan bas pengangkutan percuma ke Dataran Putrajaya atau tempat kejadian.

Yang naik ERL plak..sebelum korang keluar, masukkan kan kad dalam mesin tu, baru pintu tu buka..jalan ke depan dan terus ke kanan..kemudian ke kiri..kemudian turun bawah je..kat situ ada stesen bas seperti yang di nyatakan tadi...teksi pun ada kalau nak cepat..

so..ada apa yang boleh saya bantu? 


Chicken Golden Blue/ meatball


Dengan nama Allah..

nak cerita n nak kongsi tempat makan dan makanan yang aku rasa agak best tp kalau korang rasa tak best terpulang la kan sebab aku makan memang best hehe..

1. Nak makan kudap-kudap boleh try kat ni - Chicken Golden Blue. dalam ayam ni ada cheese cair yang best di makan masa panas. Jejari kentang yang tak masin sangat sesuai di makan begitu saja..dan jagung yang boleh di kunyah mesra bersama-sama.


Chicken Golden Blue 

Pas tu dah makan nak minum ala-ala menjernihkan tekak boleh try minum air yang menyegarkan ni. Lemon Fizz dan grapes fizz..hahamemang nyaman tekak kalau minum.




Yang paling aku suka sebab selain ayat klise - ia sedap malah ada rasa tersendiri selain dari meatball kat Ikea tu.tapi bilangannya ada 8 ketul. kalau rasa tak cukup sila order lain. tapi opkos cukup je. dan kenyang.
ada rasa Carbonara, masalla juga..

so, boleh try mana yang korang suka....

Meatball Carbonara

6 Fakta Almarhum Ustadz Jeffry AlBukhori didalam memperlakukan Isterinya


1. Abi selalu memimpin tangan isterinya saat berjalan, jikapun 1 tangan juga tak bisa memimpin karena suatu hal, Abi selalu meminta istrinya yang memimpin tangannya. Alasannya dia bertanggung jawab atas jalan istrinya supaya selalu aman.

2. Abi selalu mencium kening istrinya disaat-saat tertentu, sebelum dan selepas balik dari bekerja, selepas solat, sebelum dan sesudah tidur. Alasannya sebagai tanda bahwa dialah pelindung dan penenang istrinya agar istrinya selalu merasa nyaman.

3. Abi tidak pernah berteriak pada istrinya, alasannya suara yang keras dari suami untuk istrinya adalah cambuk yang menyakitkan.

4. Abi tidak pernah mencela dan memaki istrinya sebesar apapun kesalahan yang diperbuat alasannya makian dan celaan bukan kata kata yang bijak untuk mengajarkan kebenaran

5. Abi selalu memeluk dan membelai istrinya jika istrinya berbuat salah, alasannya mulut dan perbuatan istri adalah tanggung jawab suami, bila istri sampai tidak terkontrol itu adalah salah suami, sebab itu dia selalu memeluk dan membelai istrinya sambil berkata "maafkan Abi" , lain kali jangan kamu ulangi kesalahan itu lagi, jadilah istri yang soleha dan baik, salahkan Abi saja.

6. Abi selalu bangun sebelum dan berangkat tidur setelah istrinya, alasannya kewajibannyalahuntuk melindungi hidup istrinya dimulai saat bangun tidur dan sampai akan tidur, itulah janji suami pada istrinya.

Pepatah ada mengatakan hati wanita akan luluh jika disiram dengan air sejuk daripada menyiramnya dengan minyak panas, krn pada dasarnya mereka inginkan perhatian dan kasih sayang.

Semoga keluarga kita selalu bahagia dan harmoni.