Thursday, June 27, 2013

Perkahwinan DiRaja Kelantan & Brunei ~ Tengku Amalin Dan Putera Qawi



                                    


 SEMOGA ALLAH SWT MEMBERKATI PENGANTIN DIRAJA. SEMBAH TAHNIAH BUAT PENGANTIN DIRAJA KELANTAN DARULNAIM - BRUNEI DARUSSALAM IAITU YAM TENGKU AMALIN AISHAH PUTRI BT SULTAN ISMAIL PETRA & YAM PENGIRAN MUDA ABDUL QAWI IBNI PENGIRAN WAZIR PENGIRAN HJ MOHAMED BOLKIAH..

Adinda Sultan Kelantan, Tengku Amalin Aishah Putri Petra, 29, akan melangsungkan perkahwinan dengan anak saudara Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Qawi, 39, di sini hari ini. (27 Jun 2013)

Majlis akad nikah akan diadakan di Istana Mahkota, Kubang Kerian jam 8.45 malam ini dan majlis persandingan akan diadakan esok di Istana Negeri. Juga akan diadakan majlis istiadat bersanding di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan, Brunei, 6 Julai ini.

Tengku Amalin adalah bekas Majistret di Kota Bharu dan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Tengku merupakan anakanda keempat dan puteri bongsu Sultan Ismail Petra, manakala Pengiran Muda Abdul Qawi adalah anakanda sulung daripada 10 beradik kepada Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, iaitu adinda Sultan Hasanal Bolkiah.

Rombongan diraja Brunei yang diketuai Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dikatakan tiba di Kota Bharu, Isnin lalu untuk menghadiri majlis akad nikah dan majlis persandingan pasangan terbabit.

 

Latar belakang Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri.


Yang Amat Mulia Tengku Amalin Aisyah Putri Bt Sultan Ismail Petra diputerikan Pada 26 Jun 1984 di Kota Bharu, Kelantan. Yang Amat Mulia Tengku Amalin merupakan puteri bongsu kepada Mantan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Bt Almarhum Tengku Abdul Hamid.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Zainab II, seterusnya beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama (SMA) Naim Lilbanat. Yang Amat Mulia Tengku Amalin mendapat pendidikan tinggi di Universiti Islam Antabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang undang-undang.

Latar Belakang Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi

Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi merupakan Putera kedua daripada 10 orang adik beradik kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Hj Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah Ibni Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.

Pengiran Anak Zariah merupakan kekanda kepada Raja Isteri Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

No comments:

Post a Comment