hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Thursday, July 16, 2015

labu air masak air ala kelantan

makan malam ngan ayah, 2 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri - 15 Julai 2015.
Ayah biasa makan malam selepas solat isya...so malam ni ayah tanya..lauk untuk sahur nak makan apa...
i have no idea la dad!
hahaha pengsan kalau ayah aku dengar aku spekung london

x tau la ayah..nak masak apa

emmm masakkan ayah labu air..
ala senang je..tumbuj bawang merah bawang putih lada hitam..ha! jangan lama sangat rebus tu...

pergh...!!! memang terbaik..aku bab menghafal memang la teror. jangan risau ye ayahanda..

balik lepas makan malam..g cari farmasi sebab farmasi kat kg baru ni dah tutup; balik raya..so menapak ke sebelah shell jalan TAR..mak oooii umat manusia sangat la ramai berduyun2 mencari bahan2 nak masak...emmmm
masih tak berubah mentaliti orang bergelar manusia. dah tau jalan sempit..apsal dok sempitkan akal sama..!
jangan la park keta tepi jalan bang kakak oiii..,menyusahkan orang lain..tak de kesedaran langsung! perjalanan tak sampai 5 minit jadi 45 minit..haru betul la..!
ok berbalik kepada labu air 

ramuan yang senang sangat ni, meh nak kongsi sesama

labu air potong dua buat macam potong timun
bawang merah dalam 3 biji
bawang putih 2 biji
lada hitam
ikan bilis
nak guna ikan pun sedap (biasanya kalau ada ikan lebih, lebih sedap guna ikan)
garam dan gula secukup rasa

tumbuk bawang merah dan putih bersama lada hitam dan juga ikan bilis
tak yah hancur sangat sebab nak kasi rasa kemunculan ramuan di mulut..

jerang air bubuh labu dan ramuan tumbukan tadi tu..

masuk la garam dan gula

biar didih sampai masak...
taraaaa dah siap....

1 comment:

  1. Alhamdulillah dah mahir dah masak labu air ala kelantan sebab kebiasaannya buat yang versi negeri lain. Terima kasih atas perkongsian resepi yang bermakna ini 👍👍👍

    ReplyDelete