hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Monday, January 27, 2014

Pilihan nasi lemak di Kg. Baru Kuala Lumpur

Dengan nama Allah..

Nasi lemak kat Kg. Baru ni famous la juga compare dari yang lain. Antara yang dah biasa di dengar nasi lemak Antarabangsa.

Saya ada pilihan lain;

1. Nasi Lemak Wak Manjor


Terletak sebaris dengan warung nasi lemak anatarabangsa, nasi lemak Mak Wanjor ni memang ada peminatnya tersendiri. Selain pilihan lauk pauk nya yang sedap, sambalnya yang ada rasa manis sedikit memikat selera ramai. Pilihan lauk, paru goreng, telur mata, sambal sotong (sedap!), rendang daging, ayam goreng, ayam masak merah (ayam madu kot) dan juga sambal kerang. nasi yang di hidangkan adalah nasi kukus..sangat sedap dan pernah menjadi kunjungan YB PM Dato' Sri Najib.

Kedai beroperasi waktu pagi dan juga waktu malam.. Warung ni sempoi je tapi ok la..

2. Nasi Lemak Pak Hassan

kuah roti canai kaki ayam



Warung ni terletak berhadapan dengan bangunan DBKL dan UNIKL. Sebelum simpang empat Jalan Sultan Ismail. Pagi- pagi dah ramai orang sampai la ke tengahari, tak putus-putus pengunjung.
Yang best kat sini, semua layan diri..nasi lemak kukus boleh ambil berapa senduk kita nak, pilihan lauk sendiri (tu yang agak sesak tapi still under control), ambil air sendiri dan juga terus duduk dan makan. Ada juga di sediakan roti canai dan roti telur beratur. Kat sini ramai yang suka makan sebab kuah karinya ada kaki ayam. Siapa yang suka kaki ayam, boleh ambil berapa banyak yang kita nak...

puas hati tu makan...

3. Nasi Lemak Kak Sham.

Kedainya depan rumah beliau je. Di lorong Daud menghala ke Masjid Jamek, Kg. Baru. Walaupun kecil tapi saya memang suka nasi lemak beliau dari dulu. Ayam berkuah minang paling saya suka. Nasi lemaknya juga di kukus. Kat sini ada juga di sediakan meja tapi amat terhad..

Di buka setiap hari kecuali hari Isnin.


4. Nasi Lemak Makcik Minah

rendang kerang


lontong jawa
Kat Pasar Minggu ni, memang banyak pilihan nasi lemak. tapi saya suka Nasi Lemak Makcik Minah ni antara lain sebabnya banyak pilihan lauk dan nasinya yang banyak. Ada paru goreng, sambal sotong (dari dulu sedap), rendang daging/limpa, sardin, ayam goreng , telur mata, rendang kerang dan juga ayam masak merah. Ada juga lontong jawa dan kuih lopes..

Kuih lopes nya sedap. dah la sekarang susah nak dapat..
Dulu makcik Minah sekarang di warisi oleh anak cucunya. Namun rasanya masih sama. Cuma kuah lontongnya, dah hilang rasa dari asalnya. Lontong jawa nya ada tauhu, tempe dan yang penting kelapa kerisiknya di tambah dengan sambal. Memang sedap la...

rendang daging/ limpa
Di buka setiap hari dari jam 6 pagi sehingga 12 tengahari. hari Selasa je tutup.

Monday, January 13, 2014

Dengan nama Allah..

Restoran Rosdet ni memang  terkenal dengan 'kepantasan' menghantar makanan yang telah di order pelanggan..lebih kurang 5-10 minit je dah siap. Kalau setakat siap awal, mungkin pelanggan tak heran sangat kot..ni dah le cepat, masakan diorang masak memang best r...

Untuk yang biasa makan berdua, bertiga berkeluarga berkumpulan semua boleh. Meja dan ruang memang besar. Ada juga di sediakan tandas yang bersih dan ruang untuk solat.

Biasanya yang dapat tengok kalau orang order makanan ialah masakan panas. Tomyam Pok Tek (warna putih) tomyam, ikan siakap stim limau - perghh! memang mengancam la.

Bila dah biasa makan, saya try selain yang biasa kita order di kedai masakan Thai yang lain. Cuba order kari ketam rosdet..memang sedap, isi penuh..makan sehingga menjilat jari -kompem!

Boleh cuba ayam pandan, ikan siakap pedas rosdet...(merah telinga oo tahan pedas!) dan yang lain biasa- biasa kita makan. Kangkung belacan, kailan ikan masin, kerang bakar atau kerang rebus, telur dadar.

Jangan lupa makan sambal belacan rosdet yang di beri percuma tu..memang terangkat!

So, biasa kedai ni memang ramai orang tapi jangan risau la sebab ada je tempat untuk kita nak duduk...

macam mana nak pergi sana..senang sangat nak cari..Land mark ; sebelah Kuala Lumpur International Hotel (KLIH).

Selamat mencuba!