hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Tuesday, December 25, 2012

hari lahir

dengan nama Allah...

Alhamdulillah..dengan berkat kurniaanNya..saya masih di beri peluang untuk bernafas di muka bumi ini pada hari ulangtahun kelahiran saya yang ke-35.. tahun yang penuh dengan dugaan dan cubaan yang membuat saya semakin matang dalam menghadapinya..In shaa Allah hanya kepada Allah saya serah segalanya.

Allah memberi segala kenikmatan ke atas saya hambaNya. Menyayangi saya atas kekurangan yang saya ada..kerana zat dan sifat Allah Maha Menyayangi, Maha Mengasihi, saya belajar menerimanya..

ucapan terima kasih kepada mak yang bukan sahaja melahirkan saya ke dunia ini malah atas segalanya...yang saya tak kan dapat senaraikan semuanya di sini...Sebagai teman luahan rasa, sebagai emak yang memahami tingkah rasa anaknya..sebagai guru yang mengajar dan membentuk peribadi, sebagai doktor yang merawat pesakitnya..naluri seorang emak akan membuat seluruh kerjaya di dunia ini di dalam satu jiwa..EMAK.

tak lupa kepada ayah yang mengajar anaknya dalam diam,lirikan mata yang menegur kesalahan, berdehem ayah seolah 'memukul' rasa..ayah dan emak tak pernah sekalipun memukul saya malahan kami adik beradik tidak di 'sentuh' atas setiap kesalahan..laungan nasihat tak jemu di leteri, teguran sayang dalam bermusyawarah..

abang dan adik yang menyayangi serta mengasihi saya, satu-satunya saudara perempuan mereka. ucapan dan hadiah berselang seli setiap tahun..kalau tak bagi, memang saya minta!

sahabat dunia akhirat saya, Wani yang sentiasa mengingati detik kelahiran saya. yang masih tak jemu menanti tibanya minit berharga bagi diri saya..sekadar secebis ucapan namun ia melebihi dari segala nilai hadiah..terima kasih menjadi sebahagian dari diri saya..memahami buruk baik saya, meyelami saat duka,sedih, tangisan..tersenyum atas kegembiraan,ketawa riang hidup saya....saya menyayangi anda dan semoga ukhuwah kita hingga ke dalam syurga...in shaa Allah..!

teman-teman yang mengingati tarikh ini bukan sekadar cuti sedunia..tetapi mengingati ianya adalah tarikh lahir saya dan mereka berkongsi rasa, bahawa saya pada hari ini sedang meraikan hari lahir saya! terima kasih atas limpahan mesej yang di sampaikan melalui sms, fb, panggilan telefon, malah sudi belanja makan..amat membuat saya teruja. Rasa di sayangi, di kasihi..kerana luahan rasa atas secebis ucapan yang ringkas adalah doa lahir dari dalam hati pengirim yang ikhlas mendoakan saya  menerima limpahan rezeki, keberkatan hidup dan lain-lain. amiin, semoga Allah membalas doa kalian terhadap saya..

..dan tiada sebab mengapa saya tidak gembira dan senyum..
ini kerana mereka ada di sisi saya bukan kerana hari ini saya menyambut ulangtahun kelahiran saya tetapi kerana mereka menyayangi saya setiap waktu kerana Allah sebagaimana saya juga menyayangi mereka kerana Allah!

terima kasih semua!








Monday, December 24, 2012

gold coast resort morib

sabtu 22 Disember 2012..

Ari ni join family day opis Wani..g Gold Coast Morib..opkos di Morib la kan..perjalanan yang lancar dari bukit Jalil..saya naik lrt dari Kg Baru terus ke Bukit Jalil..perjalanan tak terasa jauh sebab sambil mengunyah sambil melayan Tasneem bercerita..ha ha.. dah lama saya tak bermesra dengan Tasneem.Ada la dalam dua minggu. sebab? Tasneem demam dan batuk..kemudian beliau telah di bawa balik berubat sehingga ke Temerloh..




Sesampai di Gold Coast, parking keta dan berjalan laju  ke meja makan yang dah pun ramai orang berbaju oren..saya pun apa lagi, buka bekalan dari Kolumpur la..Nasi lemak..
Mata asik dok melilau mana la theme park yang sangat santek tu..aduyai...(sebelum datang dah survey gamba dan suasana itu)



lepas makan, terus ke pantai untuk menikmati acara sukan ringan oleh warga MSN..depa ni dah biasa incharge sukan yang yang besar, la ni handle sukan keluarga la plak..happening mak!
dah penat tengok org bersokan..g jalan kat tengah laut yang tengah surut..wah! indahnya..takjubnya..(err gamba kena cari, mana dah di simpan).

Sambil- sambil tunggu sukan untuk keluarga tu, ada wat cabutan bertuah, he he Wani memang bertuah la sebab bukan semua akan dapat tau..Wani dapat kipas meja..banyak gak hadiah yang depa ni bagi..mesin basuh, tv, tablet..pergh!
sambil menunggu hadiah yang grand, kami makan lagi..ho ho ho...

dah habis aktiviti wajib, maka bergegas pula check in hotel. Family day MSN ni separuh hari je.sapa2 yang nak mandi boleh je terus menyirami diri memasing dan kendian boleh terus balik.
kami mmg plan mau tdo di bilik hotel yang santek ni..sebab kalau dah main air selalunya akan kepenatan le..lagipun tak le mahal sangat rega biliknya..

bilik plak memang tidak menghampakan..
fuiyoo!! manyak best woo..! ada jacuzi la plak..ish..mana satu nak pilih ni..balikmandi kolam kang la baru bantai masuk jacuzi..

apalagi solat dulu, salin baju dan turun ke theme park..yang paling tak sabar bukan Tasneem je..kami pun x sabar nak main air...

bila dah main air, sapa mau ingat benda lain..siram...siram..rendamkan diri..blup..blup...
taman temanya cantik..mungkin sebab baru lagi dan suasana macam tenang je..banyak tempat main sesuai untuk semua peringkat umur..untuk kanak2 kecik..untuk kami yang besar...

sampai ke petang dah main, naik berendam dalam jacuzi plak..muat tu kami berempat...!

habis melepak dalam jacuzi, solat dan bersiap plak untuk mengisi perut. Memandangkan kami tak tau nak cari makan kat ne..saya mencadangkan untuk makan kat Bagan Lalang yang kiranya macam tak jauh..he he..r0panya jauh gak mak encik weii.....




kami sampai hampir jam 8 malam..tengok orang dah ramai beratur...aduyai..lupa la plak..ari ni sabtu, memam la ramai orang. Bayangkan beratur je untuk pilih ikan dah sejam lebih..tunggu dorang masak pun hampir sejam.

perancangan nak makan santai kat situ di batalkan, itupun sebenar nak cancel je.
kami amik keputusan untuk bungkus dan balik makan kat hotel je..
dalam perjalanan kami ratah makan sotong goreng celup tepung tu..ranggup beb! memam makanan dan masakan kat kedai-kedai di Bagan Lalang ni fresh dan sedap..


Ikan jenahak bakar...
 sesampai hotel terus bentang paper; hidang nasi putih, ikan merah dan ikan jenahak bakar, bebuluh masak apa kicap, ketam masak pedas..hu hu..sedap la weiii..
 
credit to eyriqazz.com

habis makan, saya..terus ngantuk..dan x tau apa dah....he he..

Thursday, December 20, 2012

Harta Dunia


Wahai Anakku,
Aku ingin berpesan kepadamu terhadap harta. Ia sebesar- besar ujian Allah kepadamu selain anak pinak. Kerana itu Allah menyatakan " sesungguhnya harta dan anak kamu adalah ujian Allah kepadamu. Dan Allah menyediakan pahala yang besar pada keduanya".

Wahai anakku,
Aku menyaksikan putusnya silaturrahim kerana harta. Manusia sanggup berbunuh kerana harta, dan manusia sanggup khianat kerana harta, dan manusia sanggup syirik kepada Allah kerana harta.

Nauzubillah.
Wahai anakku,
Bilamana manusia menjadikan harta sebagai'tuhannya' mereka sanggup melakukan apa sahaja demi harta tersebut. Ingatlah wahai anakku, jangan sesekali kamu memutuskan hubungan silaturrahim kerana harta. Ada adik beradik tidak bertegur sapa kerana harta pesaka yang ditinggalkan ayah atau ibu mereka. Sedang dikala mereka kecil, sewaktu ibubapa mereka masih ada. Mereka beargurau senda, bermain sama sama, berlari dengan keariangan bersama kbu yang mereka semua sayangi.

Wahai anakku,
Alangkah dukacitanya kerana harta yang sedikit, mereka sanggup memutuskan kebahagiaan keluarga. Mereka melupai betapa penat alelah ibubapa mereka mengumpulkan harta untuk kebahagiaan mereka. Bukan untuk mereka berebut harta tersebut, sehingga memutuskanntali persaudaraan. 

Wahai anakku,
Alangkah sedihnya ibubapa dialam barzakh, ia tinggalkan harta untuk merapatkan hubungan anak-anaknya. Gunalah harta itu demi mengeratkan ikatan. Mengigatkan kamu terhadap ayah dan ibu yang telah kembali mengadap Allah. Janganlah kamu tamak terhadap harta dunia, kerana harta bukan segalanya dalam hidup ini. 

Wahai anakku,
Engkau boleh beli rumah yang besar, tetapi kamu tidak boleh membeli kebahagiaan. Kamu boleh membeli tilam yang tebal, tetapi kamu tidak boleh membeli nyenyaknya tidur. Kamu boleh membeli makanan yang sedap, tetapi kamu tidak boleh membeli selera untuk makan. Kam boleh membayar pekerjamu, tetapi kamu tidak boleh membeli kasih sayang mereka. 

Wahai anakku.
Andainya kamu merasa besar apa yang ada didunia yang fana ini, sesungguhnya engkau telah tertipu dengan dunia. Dunia ini pernah menipu alim ulamak, sehingga rosaklah ilmu mereka. Ia pernah menipu pemimpin, sehingga mereka berperang kerananya. Ia juga pernah menipu sebahagian besar manusia, sehingga mereka dilekakan olehnya. 
Wahai anakku,
Engkau akan selamat selagimana kamu menggunakan dunia untuk mencari kebahagiaan akhiratmu. Engkau gunalah dunia ini, kerana selepas itu engkau akan tinggalkan dia. Dunia tidak akan menagisi kematianmu, sebagaimana kamu tidak perlu menagisi kerana berpisah dengan dunia. Dunia akan mengikutmu, andainya kamu boleh kuasainya untuk mencari redha Tuhanmu. 

Wahai anakku,
Katakanlah kepada dunia..... Kalau kamu nak tipu, tipulah orang lain, jangan kamu tipu aku. Tetapi percayalah wahai anakku. Kamu tidak akan selamat dari tipudaya dunia melainkan kamu mengagungkan Allah, ikhlas dalam setiap amalanmu dan merasai dekatnya kematianmu.
Salam sayang buat anak-anakku.

Senyumlah kepada dunia nescaya dia akan senyum kepadamu.....

Ingatan

INGAT

>Jika kamu ingin melupakan seseorang ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya.

>Jika kamu mulai tak menyayanginya ingat di saat pertama kali kamu jatuh cinta padanya.

>Jika kamu mulai bosan dengannya ingat saat terindah bersamanya.

>Jika kamu ingin menduakannya bayangkan jika senandainya dia selalu setia.

>Jika kamu ingin membohonginya ingat saat dia jujur padamu apa adanya.

Maka kamu akan merasakan “pahit manis” serta makna menyayangi dan mencintai seseorang dengan suatu “ketulusan dan penuh keikhlasan”.

Tuesday, December 18, 2012

Pemimpin..



wahai anakku,
Janganlah kamu libatkan mereka yang panas kepala dalam mesyuaratmu, kerana ia tidak akan menerima pendapat berbeza. Jangan engkau libatkan mereka yang tinggi egonya, kerana ia akan memandang rendah kepada pandangan orang lain. Jangan engkau perlekehkan pandangan yang rendah dan bodoh, kerana Allah tidak menyamakan taraf akal manusia. Hargailah setiap pandangan, Agarp
andanganmu dihargai.

Wahai anakku,
Jangan kamu gopoh gapah dalam membuat sesuatu keputusan yang besar, melainkan engkau dengar pandangan semua. Mohonlah pandangan dari yang lebih tua atau yang alim, kerana sebahagian mereka tidak akan memberi pandangan melainkan diminta. Mutiara yang indah tidak akan dapat diambil, melainkan kena buka keraangnya. Berbahagialah bilamana kamu mampu melihat dari sudut yang berbeza sebelum engkau membuat keputusan.

Wahai anakku,
Jangan engkau kemukakan sesuatu cadangan, melankan engkau suluh ia dari kacamata Tuhanmu, engkau padankan dengan ilmumu, dan engkau timbang ia dengan kudrat ahli yang akan melaksanakan cadanganmu. 

Wahai anakku,
Janganlah engkau berdukacita bilamana cadanganmu ditolak, sebaliknya bersyukurlah kerana engkau tidak akan menanggung dosa di atas cadangan itu, seandainya ia membuahkan keburukan. Sebaliknya hendaklah engkau beqristiqfar bila cadanganmu diterima, kerana belum tentu ia menjadi kebaikan bila dilaksana. Sekiranya ia menjadi kebaikan, janganlah engkau bangga kerana cadangan itu datang darimu, kerana engkau tidak mengetahui samada Allah menerima atau menolak kebaikan itu.

Wahai anakku,
Patuhilah sesuatu kutusan mesyuarat, walau kamu tidak bersetuju sekalipun, kerana hebat mana satu pandangan, tidak akan sama dengan pandangan dan keputusan jamaah. Ingatlah pertolongan Allah beserta jamaah.

Wahai anakku,
Awasilah golongan yang mengadakan mesyuarat diluar mesyuarat rasmi bagi mengumpulkan golongan yang tidak bersetuju di dalam sesuatu keputusan, kerana ini peranda keretakan jamaah dan mengundang kemurkaan Allah. 

Wahai anakku, 
Bilamana engkau telah menerima sesuatu keputusan, bertawakkallah kepada Allah, berazamlah untuk melaksana keputusan dan mohonlah pertolongan Allah. Kerana keputusan yang besar dan berat akan menjadi ringan bilamana Allah membantumu.

Semoga Allah memandu kita dalam urusan agamanya...... Senyum.

Monday, November 26, 2012

Pengunaan Allahyarham vs Allahyarhamah


Penggunaan Allahyarhamah

stutroop

ada org kata (org agama ni, dan ramai), si mati, samada lelaki atau perempuan, akan dipanggil 'Allahyarham'. tiada istilah 'Allahyarhamah' untuk simati perempuan.

mohon pencerahan
wassalam

***********
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan stutroop dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

1. Contoh penggunaan Allahyarham :

الله يرحم الشافعي
"Allah Yarhamu Syafie - Allah merahmati Syafie"

a. Allah - berbentuk kata Nama / Nouns / Isim (الله)
b. Yarham / Yarhamu - (يرحم) - berbentuk perbuatan Allah (Present tense Verb/ Fa'il Mudhari'). Iaitu Dia (Allah) yang merahmati.
c. Syafie - Nama orang (الشافعي)

Yarhamu / Yarham itu merujuk kepada perbuatan 'DIA/He' iaitu Allah, dan bukan kepada orang yang bernama Syafie. Samalah kalau nama yang di do'akan untuk mendapat rahmat itu adalah seorang wanita yang bernama Fatimah :-

الله يرحم فاطمة
(Allah Yarhamu Fatimah) "Allah merahmati Fatimah" - kerana perbuatan merahmati itu adalah perbuatan Allah, dan bukan Fatimah.

2. Memasukkan tamarbutah ( ة ) didalam Yarham menjadi Yarhamah pun merupakan satu kesilapan tatabahasa. Kalau nak menunjukkan yang di rahmati itu adalah seorang wanita, maka ia akan menjadi :-

الله يرحمها
"Allah Yarhamuha" - Allah merahmati NYA (Wanita).

3. Diantara perkataan yang boleh di gunakan untuk membezakan lelaki dan perempuan ialah pergunaan al-Marhum (المرحوم) dan al-Marhumah (المرحومة) pada permulaan nama mereka.

Kesimpulannya, AllahYarham digunakan kepada lelaki dan juga wanita. al-Marhum dan al-Marhumah boleh digunakan untuk menunjukkan perbezaan gender.

Sekian, wassalam.
 
 
:. terima kasih qazikirdandoa.blogspot

Monday, November 12, 2012

Ukhuwwahfillah..


Saya meminati nukilan beliau..nukilan lahir dari hati dan di ungkapkan dalam bentuk tulisan yang paling senang di fahami..


Hafiz Zainol Abidin adalah sahabat saya paling rapat dalam dunia ini. Paling saya cinta. Paling saya kasih. Paling saya senangi dan kasihi.

Ramai mengetuk inbox saya dan bertanya:
"Apakah saya boleh bersahabat dengan anda?"


Ya, jawapannya memang boleh. Tetapi apakah yang kita expect, dengan perkenalan hanya di alam maya, dengan tidak pernah berjumpa, dengan tidak pernah punya pengalaman bersama, dengan tidak pernah duduk susah dan senang bersama, kita terus menjadi sahabat rapat sehati dan sejiwa?

Ukhuwwahfillah tidak semudah itu. Bukannya dengan menyatakan: "Uhibbukafillah" atau "Uhibbukifillah" menjadikan ukhuwwah itu terus erat. Pasu bunga yang cantik melalui proses pembuatannya, gula-gula yang manis melalui proses pembuatannya, buah-buahan yang tumbuh dari pokok ada prosesnya. Jadi ukhuwwahfillah itu ada prosesnya.

Bersama Hafiz, saya lalui pelbagai perkara. Mengenalinya semenjak tahun 2002, hingga kini tahun 2012, 10 tahun, pelbagai perkara kami lalui bersama.



Masa-masa kami berqiamullail bersama di Musolla, sembang pagi masa sarapan di asrama, semasa bermesyuarat dalam bilik pengawas, semasa berbuka puasa kala Sya'ban dan Ramadhan. Kala mengikuti pelbagai jenis program kepimpinan dan jati diri bersama-sama. Kala dia sakit, kala saya sakit. Kala dia bersedih, kala saya bersedih. Kala kami sama-sama bergembira. Kala dia mahu mencari isteri dan saya mahu mencarinya juga. Kala kami masing-masing bertemu dengan cinta kami. Kala dia perlukan bantuan saya, kala saya perlukan bantuannya. Ketika dia keluar duit untuk saya, kala saya keluar duit buatnya. Kala dia menziarahi rumah saya, dan ketika saya menziarahi rumahnya. Kala dia tepuk belakang saya menenangkan jiwa saya yang lara, kala saya memegang bahunya memberikannya semangat. Kala dia menjadi driver saya, membantu saya yang tidak kuat memandu jauh, dia memandu dari Perlis ke Johor untuk saya. Kala kami berjauhan terpisah dua negara, dia dan saya masih berhubung di alam maya. Bagaimana selepas dia berkahwin, dia masih memuliakan saya sebagai sahabatnya yang paling akrab, mengasihi dan mencintai saya.

Ya, kami melalui pelbagai perkara. 10 tahun. Dan insyaAllah, akan melalui pelbagai lagi perkara. Dari situlah terbitnya ukhuwwah. Bukannya 10 tahun yang lepas, kala kami bertemu pertama kali, kami terus saling kasih mengasihi sebagai sahabat yang karib. Tidak sama sekali.

Kami melalui 'proses'.
Asas ukhuwwah kami 'iman',
kilang kami adalah 'masa',
bahan-bahannya adalah cabaran, ujian, pengorbanan, kepercayaan, kesabaran dan pelbagai rempah yang lain.
--------------------------------------------
Jadi jangan buangkan 'proses' dari equation Ukhuwwafillah.
Mustahil bagi majoriti manusia,
untuk terus terbit rasa cinta kepada sahabatnya,
hanya dengan berkenalan sehari-dua,
atau di alam maya sahaja.


Kalau mahu ukhuwwahfillah yang erat dan kuat,
perlu lalui proses yang sebenarnya.


sumber: FB Hilal Asyraf

BR1M 2.0

Dengan nama Allah...

Macam yang PM dah announce BR1M akan mula pada awal November 2012. Punya la tak perasan akan kewujudannya..tetiba talian tepon opis jadi sibuk plak orang awam dok menanya pasal BR1M..


Kat area umah plak makcik2 dah start tanya..nak kemaskini ngan borang ke? mana borangnya..?
Ah! sudah...! napa saya tak perasan plak ni...

buka ipad dan apalagi search la kan..sebenarnya saya tak perasan sangat sebab saya tak mohon pun BR1M 1.0 ni dulu..he he..

So, di ringkas kan cter..apa yang orang ramai nak tahu..

1. sekarang dah boleh apply guna online je.nak lagi yang pm cakap yang bujang boleh mohon dan  
     dapat RM250..

Golongan bujang berusia 21 tahun ke atas itu akan menerima bayaran RM250 dengan syarat pendapatan mereka di bawah RM2,000 sebulan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, bayaran tersebut akan dibuat awal tahun depan..
2. Online ni senang kan kita bila baru nak memohon, nak kemaskini pun boleh (kemaskini akaun, alamat) terus ke


3. Syarat -syarat lain

  •   Isi rumah yang layak (RM500):
       (i)       Warganegara Malaysia;
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan 
                  jumlah pendapatan kasar bulanan
                  isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
                  > Berkahwin;
                  > Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
                  > Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang 
                      sama).
       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke
                  bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.

  •   Individu yang layak (RM250):
       (i)       Warganegara Malaysia;
       (ii)      Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke
                   atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan 
                  RM2,000 dan ke bawah.

  •   Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia. (walaupun bujang ye!)
  •   Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.


Kalau nak mohon secara manual..Borang boleh amik secara percuma. Kalau ada yang nak minta bayaran tu, sila la report kat Balai Polis.. boleh amik borang kat cawangan LHDN terdekat atau seperti:-

  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembanagunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan dan agensi kerajaan

tak pun paling senang muat turun je..



so, apalagi..meh le mohon..duit akan mula di beri pada bulan Januari 2013 tapi pastikan maklumat lengkap terutama no. kad pengenalan dan alamat rumah (banyak kes yang tak dapat sebab maklumat tak lengkap) semasa isi borang .....
Paling senang..isi je online..he he





Saturday, November 3, 2012

labbaikalah hum ma labaik

Bismillah..

cerita ini adalah sambungan dari sini.

sehingga ke saat waktu untuk berangkat, mak masih tak boleh bangun. Saya sedih merasa amat sedih kerana semangat mak kuat untuk bangun amat tinggi. saya menyanjungi sifat mak, beliau memang bersungguh kalau melakukan sesuatu.
tapi akhirnya akur kehendak dan takdir Allah..bukan rezeki mak pergi lagi.Insyaallah,kita pergi lagi tahun depan ye..pinta mak.
Insyaallah mak..

setelah hampir dua minggu mak terlantar di hospital kerana demam. Dah masuk air agar keadaan mak reda tapi rupanya ada kesan lain.Kaki kiri mak membengkak..dan doktor kata hanya angin. Namun semakin hari semakin membengkak.

Lebih kurang seminggu sebelum berangkat ke Tanah suci, saya memohon agar mak di bawa balik untuk persiapan selanjutnya. Tapi doktor Ishak tidak membenarkan kerana masih dalam rawatan dan beliau optimis mengatakan bahawa insyaallah mak boleh menunaikan umrah setelah sihat tanpa menyusahkan diri sendiri mahupun orang lain.

Hari semakin dekat untuk mengunjungi rumah Allah..semakin berdebar rasa hati..saya tidak boleh nak berfikir secara tenang.banyak yang perlu saya fikir dan perlu di buat. Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami, urusan kami dalam mengunjungi rumahMu.

saya tidak sempat untuk membeli keperluan ke sana kerana hingga ke saat akhir saya amat sibuk dengan kerja. Balik agak lewat, di waktu kerja ikut bos pergi melawat tapak. Sehingga ke hari akhir bekerja, saya masih ke mesyuarat tapak. Ya Allah..bantu lah saya insan kerdil ini..

Dua hari sebelum berangkat

Saya ke Keramat untuk membeli sedikit keperluan mak dan saya ke umrah. Sebelum ni saya dah beli satu set pakaian umrah untuk mak..Mak kata besar bagi dirinya..emm mak memang dah kurus sejak beliau sakit..jadi hari ni saya pergi membeli belah untuk saat-saat akhir..Mak kata, tak payah la beli banyak..he he saya mengiyakan sebab duit saya pun amat terhad sekarang ni.

Wednesday, October 17, 2012

sedih

Dengan nama Allah...

..apabila kita memohon kesabaran maka Allah akan memberi ujian yang setimpal dengan keupayaan hambaNya..kasih sayang Allah buat saya supaya saya bersemangat untuk terus kuat menghadapi hidup ini dan terus beribadat kepadaNya.

saya memohon agar Allah sentiasa memberi ketenangan dan untuk mendapatnya saya yang perlu cari, wujudkan dalam diri sendiri. Kerna bahagia itu, kita yang ciptanya.Kita yang memilihnya sama ada untuk bahagia atau sebaliknya.

Ya Allah Ya Rahman..

Saya sentiasa inginkan ketenangan, kebahagiaan di samping orang2 tersayang, di samping teman2...
bantulah saya mengharunginya, bersama2 saya untuk kebahagiaan dan ketenangan itu..

fikiran kita tak sama idea kita mungkin serupa tapi perlu ada komunikasi yang riang..
saya tak mungkin boleh jadi bahagia jika seorang diri

saya berada dalam keadaan SEDIH sekarang tapi bukan saya pilih..saya nak orang faham. Tapi bila orang tak nak bantu untuk faham, saya tak boleh kata apa2.

saya sedih tapi siapa yang faham kan..


Wednesday, October 10, 2012

Rasa kecewa

Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya.

Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik. Sesungguhnya Allah tidak pernah tersilap dalam menentukan taqdir hamba-hambaNYA ^_^

Monday, October 8, 2012

lada solok..pahit

Dengan nama Allah..

keterujaan membuatnya sekian kali membuatkan saya cuba dan mencuba dengan rasa 'hebat' sangat.. saya bubuh semua ramuan yang saya nak ia akan jadi rasa siok sangat. WoW!

err..oleh kerana rasa macam betul je ramuannya..saya pun bantai la buat..sepatutnya kena la rasa dulu sebelum bubuh dalam lada nan hijau itu..

Confident je masak, rebus dengan santan yang banyak, isi solok yang padat...
tik...tok..tik.. akhirnya masak..

ptui..tui...erkk! apsal pahit plak ni..?..tp saya telan je ladanya..isinya saya makan sikit je..
pas tu saya makan lada yang lain..sama jugak..yang lain dan lain..eeiii yeowww! semuanya sama..

kenapa ek..?




 
saya cuba semak ramuan yang biasa saya buat..sama je..tak de yang salah pun.

Ya Allah Kau yang memberi ilmu ini, ko berilah petunjuk Mu..

saya fikir kerana salah satu ramuannya terlebih dari sukatan biasa..dan kuat mengatakannya. Yakin benar.

Terdetik nak tanya yang lebih arif..

Terima kasih Allah. dan jawapannya itu ada YA..

bukan sikit sangat, bukan banyak sangat..sederhana..semua benda nak kena sederhana...
kerana nak rasa pedas intinya, saya masukkan lada hitam banyak sikit dari biasa dan hasilnya adalah PAHIT..



Thursday, October 4, 2012

kecewa

..Dengan Nama Allah..

hampir sahaja saya berputus asa kerana keputusan yang saya dapat. tp mcm ni ke rasa kecewa?
macam boleh je 'handle' perasaan ni. mungkin dah pernah rasa dan boleh fikir kot. Macam biasa orang2 kata, bila yang kita nak sangat tu yang tak dapat..bila kita tak nak plak dapat..semuanya ada hikmahkan..


Saya serahkan semuanya kepada Allah dan saya jadikan ia peringatan buat saya sebagai insan kerdil. Dalam masa yang sama saya jadikan ia batu loncatan agar saya terus berusaha untuk mendapatkan yang lain seiras dengannya. Saya kena berusaha keras supaya saya menjadi orang..

Saya yakin Allah akan memgabulkan doa dan impian saya mungkin lambat tak seperti yang saya rancangkan..

Insyaallah.

Monday, October 1, 2012

Bubur nasi

Dengan Nama Allah

..Dua hari ayah pening kepala..

sedih tengok ayah yang makin kurus, so bila dah sakit pening ni lagi nampak kurus.
saya cuba mendekati ayah yang tidur mengerekot..sedihnya tengok ayah selepas setahun pemergian emak.

.." ayah demam ke?"
.." tak la. pening kepala sikit..."

saya pun duduk di sisi ayah dan picit kepala. Memula macam ok je picit slow2..
lama-lama..saya terfikir dan teringat sesuatu..dan airmata suam mengalir kat pipi..menitik pula kat tangan dan terus ke kain selimut ayah.. Ya Allah, saya memang SANGAT merindui Mak..!

Kesian ayah, biasanya mak yang akan berada di sisi ayah di saat susah senang ayah. sakit dan sihat ayah. sekarang ayah sorang-sorang je mengharungi harinya. bukan kerana saya tiada di sisi ayah..tapi saya memang tak tau macam mana nak 'layan' ayah.

Ayah bukan cerewet sangat tapi sebab kami tak la rapat sangat..saya tak la 'berborak' ngan ayah. Dan bukan saya seorang, abang ngan adik pun kurang bercakap ngan ayah. Ayah pendiam bila dengan kami.


Sebelum air mata lebih banyak menitis, saya sudah kan memicit kepala dan leher ayah..Ya Allah, berikanlah kesihatan pada ayah..
Bila di tanya nak makan apa, terutama bubur (kebiasaan untuk orang sakit, ni je yang lalu)..tapi ayah dah reject awal2..Sudahnya, ayah dah boleh bangun sikit lepas kepala di picit dan ayah pergi cari makanan sendiri..

Hari kedua ayah pening, saya offer makanan lagi tapi ayah tak lalu nak makan. Nak masak? emmm..masakan saya mungkin tak sedap di lalui oleh tekak ayah..Saya pergi beli jugak bubur nasi, ikan kering dan telur masin. Bila di tanya, memang ayah x mau..

Rupanya bagi ayah, makan bubur mungkin untuk orang yang betul2 dah tak boleh makan cuma sekarang, ayah kurang sihat tapi masih boleh mengunyah + tak lalu makan je. So, nak tak nak, saya la kena menghabiskan bubur nasi ni..

..dan sambil makan bubur, saya teringat mak lagi..masa mak sakit saya beli juga bubur macam ni. Mak tak mau makan sebab TERASA sangat bahan perasanya..mak akan pening. So, mak suruh saya masak..he he macam la saya reti kan..! Akhirnya saya masak juga walaupun tawar..ha ha
tapi mak suka dan saya terharu sangat. Hari ni saya teringat saat itu, rasa perasaan tu..makin menitik air mata ni..Ya Allah!

Semoga mak tenang dan damai berada di sisi Allah..Sayang mak..sayang ayah juga!


Monday, September 10, 2012

Cheese Tart ku sayang

Dengan nama Allah

..masa ngah lepak2 dgn adik2 opis, tetiba Seha terdetik bagitau dia teringin nak Cheese Tart.dan saya plak tetiba teringat kat Lieza Ali..pembuat pastri yang tegar..bestnya kalau dapat mengunyah cheese tart..padahal baru je tengok gambar dalam fb dia.

so..apalagi, saya pun menjalankan misi menelepon Lieza..
" aduhai kak..sorry sangat..saya bz nak wat birthday party anak weekend ni.." Meh la datang kak..boleh jumpa kak Ita...

emm.. mana mau cari yang sedap dan boleh memberi kesan di hati ni..tanya incik Google dan makcik fb la jawabnya...

cari punya cari..belek sana belek sini akhirnya jumpa jugak..
Misi pertama: banyak customer tak yang beli, yang beli
Misi kedua: call dan tanya..maklum la sekarang musim raya..kang dia bz plak
Misi ketiga: bayar dan confirmkan

sudah terbayang memegang cheese tart pelbagai rasa..hu hu..

Hari yang di tunggu telah tiba..tetapi plan awal saya tak dapat di realisasikan..so pengambilan cheese tart yang asalnya kena amik pagi di alih masa ke waktu petang..waaaa..manyak sedih woo..! Tengahari tu saya kena bekejar ke majlis perkahwinan Diana dan Nawwar Faiq..so mcm tak sempat la kan ak amik pagi tu..

June, pembuat cheese memaklumkan bahawa kerangupannya akan hilang kerana tidak di simpan dalam fridge..ah! sudah..!

Setelah sempat menghadiri beberapa majlis dan cukup rehat, maka misi untuk mengambil dan merasa kian tiba. Berdebar2 juga..ha ha..

cerita malam amat menyedihkan dan memeritkan hati..

Saya dan wani pergi la mencari rumah June..dari tghr ke petang dan hingga ke malam hari. Nak cari tempat yang tak berapa familiar, memang la akan menjadi kemarahan Wani..saya dah faham sangat dah tapi bila dah jadi macam ni..saya memang tak dapat elak..takutnya! Ye saya faham Wani ku sayang..awak penat kan dari Puchong ke Banting, lari ke Puchong dan ke Bukit jalil dan balik rehat sekejap je..

Hampir setengah jam melilau cari..saya pun mcm dah give up..rasa nak burn kan je order tu..

Memasuki kediaman yang melalui pengawal keselamatan, amatla merumitkan dan melecehkan..saya memang dah x de mood..letih sangat!

Akhirnya, kotak berisi cheese tart berada di tangan tapi hati ni gundah gulana. Pertama menyusahkan Wani. Kedua, saya dah pening, nak marah..nak cari satu hal..pas tu cheese tart x rangup, rasanya mesti tak seperti yang di idamkan...

Frust.





uhibukki fillah abadan abada..till jannah

dengan nama Allah..

hari ni dan semalam dan sebelumnya..saya sedar dan tahu dan cuba memahaminya..

Wani, terima kasih kerana ada untuk saya..wahai sahabat..

he he bila saya bagitau saya sayang Wani, dia tergelak manja..kata saya buang tabiat.." gelenyar!" katanya..ha ha

dan setiap kali saya tanya maksud title post di atas.." dulu rasanya dah pernah tanya.."
dan setiap kali itu saya akan tersenyum..ingatannya memang kuat..


Kasih sayang itu tali,
kasih sayang penghubung hati...
dengan kasih kita kenal Ilahi,
kerana kasih anugerah tak terperi...

Sayang awak sangat-sangat...sampai akhir hayatku..hingga dalam syurga. Insyaallah


Tuesday, August 28, 2012

12 Makanan Kegemaran Rasulullah SAW

Dengan Nama Allah..

Untuk di kongsi bersama dan semoga mendapat manfaat..insyaallah.



  1. Barli ~ bagus untuk demam jika di buat sup


  2. Kurma ~ Nabi s.a.w bersabda " rumah yang tiada mempunyai kurma adalah rumah yang tiada makanan.

  3. Buah Tin ~ Buah dari syurga. boleh mengubati buasir


  4. Anggur ~ Nabi s.a.w suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang dan membersihkan perut.
  5. Madu ~ Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman dan ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika di bancuh dengan air panas serta pembuka selera, menguatkan perut dan membuang kahak. elok di minum pada waktu pagi dengan air suam.


  6. Tembikai (segala jenis) ~ nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karekter dan wajahnya.


  7. Susu ~ Nabi s.a.w bersabda susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata danmembuang kelupaan.



  8. Cendawan ~ Baik untuk mata dan perancang keluarga.


  9. Minyak Zaitun ~ Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan dan merawat radang perut.




  10. Delima ~ Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.



  11. Cuka ~ Nabi s.a.w selalu meminum cuka dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali).


  12.    
  13. Air ~ Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan di teguk. Mudah mendapat sakit pada hati.



... Rasulullah s.a.w bersabda: " sayangilah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan di sayangi oleh makhluk yang berada di langit" (riwayat Tabrani)

nikmat Allah

Dengan Nama Allah...

..terkadang..
Allah memberikan kita air mata untuk menyejukkan gersangnya hati kita.
Allah memberikan kita kesedihan, agar kita tau nikmatnya sebuah keikhlasan..
Bukan Allah merebut kebahagiaan kita, bukan pula Allah mengambil senyum kita..
Namun Allah sedang mempersiapkan pengganti airmata itu dengan yang lebih baik lagi
Jangan bersedih jika kehilangan sesuatu barang, orang yang di cintai atau apapun...
Kerana, di sebalik hujanbadai akan ada mentari dan pelangi yang menghias hari.....

Thursday, August 2, 2012

Ujian Allah (2): Sejauh mana keredhaan saya pula...?

Bismillah

Saya titipkan permulaan kata supaya saya dan anda sentiasa mengingati Allah..bukan semasa susah sahaja malah bukan semasa senang juga tetapi sepanjang masa..insyaallah.

Hari ni hari pertama menerima MC buat tahun 2012. Saya cuba mengelak dari menerima MC dari doktor pada tahun ini. saya ingin mengalahkan diri saya yang pada tahun lalu ada beberapa keping MC. Dan Alhamdulillah, saya tidak membeli MC setakat saya bekerja. Ia di beri atas nasihat doktor agar saya berehat dan merehatkan diri sebab saya SAKIT.

Hari kedua mengalami cirit birit sebaik pulang dari tanah tinggi ~ Cameron Highlands..
Saya macam tak ingat adakah saya pernah mengalami situasi seperti ini..sakit perut memulas mulas dan keluar najis (maaf) berair tanpa dapat di sekat..emm..


Asalnya sebelum  bertolak dari hotel di Gua Musang, Kelantan, kami semua telah pun menikmati sarapan pagi merangkap makan tengahari Jadi saya rasa tiada masalah untuk makan tengahari. Maka berpisah la kami mengikut haluan masing masing. Mimi sekeluarga menuju ke Bachok dan kami pulang ke Kuala Lumpur.

Kami singgah sebentar di Econsave Gua Musang untuk membeli minuman dan jajan untuk kudapan sepanjang perjalanan nanti. Jam 11 pagi kami mula bergerak lagi. Sehingga sampai di daerah Raub, kami mula berhenti bila perut terasa lapar dan singgah ke tandas barang seminit dua..Singgah di Medan Selera Raub tapi cuma ada dua kedai je. Satu Kedai belum buka dan satu ni yang kami ni dah ada orang yang sedia menunggu makanan dan minuman. Hampir 10 minit menunggu masih tiada yang ambil pesanan, saya dan si kecil kami Tasneem ke bilik air. Diikuti Wani beberapa minit kemudian..

Sekembali ke meja masih tiada pelayan yang sudi mengambil pesanan dan saya membuat keputusan bersama Wani untuk pergi je dari situ..taida rezeki perut di situ nampaknya..

Kami singgah sebentar di Masjid Tengku Abu Bakar , Raub menunaikan solat Zohor..dan juga merehatkan mata selama beberapa minit. Kesian Wani, dia je yang memandu tentu lebih penat dari saya yang menumpang duduk je di belakang..tapi kami sama sama terlelap membiarkan Tasneem bermain sendiri.




Jam 3.30 kami bergerak dari Masjid dan mula mencari arah tuju kembali ke Kuala Lumpur sambil meninjau tempat makan. Cari punya cari jumpa la medan selera Kampung Baru Bentong. Singgah je lah kan. Dalam fikiran ni nak makan masakan panas..Tetiba nafsu makan menjadi hangat bila tengok lauk pauk yang terhidang. Sebetulnya saya dah nak hilangkan rasa nafsu makan kepada makanan yang lauk pauk jenis terhidang ni. Sebab kebanyakkan mereka yang menjual ni tidak menutup lauk jadi kebarangkalian makanan itu adalah tercemar kepada udara sekeliling..


Entah mengapa saya ambil juga lauk pauk terhidang. Mungkin terlihat ikan pari masak asam pedas. Tapi alangkah hampa bila ia tidak dapat di terima oleh tekak dan perut saya..dan ia menjadi rezeki sang kucing yang berada di bawah meja. (Tidak baik mencerca makanan, jika tidak suka diamkan sahaja ~ Adab Nabi s.a.w makan).

Sampai di tol gombak, Wani tanya sama ada saya nak terus pulang ke rumah atau pun nak singgah ke rumahnya. Saya pun terfikir nak balik rehat tapi saya kesiankan Wani dan apasalahnya saya berehat di rumahnya. Esok pagi pagi baru la saya akan minta Wani hantar balik ke kampung baru sambil membeli barangan dapur.

Badan menjadi tidak sedap, duduk tak kena baring pun tak selesa..apa nak buat ni. Sampai ke malam badan rasa tak selesa. Wani beri makan ubat pil Habatus Sauda. Maka dengan kadar segera saya sendawa dan perut pun memulas mulas. Banyak angin dalam perut ni sakit kepala semua dah mari .aduii yaii.

Apa nak buat ni saya terlelap dan terjaga. Bau nasi yang kak in  masak pun boleh memualkan saya..ditambah lagi bau ikan bilis goreng..nak muntah, keluarkanlah...dah tak tahan ni..

Akhirnya saya terlelap sambil menahan kesejukkan dan kesakitan yang amat.

Saturday, July 7, 2012

setahun telah berlalu...

Bismillah...

Hari ini genap setahun pemergian emak menghadap penciptanya..Allah.
sebelum2 ini saya seolah olah ingin lari dari mengingati tarikh 070711. tapi ulangtahun itu akan sampai juga.

Saya nak buat tak tahu, tapi seolah putaran masa setahun lalu berada bersama saya..teringat saat balik umrah dan kemudiannya dok menempel je kat mak..sehingga ke hari2 akhir nafas mak di sisi saya..menghembuskan nafas terakhir di pangkuan saya bersama doa iringan dari ayah..

Saat malam terakhir bersama, masih segar terbayang, terasa ia berlaku lagi..seiring bercucuran airmata ni mengalir mengingati saat itu. Ya hidup mesti di teruskan..saya akuinya saya hidup bersama kenangan bersama emak..


Doa kami dari anak2 mak x putus untuk mak di sana..semoga mak tenang dan aman di sana. Ptg tadi adik dan anaknya, cucu sulung mak pergi menziarahi kubur mak.. masih segar dan merah kubur mak katanya..seolah baru sahaja di kebumikan..saya tahan airmata ni dari mengalir..sebak di dada Allah tahu.

Kakak ipar sms bgtau dia juga teringat akan tarikh hari ini..dan sambil membalas sms, air panas mengalir..entah mengapa kan.. masa ni dah x hirau org2 lain dalam lrt yang tengok..mereka x tau kesedihan yang saya tanggung..

Doa saya semoga mak aman tenteram dan tenang di sana.. saya rindu kan mak!

Tuesday, June 12, 2012

DAP - salahkah?

Bismillah...

saya memilih untuk Duduk Atas Pagar.(DAP) yang mana saya tidak beratkan yang mana menjadi pilihan saya. Saya di kurnia Allah untuk berfikir. Tengok kiri tengok kanan.

Kalau anda sudi bercerita dunia mahupun akhirat, saya akan terima..kalau saya tak tahu, saya akan tanya.maaflah, saya memang suka bertanya..

kalau anda sudi bercerita soal hati, makan, melancong juga akan saya terima..bagi saya semuanya mendatangkan kematangan dalam jiwa. saya tak minta anda zahirkan rasa tidak puas hati dan saya yang jadi mangsanya.



Saya boleh dengar, membantu meringankan mungkin tapi bukan penyelesai masalah, anda akan memikir bersama saya dan anda jua lah memilihnya sendiri tanpa perlu pengaruh dari saya.

Kita sama-sama perlu menghayati penghidupan yang singkat ni. Tak perlu fikir benda- benda yang menyakitkan hati sampai tak makan ek!

Walau bagaimanapun, sebagai insan biasa, sifat ingin memaafkan ada dalam diri masing-masing. lambat dan cepat kemaafan di beri adalah terletak kepada individu itu sendiri. Mungkin kita tak marah tapi masih berbekas cerita lama dalam kotak ingatan.

Mulut masih bising mengenai kesilapan dan kesalahan lalu tetapi hati bersih, tidak berdendam.

Sebagaimana perlu, saya dan anda yang memilih untuk kekal bahagia atau tidak.



Monday, June 11, 2012

gembira; kita yang memilihnya...

Bismillah...

saya macam pernah 'rasa' seperti ini..
rasa yang memang tak boleh nak ungkap ngan kata-kata dan tulisan.

Ya Allah, betul apa yang orang kata..kita akan melalui satu frasa di mana kita akan merasa sesuatu seperti ini tetapi di masa lain..dan kita akan ingatinya.

saya ambil contoh, apabila kita pernah di tinggalkan seseorang dan rasa tidak di sayangi itu akan mula terlintas. selepas tu kita akan ok. boleh terima bila di tinggalkan.

akan datang suatu masa, apabila kita di tinggalkan lagi..dan bergetar rasa..tak terucap kata. dan 'rasa' itu datang lagi..

saya cuba untuk menghiburkan diri ni.cuma kali ini saya tak mau lagi terjebak ke arah yang salah. berhati-hati jugak lah orang kata..

saya terdiam, terkelu dan biar ia berlalu seiring masa gembira saya kini. saya nak pilih selalu senyum, gumbira dan senang hati.



Allah akan beri semua yang kita minta tu melalui ujian yang mendatang..insyaallah.
anda boleh memilih apa yang anda mahukan kerana itu pilihan anda.. dan risikonya anda dah pun bersedia menghadapinya kelak.

anda boleh 'like' fb Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.

walaupun beliau berada di pihak parti yang satu lagi, ilmunya masih boleh kita ambil sebagai bekalan kita..

saya pilih untuk senyum.

Wednesday, June 6, 2012

Hati

Bismillah..

Sesekali saya akan memikirkannya. Di mana salah saya. Mengapa saya di perlakukan sedemikian.
Sesekali saya akan memikirkannya. Tidak kah ada sekelumit kasih dari hatinya untuk saya lagi.
Sesekali saya akan memikirkannya. Di manakah kemesraan ukhuwah yang pernah terjalin dahulu.
Sesekali saya akan memikrkannya. Adakah saya memang tak layak berada di dalam hatinya.

Saya mungkin bukan yang terbaik untuk saya banggakan kepada sesiapa. Malah saya sering di lupakan, di tinggalkan, di buang kadangkala, di cemuh sesuka hati, di marah sesedap hati.


Saya faham andai kepentingan meletakkan saya menjadi pilihan terakhir.
Saya faham andai ada kata mengguris rasa tapi biarlah saya di beritahu di tegur mungkin dengan sedikit kasih sayang. Tidak keterlaluan bukan permintaan itu.

Saya juga akan pergi menemui Mu ya Allah.
Semoga tiada siapa yang merindui saya sebagaimana sakitnya saya merindui orang.


Friday, June 1, 2012

saya sakit Allah jua yang menyembuhkannya

Bismillah..

30 hb Mei 2012

Saya ambil cuti yang orang kerajaan bagi untuk menjaga kesihatan diri sendiri. Dengan rasa bersungguh untuk menjaga diri sendiri (kalau tak sapa nak jaga kan?). Pilihan saya tentunya PPUM. sebab? Bagi saya service dari mula pendaftaran sampai amik ubat kat farmasi..layanan dorg memang best, ramah mesra..mungkin bukan 1st class tp bg saya ni antara yang terbaik pusat rawatan yang saya pergi.


 Kenapa la saya begitu rajin ke hospital sekarang..? dulu tu saya masih boleh buat 'dek' je sebab saya lebih suka sakit yang Allah beri ini melalui proses penyembuhan sendiri dengan rawatan 'kasih sayang'.

Saya demam, saya takkan ke klinik apalagi hospital. Buang masa dan wang ringgit. Sesiapa yang pernah pergi dapatkan rawatan, pasti faham apa yg saya cuba nyatakan di sini.

 Bila masuk kerja kerajaan, saya akan ambil cuti je kalau setakat demam. Tak perlu ke hospital. Pengalaman menunggu hampir 4 jam memeritkan saya yang ketika tu amat sakit badan.tapi prosedur kerajaaan ni plak lalau cuti kena ada sebab. Samada memang kita malas atau cari pasal nak cuti. Biarlah, tu kije org kerajaan yang rajin mempersoalkan je untuk buat kije khas ni.

Sakit perut sebelah kiri. dan akhirnya doktor temui penyebabnya apabila saya yang bercerita sambil airmata sesekali menitis.

Corak, pola pemakanan saya tidak teratur semenjak kejadian bersejarah itu.

 "jangan tak makan malam, ambil breakfast walau sedikit, makan buah2an dan sayur2an..minum air 180liter.
.

jangan la seksa perut dengan apa yang dah awak buat ni. Yang dah pergi, awak kena la relakan"

"background gastric u pun teruk, minta jaga la perut u..emosi u..paksa juga makan walau sedikit..

tapi yang kelakarnya doc ni tanya... "awak ada rasa macam nak bunuh diri tak? Nauzubillah..
ini rentetan dari kesan "masih ada" mak dalam hidup saya yang mana pada pandangannya saya masih belum "melepaskan pemergian" mak..

entahla kan..saya tak tau nak kata apa..airmata je yang tolong jawabkan..dan doc ni g amik tisu untuk saya..

terima kasih doctor!

Saya masih ada Allah tempat saya bergantung harap, saya cuma nak tahu je kenapa saya sakit perut di sebelah kiri je pulak tu.. dan saya tahu Allah akan sembuhkan penyakit saya ni..


terima kasih doktor kerana bgtau puncanya.. saya akan jaga perut saya dan anggota yang lain juga..

...dan saya balik dari spital dengan muka yang berseri dan senyuman terukir..tiada lagi rasa sakit walaupun ia mula menyucuk2..biarkan la..

Thursday, May 31, 2012

3 idiots

Bismillah..

Malam ni tengok cerita hindustan. Hebat tak hebat biasanya akan ada terselit pengajaran hidup. Nak ikut, sukahati. tak mo ikut, ambil saje sebagai hiburan. Fikir dengan akal, kalau tak de mesej yang nak di sampaikan, jangan buang masa.


Rancho, Farhan dan Raju kawan sekuliah ambik course engineering di Imperial College of Engineering (ICE), kononnya ini antara kolej terkemuka yang melahirkan ramai engineer. Hero, Ranchoddas Shamaldas Chanchad "Rancho" lakonan Aamir Khan memang dah boleh agak, best punya lakonannya.  Bercita-cita besar walaupun anak tukang kebun.Maksud saya, kekurangan bukan la kelemahan baginya. Baginya ilmu amat penting walaupun terpaksa guna nama orang lain.(Masing-masing ada kepentingan).

Farhan Qureshi belajar engineering sebab ayahnya suruh padahal dia nak jadi photographer dan Raju Rastogi memang nak jadi engineer tapi kurang menyerlah dari Rancho namun keazamannya memang kuat.


Kelakar ada, sedih pun ada mewarnai jalan cerita 3 idiots ni ..Hubungan persahabatan baginya amat penting, Rancho tak kisah menolong kengkawan dia berdua ni. Malah sesiapa pun dia akan tolong (sebenarnya). Pas tu plak dah namanya nak jadi engineer mesti la creative..ada je peelnya..

ha ha masa ni teringat masa zaman belajar dulu..kita jadi creative sendiri, tanpa di paksa tanpa arahan, ada je idea nak buat.Risiko tanggung sendiri..!

Bermula dari awal pandaftaran masuk hostel, Rancho dah jadi Mcgyver, Rancho reka alat mengenakan seniornya (renjatan letrik kerana seniornya kencing di muka pintu biliknya dan sehingga kekreatifan menyambut kelahiran bayi (jalan banjir, elektrik plak tak de)) so, nampak la Rancho ni genius walaupun ada unsur2 tidak logic. Kata-kata yang selalu di ucapkan " All is Well" - bila masa ada masalah akan menjadikan ia lebih mudah. Pursue excellence, and success will follow...


Kareena Kapoor sebagai Phia, heroin sudah semestinya membantu menguatkan jalan cerita. Anak kepada Pengarah ICE, Professor Viru "Virus" Sahastrabudhhe yang memang kecoh.

Chatur "silencer" plak pelajar yang merasakan Aamir adalah saingannya dan juga pelajar kesayangan Prof Virus. Sehinggakan setelah 10 tahun berlalu, Chatur sanggup datang mencari tiga sekawan ni untuk tunjukkan dia lebih berjaya dari saingannya.

Dan kesudahannya, anda plak la kena tonton..

lagu-lagu dia..sedap kot sebab saya bukanla dalam kategori penggemar lagu hindustan. Tapi ok la.

Apapun saya enjoy layan cerita ni.. "kejayaan bermula dari diri sendiri".

saya fikir positif, insyaallah

Bismillah...

Apabila tiba di satu tempat temujanji, anda cuba call kawan anda, tapi telefon tak masuk-masuk. Selepas 10 minit, masih tak masuk. Minda anda mula melayang - mengapa dia mungkir janji? Baik saya balik saja tak perlu tunggu, biarkan dia merana kerana datang lambat?


Mengapa saya buat benda bodoh seperti ini kalau dia tidak tahu menghargai? Minda melayang sehingga emosi terganggu - tetiba kawan baik muncul datang tercungap-cungap - mohon maaf, kata ada emergency di rumah tadi, handphone pula habis bateri, membuatkan anda merasa diri anda penting...

Masa yg dihabiskan untuk melayan minda melayang tadi untuk apa? Sama juga dengan org yg diharapkan tidak mengingati hari jadi anda. Kadangkala tiada bersebab, mereka hanya lupa kerana kesibukan keluarga dan kerja. Itu sahaja, tak perlu tafsir lebih daripada yang sepatutnya sehingga mengganggu emosi kita.

Ingatlah, manusia sentiasa mempunyai kecenderungan untuk bersangka buruk, walaupun pada org terdekat dan tersayang. Jadi, jagalah minda anda daripada melayang, dan menafsir berlebihan. Ini perlukan kesedaran dan latihan, kerana org yg melayan minda melayang biasanya akan terlupa diri berada di mana - anda akan kelihatan seperti termenung sesuatu dan tetiba tersedar ke alam realiti.


Bersangka baiklah selalu, bukan demi sesiapa, tapi untuk diri dapat bersenyum sentiasa. Apabila senyum, segalanya ok.



 fb Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Monday, May 28, 2012

kicauan burung dan kokokan ayam

Dengan Nama Allah....

Kita sering kali mendengar kicauan burung, sayang kita tidak mahaminya kerana itu kita tidak mempedulikannya. Kita sering mendengar kokokan ayam; kita tidak kesah kerana tidak memahaminya.


Demikian dengan bunyi burung pungguk, kita kata dia rindukan bulan. Apakah kita tidak merinduinya. Kalau kita memahami bahasa binatang, nescaya kita tidak sanggup menyembelih atau menghalaunya.

Betapa kalaulah kicaun dan kokokannya bermakna " Ya Allah ampunilah dosa hambamu ini". Atau "Ya Allah berilah kekayaan pada hambamu ini". Apakah anda akan sembelih ayam tersebut? .

Benarlah firman Allah "Bertasbihlah seluruh makhluk Allah dilangit dan bumi, akan tetapi kamu tidak memahami tasbih mereka". tengok bulan.... Senyum kerana ana juga macam pungguk merinduinya.....





 fb Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

aku dan kursus

Bismillah..

Hari ni g kursus berskala besar di hq, putrajaya..
kalau tengok kat tajuk kursus memang ramai yang tak mau pergi. Almaklumla pasal integriti, pasal rasuah..topik yang macam suam-suam kuku orang kata. Tapi bagi saya..alhamdulillah, semua kursus best sebab ilmu perlu di cari..dah la tak boleh jual beli. bila dah kena pergi ni..insyaallah saya ON je. nak lagi semalam baru je habis meeting utama seksyen saya..my little bos kasik je..( means, dah habis kije yang URGENT)

 so, hari ni ke putrajaya menaiki ERL..hu hu..syoknya boleh naik erl ni..walaupun tak boleh nak claim tapi tak apalah kan..sebab duit claim tu memang untuk orang lain je boleh kutip..ha ha just kidding! memula yang terlintas di fikiran..emm kedai bakeri kat stesen erl putrajaya ni..

subhanallah..memang sedap. dah la baru di masak..ranggup, kena plak ngan masanya dapat makan panas- panas, sedap la kan..

ntah la napa boleh jadi favourite saya plak setiap kali ke sini. itu yang datang idea nak cuba buat dan masak..mana tahan asik beli je..kalau buat sendiri, memang saya boleh bagi jaminan la mesti sedap..ha ha

berbalik kepada tujuan pergi kursus hari ni..memang tak rugi la dapat menerima ilmu dari penceramah yang di jemput. sesi pagi tajuknya.... di sampaikan oleh PPj Zarizal Ahmad, SPRM cawangan Klang Selangor. bagus ceramah yang di sampaikan di samping mendengar pengalaman beliau menangani kes-kes rasuah ni..

Encik Zarizal ni pun pandai buat lawak..so, tak mengantuk la kan mendengarnya. Saya dan peserta yang lain juga bertuah mendengar sendiri cerita mengenai cerita panas yang pernah menjadi topik hangat di dada akhbar sebelum ini.. Makan tengahari di tanggung beres.Pihak penganjur sedia, kita peserta, makan je..tapi saya salute pihak penganjur. Makanan mereka order ni SELALU nya memang marbeles! Alhamdulillah.

Sesi petang plak..pencermah yang di jemput pun buat kami semua terhibur ( tak mengantuk la maksudnya!) dan sehingga ke akhirnya saya masih cergas sebab saya sebenarnya jarang tidur dalam kelas ceramah.Alhamdulillah...terima kasih Allah memberi saya kelebihan itu. Kerana kekusyukkan itu, maka saya tak sedar ada beberapa panggilan yang tidak sempat saya perasan, sms tidak berbalas. Ini kerana, petang ni saya dan rakan seopis nak menimbulkan diri di kolam renang di rumah bos kecik saya. Astagfirullah!

Bergegas balik tapi memang bukan rezeki, saya di jangka tiba kat kl pastinya lambat. Jadi, saya ambil keputusan untuk balik dengan erl je.. kita merancang Allah juga merancang malah perancangan Allah lebih baik. sesi berendam di batalkan sebab kl hujan.

saya? masih di Putrajaya. beli tuna puff..dan makan. Oleh kerana terlepas tren (baru je 3 minit lebih kurang) lepas makan saya duduk di kerusi urut rest n go.. ha ha..geli dan sedap! tak peduli dah orang lalu lalang...

Dia jodohku

Dengan nama Allah....


27 Mei 2012

Hari ini saya ke Melaka bagi menghadiri majlis perkahwinan adik yang sorang ni..Nana. Rasanya masa cepat betul berlalu. Bak kata Wani, dulu kami kenal dia masih keanak-anakan..tahun 2006 ( rasanya!)

Manjanya, muka pun fresh lagi tapi dah duduk jauh dari mak. Anak manja mak ngan ayahnya. Seingat saya dulu, abang2 nya cukup menjaga Nana begitu juga kakak2..saban minggu balik Melaka jumpa mak ayah. Untuk anak remaja yang sebaya dengannya, mungkin tak banyak pengalaman hidup tapi Nana matang lebih dari usianya.. Nana pandai jaga dirinya, cuma jiwa remaja tetap ada..kenakalan yang ada masih dalam kawalan..walaupun kadang2 di luar dugaan saya!

Outing bersama jarangla kami makan tempat @kedai yang sama..sebab Nana suka cuba tempat yang baru. tapi kalau dia dah suka sangat, tempat tu jugak la di ulangnya..



 Dalam jarak masa persahabatan kami, saya kenal cinta hatinya Qalis. Saya teringat style Nana kenalkan Qalis seperti style adik saya kenalkan bakal tunangnya dahulu. Nana ajak saya dan Wani g makan sup daging dekat Adtech Shah Alam.. Qalis yang mulanya jadi seorang pemalu tapi lepas dah borak-borak, terus jadi peramah. Itu cerita berapa tahun yang lampau.



Apa pun, Alhamdulillah, hari ni beliau telah selamat di ijabkabulkan bersama jejaka ensem pilhan hatinya dan mendapat restu kedua dua belah pihak..walau banyak halangan dan rintangan, hari ini telah termetri janji dua hati untuk sehidup semati kerana Allah.

Selamat Pengantin Baru Nana dan Qalis.. Semoga kalian berdua sentiasa saling sayang menyayangi dan membina kebahagiaan hingga ke dalam syurga Jannah..

gambar credit to : MIKE DUKEMANE (fb)

Thursday, May 24, 2012

..dan Allah jua yang menyembuhkannya...

Dengan nama Allah....

2 - 3 hari ni sakit perut yang luar biasa. Isnin yang sepatutnya saya berpuasa, terpaksa saya batalkan kerana rasa nyeri sangat kat perut belah kiri dan sakit dada. Walaupun saya cuba bersahur tapi pagi Isnin tu rasa sakit yang belum pernah rasa. Jadi pagi itu, saya dan Nina pergi bersarapan di kantin PDRM. Makan sikit tapi rasa sakit (sebab saya ingat gastrik).

Macam pelik, ingatkan sakit perut lapar. Dada pun sakit tapi saya tak ambil peduli sangat pasal tu. 1 Rejab ~ memang ada juga cuba untuk berpuasa tapi perut ni memang rasa tak sedap la..saya pun mula la fikir..apa la yang saya makan sebelum ni.betul-betul rasa tak sedap..emm.. sejak akhir ini pun saya ketapkali minum air bergas dan juga saya perasan saya kerap minum teh o ais limau...mungkin perut ni tak tahan kot.

Tak pe lah, start hari ni saya nak minum air suam atau air kosong je..(cabaran untuk diri sendiri).

2 Rejab ~ saya masih merasai sakit perut tetapi hanya di sebelah kiri je.. badan rasa tak selesa juga.. saya mulakan misi mencari simptom penyakit ni..walaupun berdebar-debar tetapi ada rasa nak tahu kenapa saya sakit perut ni..makan control dah, badan plak hari-hari berpeluh sekarang ni.. ...simptom sakit dada, perut sakit sebelah kiri adalah simptom penyakit AWAL JANTUNG! Nauzubillah! minta di jauhkan Allah..kerap berpeluh, penat, hilang selera makan...

Namun simpton ini juga di kenalpasti menghidap sakit usus perut. Di mana cara pemakanan yang tidak seimbang,makan makanan terlalu banyak dalam satu masa...kerap buang air, mual, pening... emmm. mana satu ye..di beri pilihan, saya tak mahu keduanya.. tak pe balik kije, saya g klinik je sebab dah tak larat rasanya nak tunggu g spital ari esok..

 &&&&&&&&@@@@@@@@@@@@@@@@

 "ada kemungkinan salur usus perut awak di jangkiti kuman...tapi saya akan bg paintkiller bg tahan sakit awak sekarang... 


 Elak makan benda masam, pedas.. lepas makan ubat malam ni, kalau masih sakit..kita buat test darah dan buat endoskopi tengok usus awak..."

 Arghhh?! Endoskopi? tidak la kot..tengok mak kena dulu pun perit..ni kita plak nak kena buat...

 "so, balik makan ubat ye..saya bagi awak rehat esok.. kita tengok keadaan awak macamana.." balik. g cari bubur, bagi perut makan benda lembut je tak yah susah nak kunyah..




Tuesday, May 22, 2012

Sahabatku, dunia ini tidak lengkap tanpamu!

Assalamualaikum sahabatku,

sahabat yang menjadi sahabatku atas izin dan takdir ALLAH SWT.
Sahabatku yang kurindui kerana ALLAH, Aku merindui dirimu.
Aku merindui kekuatanmu. Malah aku sungguh cemburu kepadamu! Mengapa?

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." Surah Al-Baqarah, ayat 286.
Dan memandangkan ALLAH memberikan ujian yang menurut perhatianku agak mencabar, ini maknanya kau memang orang yang hebat dan cukup layak diberikan ujian yang juga hebat! Itu kata ALLAH dalam ayat terakhir Surah Al-Baqarah tersebut, sahabatku.

Cemburunya aku, sahabat. Kau sungguh hebat. Kau orang terpilih. Hanya kau yang cukup layak bagi ALLAH untuk menjalani ujian tersebut. Kau, sahabatku. Bukan aku. Bukan kami,sahabat-sahabatmu. Tapi kau. Kau yang terpilih!   Dan aku tumpang gembira, sahabatku. Sahabatku yang kusayangi kerana ALLAH, Teruskanlah perjuanganmu, sayang. Jangan pernah berputus asa daripada rahmat ALLAH. ALLAH does not say the road is going to be easy, but ALLAH does say that ALLAH is going to be with us, forever.

"Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah:153)

"Sesungguhnya ALLAH beserta orang-orang yang sabar."

Nah, ini buktinya, ALLAH bersamamu, sahabatku!
Bersabarlah demi mardhatillah, sahabatku.

"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keridhaan-Nya." (Al-Kahfi:28)

Ketahuilah, bahawa ALLAH tidak sekali-kali menciptakan kita dengan sia-sia. Ketahuilah bahawa setiap orang, setiap organism, setiap benda, sekecil-kecil sehingga sebesar-besarnya ada kelebihan dan hikmahnya, asal saja kita mahu berfikir.

Even parasites have their own specialities, which is having thick outer cuticle, in order to resist the hydrolysis by the enzymes of the host. Begitulah kita sepatutnya jadi sahabatku. Kuatkan prinsip dan pegangan diri. Biarlah apa orang kata, biarlah THICK OUTER CUTICLE kita yang diperbuat oleh IMAN DAN TAKWA itu kekal memagari diri, agar diri terpelihara, agar semangat tetap membara, walau apapun yang dating, cuba mempengaruhi kita agar putus asa daripada rahmat-NYA, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pemberi Rezeki.

Jadilah seperti parasite yang sentiasa dapat mengikis enzyme yang disuntik syaitan laknatullah dengan thick cuticle of iman dan takwa. Lihatlah, sedangkan parasit yang kita benci dan geli ini pun, ada hikmah di sebalik penciptaannya yang boleh kita fikir. Apatah lagi kita, manusia. Apatah lagi dikau, sahabatku, yang lengkap dengan akal yang sempurna, malah terbukti selaku seorang hamba-NYA yang taat dan tabah pula. Tentu dikau satu hari nanti boleh melakukan perubahan pada dunia ini, walaupun hanya kepada seorang, tetap pasti ada hikmah penciptaan dirimu kepada dunia ini.

Everyone may not be good, but there is something good in everyone, insyaALLAH.
Ketahuilah, dunia ini mungkin sahaja tidak lengkap tanpamu!  
Aku mungkin kini tidak di sisimu lagi, namun doa mengikat kita, dekat dalam hati. InsyaALLAH.
Selagi aku masih bernyawa, selagi kau masih mengingatiku, selagi kau masih sudi menganggapku sebagai sahabatmu, dan pastinya selagi ALLAH mengizinkan, aku tetap sahabatmu.
Ke manapun kita pergi selepas ini, moga ukhuwah kita akan terus bersemi.

Sahabatku,
La Tahzan, Innallaha Ma'ana.

"Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi(darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali-Imran, Ayat 139)

Sekali lagi, ketahuilah, Dunia ini tidak lengkap tanpamu. Kerana dengan sebab itu, aku tidak dapat belajar erti persahabatan daripadamu! SubhanALLAH.

ALLAHlah sehebat-hebat pengatur dan pelaksana! Sekian, jaga iman, jaga peribadi, wahai sahabatku yang kusayangi kerana Ilahi. ukhuwah itu sungguh, sangat penting.
People don't care how much you know, they want to know how much you care.

Contohilah RASULULLAH SAW. (^^,) -

Artikel iluvislam.com Biodata Penulis Syahmin Syafinie binti Saparudin    

saya rindu masakan mak...

MENGAPA MASAKAN IBU PALING SEDAP


Masakan ibu adalah masakan yang paling sedap. Begitu selalunya dikatakan orang. Realitinya pun begitu. Percayalah seorang anak akan sentiasa merindui masakan ibunya jika terpisah sekian lama. Rindu masakan ibu yang sukar ditandingi. Walaupun si anak mungkin pernah menjamah makanan yang lebih mahal, eksotik dan sebagainya tetapi manakan sama masakan ibu. Mengapa? Kata orang, itulah penangan 'air tangan'.

Memasak melalui pelbagai proses daripada menyiang, membasuh, menggaul, menguli dan lain-lain aktiviti yang kebanyakannya melibatkan sentuhan tangan secara langsung. Tangan tukang masaklah yang paling banyak menyentuh makanan. Jadi, dalam masakan ibu, air tangannyalah yang paling banyak 'terlarut' bersama bahan-bahan masakan. Benarkah air tangan itu yang memberi kelazatan pada makanan yang dimasak. Benarkah begitu?

Hakikatnya, itu bukan sebabnya. Air tangan yang dimaksudkan bukanlah 'air' dalam erti kata yang fizikal dan material. Air tangan sebenarnya ialah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang ibu yang memasak untuk anaknya. Hati itulah yang mengalirkan 'air tangan'. Jadi, air tangan pada hakikatnya ialah aliran kasih-sayang semasa ibu memasak untuk anaknya.

 Pakar motivasi dan psikologi sepakat menegaskan bahawa orang yang melakukan satu kerja dengan penuh kasih-sayang, ceria dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti. Dorongan kerjanya bukan untuk 'mendapat' tetapi untuk 'memberi'. Seorang ibu yang memasak adalah didorong untuk 'memberi' kasih-sayang kepada anaknya, berbanding seorang 'chef' yang memasak atas dorongan ganjaran komersial.

kawan2 kata mak punya sambal ikan bilis sedap sangat...

 Justeru semakin ikhlas, ceria dan kasih seseorang pada pekerjaannya dan kepada siapa dia tujukan atas kerjanya itu, maka semakin tinggilah kualiti kerja tersebut. Dan semakin kurang keikhlasan, keceriaan dan kasih seseorang semasa melakukan kerjanya, maka semakin rendahlah kualiti dan produktiviti kerja tersebut.

 Realitinya, 'air tangan' bukan hanya ada pada kerja memasak. Ia ada dalam setiap jenis pekerjaan. Ia adalah aliran kasih sayang dan kecintaan yang seharusnya mengalir dalam setiap pekerja, pemimpin, guru, imam, jurutera, doktor, jururawat sehingga seorang buruh kasar.

merindui masakannya..~ kerutuk daging


Setiap individu Muslim, wajar bekerja kerana Allah untuk berkhidmat sesama manusia. Seorang yang paling kasihkan Allah, dialah yang paling kasihkan manusia dan orang seperti inilah yang paling tinggi kualiti kerjanya.

 Falsafah di sebalik 'air tangan' inilah saya kira dapat merealisasikan dorongan Rasulullah saw agar setiap kita memperelokkan kerja menerusi sabdanya: "Bahawasanya Allah s.w.t suka apabila seseorang dari kamu membuat sesuatu kerja, dia memperelokkan kerjanya."

 - Artikel iluvislam.com 

 Biodata Kolumnis Ustaz Pahrol Mohd Juoi merupakan seorang penulis buku, artikel, lirik nasyid dan juga skrip. Salah satu buku karangan beliau adalah 'Tentang Cinta.' Penulis kelahiran Ipoh, Perak ini merupakan seorang master trainer untuk syarikat Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. dan juga ketua editor majalah Solusi terbitan syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. Blog beliau adalah www.genta-rasa.com.