hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Tuesday, December 6, 2011

rindu

Bismillah...

dah lama rasanya tak menaip..rindu mula bersarang dlm dada.Allah Maha Mengetahui.
banyak yang nak di luah nak di kongsi bersama tapi masa 24 jam yang Allah bagi sama je untuk semua org bagaikan x terkejar oleh diri yang kerdil ni...

Sejak mak x de ni lagi la..x de tempat nak mengadu..seolah2 semua dah di sumbat dalam dada..diari yg banyak tu pun x tertulis..blog x sempat nak jengah..

Alhamdulillah..saya masih punyai ayah..adik beradik..sahabat saya Wani..dan teman2..yang penting saya tahu Allah ada untuk saya..

kekuatan dalaman saya rupanya goyah sedikit..saya hambaNya yg lemah..menangis dalam mencari kekuatan diri..

Setelah mak kembali pada Allah, saya jadi lemah..
x siapa paham rasa diri ni bila kehilangan mak
tiada maya

naik kerja setelah 'di paksa' oleh boss..saya terpaksa akur..ada undang2 mengikat saya untuk terus bekerja walau tiada 'rasa'.

seterusnya sehingga ke akhir bulan November saya menguatkan diri akal dan fikiran untuk terus hidup bersama org yang masih menyayangi diri ini..saya kena akur..

dan bekerja seolah tiada malam sehingga kudrat terasa amat letih
saya bukan nak lari dari realiti.
saya akan teringat mak bila saya sakit..

Allah yang beri kita sakit kerana Dia nak kita merintih padaNya..
sakit juga dapat hapuskan dosa2 kecil kita...

Wednesday, October 5, 2011

Alhamdulillah..rezeki.

Bismillah..

Alhamdulillah..saja nak bagitau saya sayang barang2 kepunyaan saya..esp yang saya idam idamkan..
Tapi bukan la melampau sayang..just happy to have it..

Oh ye..saya juga ada laptop yang saya sayang juga..saya memperolehinya dengan hasil mengumpul mengumpul dan mengumpul wang gaji setiap bulan sehingga 3 tahun.he he...


..err..ni bukan gambar sebenar seperti milik saya..
 Akhirnya saya memiliki laptop yang sederhana besarnya..cute bodynya..comel2 gitu..Fujitsu limited edition. Sehingga nota ini di taip..ia masih berjasa..

Dan yang terbaru menjadi kesayanganku..treng tereng...teng...!



perkenalkan ipad2..!


Ipad2 dari apple..!


Ini juga di namakan rezeki..cerita sebalik kewujudannya pada saya..? Biarlah Allah yang tahu.

Dan semua gajet2 ini telah di daftarkan atas nama saya seadaanya..insyaallah..dan jika kembali, hanya kembali kerana Allah.



Alhamdulillah..keranaMu ya Allah, aku memperolehinya..

Sunnah Rasulullah dalam kehidupan seharian

Pertama: Tahajjud, karana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya  mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, karana masjid merupakan pusat kebarakahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan mesjid Allah.

Keempat: Jaga solat dhuha, karena kunci rezeki terletak pada solat Dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus menerus karena Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah.”

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Nabi SAW bersabda, “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta padaku, dan barang siapa yang cinta padaku, maka akan masuk surga bersamaku.”

Tuesday, October 4, 2011

Rezeki2

Bismillah..

Sambung cerita selepas di offer samsung galaxy tab oleh penjual servis di maxis. Saya kemudian berfikir akan kebaikan serta keburukannya..pantas membuat keputusan utk kebas samsung tab ni..yg jadi kemusykilannya plak..takkan nak letak samsung berukuran 7inci kat telinga bila nak wat call @ jawab call?..nak tau kenapa saya cakap macam tu..anda kena la tgk spec Galaxy Tab ni sendiri..
ok lah saya bagitau sikit na..Function Galaxy tab ni serupa ngan Galaxy S..cuma saiz je membezakannya dan of course harganya..boleh wat call n terima call..video call..yang lain cari sendiri..ok?!

Maka kedatangan lagi idea bernas si penjual servis ni.." akak guna la bluetooth ke.."
aik? pandai plak dia bg idea..x nampak ke aku pakai tudung nih..(..ish? ke boleh sebenarnya..?)



x pelah..saya balik dulu la nak pk sampai rentung..sebab ini membabitkan jiwa raga HP Nokia ku yang tersayang..

di pendekkan cerita, HP Nokia tersayang ku ini telah menerjunkan diri ke dalam lubang tandas..oissshh!..namun sempat di selamatkan sebelum terus ke bawah lagi tapi malangnya kehidupannya setakat itu sahaja..just for info..Nokia ni paling di sayangi sebab adik ku yang tersayang menghadiahi diriku ini masa birthday ku yang ke berapa ek..? tapi penggunaannya telah menjangkau tahun ke -6 lebih kurang..

Nokia 7260

dan baru di sedari telah muncul masa ini untuk  mencari yang baru..bukan sebagai pengganti tetapi sebagai pelengkap hidupku..ewah! he he x de lah gitu kan..

di pendekkan lagi cerita (sebab dah ngantuk nih..) maka al kisahnya saya telah meminang Samsung Galaxy S sebagai peneman di jalanan..ha ha..(dia kan gajet je mana ada terasa..)..

Samsung Galaxy S

dan bermula la episod  baru ku bersama buah hati baru..mana tak sayang oiii..makan riban gak nih..maklumlah hasil titik peluh petani..ermmmm

Sunday, October 2, 2011

Rezeki

Dengan Nama Allah..

Dah lama x menulis di waktu tengah malam..ada kisah di sebaliknya..(insyaallah akan saya ceritakan kemudian..saya sedang mencari kekuatan itu untuk bercerita mengenainya)

Alhamdulillah saya lafazkan kesyukuran atas rezeki yang Allah kurniakan kepada saya. Saya baru teringat tentang REZEKI ketika saya nak mandi..setiap kali saya memohon kepada Allah (berdoa) di murahkan rezeki..sekilasnya terlintas ialah rezeki = duit. tapi saya lupa..saya pernah terbaca mengenainya dan juga mungkin mendengar ceramah bahawa rezeki itu luas maksudnya.

Hela nafas kita juga adalah kurniaan rezeki dari Allah..kesihatan, cukup makan cukup pakai, keistimewaan dalam penerimaan sesuatu peluang dan pelbagai lagi.


Rezeki = impian
Nikon D90


Dalam pada dok merancang dan mengumpul duit untuk pelbagai macam tujuan..saya dah lama nak kan gajet yang istimewa..seperti contoh; saya nak kamera DSLR..dan alhamdulillah saya di beri kesempatan 'memiliki' nya walau sebentar cuma.

Ipod Nano 3rd Generation
dahulunya saya menyimpan hasrat (yang terpendam) untuk memiliki iphone..tapi apa yang saya dapat ialah Ipod 3rd generation..jadi lah kan..boleh wat dengar lagu sementara tunggu ERL (dulu kerja di putrajaya - berulang ke kl)..boleh tengok2 gambar..emm sukanya tak tergambar lah kan..masa tu fenomena barangan Apple ni x meluas sangat kat Malaysia kot..sebab nak dapatkan barangan dan aksesorinya amat payah (oulet apple x banyak).



kemudian nak iphone 3..baru je mengumpul sikit demi sikit duit harian..dah timbul iphone 4..macam mana nak kejar ni..
Iphone 3Gs
Masa iphone4 baru di lancarkan kat Malaysia ni..bukan main kecoh lagi orang2 Malaysia ni beratur sampai tak tidur rumah sendiri sebab dok tunggu kat kedai Apple..nak dapatkan segera gajet yang di katakan bagus pada zaman ni. Malah bukan kat Malaysia je..kat luar negara lagi dahsyat..berebut2..Apa yang dorang dapat ek bila dorg jadi orang pertama pegang iphone4 tu..?


Iphone 4

bila duit tabungan agak mencukupi..saya ke maxis. Konon nak tangkap iphone4..
org kat maxis bgtau kena tunggu sebulan baru boleh dapat sebab yang booking dulu pun belum dapat lagi..argh! hancur hatiku..

org jual service kat maxis ni pun bg cadangan yang bernas yang bakal merobek kan beg duit ku yg kecil ni supaya amik la samsung galaxy tab..

ermmm...macam best!

Wednesday, September 28, 2011

cerita masa lalu

Hati akan menjadi gelap jika tidak mencari ilmu ugama dan menggunakan masa untuk benda tidak berfaedah. Penuhkan masa membaca , menonton, berdiskusi, membaca blog dan menulis blog yang menyeru pada kebaikan. Jika sebaliknya alangkah rugi nya modal umur kita hari ini. Gunakan weekend untuk jaga kesihatan fizikal mental dan rohani kita.
 
Hati yang hidup sentiasa mencari dan menyebarkan kebaikan dalam apa situasi. Jika setiap kali kita buka facebook dan mencari kebaikan bererti hati kita hidup tetapi jika dengan facebook kita melanggar batasan dan mencari keburukan ini bererti hati kita mati.Apakah kta sanggup terima bebanan di hari akhirat nanti. Jika ugama kita letak paling atas dan bukan penghargaan manusia insyaAllah kita bahagia dunia akhirat
 
 tanyalah Ustaz-
Golongan yang senang digoda Syaitan 1. lemah ilmu 2. lemah iman 3. lemah hati. oleh itu Cari ilmu, cari persekitaran yang baik dan dampingi orang baik
 
Kita menuju kearah kebaikan atau kejahatan. Setiap saat kita harus membuat pilihan berdasarkan iman bukan nafsu. Hari ini niat untuk berpakaian mengikut Allah suruh dan jangan fikirkan apa orang kata tapi apa Allah kata. Wbp jangan kita menghukum dan menghina orang yang belum mendapat hidayah untuk taat pada Allah. Kita mesti sibuk melihat diri kita dan keluarga sebelum mencari kesalahan orang lain
 
"Everybody is like a magnet. You attract to yourself reflections of that which you are. If you're friendly, then everybody else seems to be friendly too."
Dr. David Hawkins
Physician and Lecture
 
Salah satu kunci syurga ialah murah hati. Sabar itu pahit tetapi buahnya manis
 
Niatkan kita masuk facebook untuk ilmu dan silaturrahim dan berkongsi berita baik, bukan menunjukkan kemewahan dan kemegahan kita kepada orang lain 
 
Jangan susah hati jika tidak dapat beli barang beribu ringgit untuk pandangan manusia tetapi bersyukur dengan sedekah iklhlas walau 1 ringgit kepada pembantu rumah, pencuci tandas, penjual kuih dan orang miskin yang kita jumpa.

Saturday, September 10, 2011

Kaji semula caj enam peratus

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (gambar) meminta syarikat telekomunikasi (Telco) supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus kepada pengguna produk tambah nilai dan pek permulaan talian prabayar kerana ia dilihat membebankan rakyat.

Najib berkata, keputusan yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas daripada pengguna.
Menurutnya, fokus utama ketika ini sepatutnya untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.

"Saya sudah dapat banyak reaksi dan maklumat balas orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.

"Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga," katanya selepas melancarkan logo baharu Maybank di di sini semalam.
Najib berkata, kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai enam peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri.

Hua...ha ha ha..mana satu betul nih...?!

Kosmo 10 September 2011

Thursday, September 8, 2011

Cukai 6 Peratus Untuk Setiap Pembelian Tambah Nilai

Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept.
Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan ITU, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini Khamis. Para pelanggan juga boleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranya mereka mempunyai pertanyaan lanjut.
Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.
Ini sama seperti cukai perkhidmatan yang dilevi terhadap pembelian makanan dan minuman daripada restoran dan hotel.

Cukai perkhidmatan terhadap prabayar bukan baru kerana syarikat telekomunikasi telah menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak pengenalan pada 1998.

Langkah yang diambil adalah bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berbanding pasca bayar, memandangkan kadar prabayar tinggi bagi panggilan dan SMS pada permulaan.
Dengan kadar prabayar berkurangan sejak bertahun, ia kini ditawarkan pada kadar yang amat kompetitif.
“Dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar, seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

huh!..nak beli topup sepuluh pun kena sedia rm11 ringgit lah macam ni..adoyai…

Monday, July 4, 2011

Ujian demi ujian

Jika seseorang mencelamu maka pada hakikatnya ia tlh mencaci Allah swt. Pada saat itu org tersebut juga menderhakai Allah swt, padahal Allah telah menciptakan dari tiada; tidak bersyukur padahal Allah swt yg telah menghilangkan lapar dan memberinya makan, juga menentuang kekuasaaNya padahal Allah telah memberinya rasa aman..
Saya menerima pelbagai cara dari dia ini yang saya x tau kenapa amat bengang dengan diri ini dan Insyaallah saya hadapi dia ini dengan kekerasan pada mulanya. Akhirnya saya mengambil sikap buat tak tahu sahaja dengan dia ini yang juga makhluk Allah yang lemah. Semoga dia ini berubah kerana Allah..

U.J.I.A.N. Kenapa Kita Di Uji? Sabarlah dalam menempuhi Ujian Allah swt

Assalamualaikum wbt.

Pertamanya kita mesti faham bahawa hidup kita ini akan sentiasa diuji. Sama ada kita suka atau tidak kita akan diuji juga, sesuai dengan Firman Allah S.w.t yang bermaksud:“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.” – Surah AlBaqarah : Ayat 214

Mengapa kita diuji? Firman Allah S.w.t, “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,” – Surah AlMulk : Ayat 2

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” – Surah AsSyuura : Ayat 30

Walaubagaimana pun, Allah amat menyintai orang2 yang sabar menghadapi ujianNya.  FirmanNya, “Dan berapa banyaknya nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.” – Surah Aali Imran : Ayat 146

Dan Allah Maha Adil dan Maha Penyayang, ujian2 yang diberiNya adalah mengikut kemampuan masing-masing insyaAllah.  “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”– Surah AlBaqarah : Ayat 286
.
Koleksi hadith-hadith
* Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. “ – Hadith riwayat Imam Tirmizi

* Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.” – Hadith riwayat Imam Tirmizi
* Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda di dalam Hadis Qudsi: Allah s.w.t berfirman: “Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak, adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dari kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar). ” - Hadis riwayat Imam Bukhari

* Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “ Dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin, dan syurga bagi orang kafir”. – Hadith riwayat Muslim

“Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka  dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya.” - Hadith riwayat Muslim

“Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah.” – Hadis riwayat Thobrani

“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.” – Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

“Ujian yang paling berat adalah bagi para nabi, kemudian berikutnya dan berikutnya, seseorang diuji (oleh Allah) sesuai dengan kadar agamanya. Maka tidaklah musibah menimpa seseorang sehingga ia berjalan di atas bumi dan tidak ada dosa padanya.” – Hadith riwayat Bukhari
“Apabila Allah kasihkan seseorang, Allah mengenakan dengan suatu ujian sehingga Allah mendengar rengekan permintaan yang bersungguh-sungguh.” (Dari Musnad Firdaus oleh Dailami)
“Bukan ukuran kekuatan seseorang itu dengan bergusti tetapi orang yang kuat itu adalah orang yang mampu mengawal hawa nafsu ketika marah.” - Hadis riwayat Bukhari
“Sabar yang sebenarnya ialah sabar pada saat bermula (pertama kali) tertimpa musibah.” – Hadith riwayat Bukhari

* Dalam hadith qudsi Allah berfirman : “Siapa yang tak rela menerima ketentuanKu, silakan keluar dari bumiKu!”
.
Jenis-jenis kesabaran
Ibnu Qoyyim Aljauzi dalam kitab Madarijus Salikin mengatakan, “Sabar adalah menahan jiwa dari berkeluh kesah dan marah, menahan lisan dari mengeluh, serta menahan anggota badan dari berbuat tashwisy (yang tidak lurus). Sabar ada 3 jenis, sabar dalam berbuat ketaatan kepada Allah S.w.t,  sabar dari melakukan maksiat, dan sabar dari ujian Allah.”
.
Syair Imam Syafie berkenaan sabar
Bersabar lah yang indah
Alangkah dekatnya kelapangan
Barangsiapa muraqabah (merasa dekat dengan) Allah dalam seluruh urusan, ia akan berhasil
Barangsiapa yang membenarkan Allah, tidak akan terbawa gangguan
Dan barangsiapa yang mengharapkanNya, Dia akan ada di mana orang itu mengharap
(Manaqib AsSyafie , AlBaihaqi 2/362)
.
Penutup
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amatlah berat  kecuali bagi orang yang khusyuk.” - Surah al-Baqarah, ayat 45
.
artikel dari Heliza Helmi

Ujian Allah..

Ya Allah..Tarikh 8 June. Mak masuk wad lagi kerana demam yang suhunya amat tinggi..Ya Allah ada hampir 10 hari je lagi nak g Umrah..

Ibn Mubarak berkata: "Bencana itu hanya satu, akan tetapi akan menjadi dua jika kita mengeluh. Pertama, musibah yg sdg dihadapi dan kedua hilangnya pahala akibat keluhan itu." Jgnlah kita mengeluh, sebaliknya tahanlah hati drpd bersikap buruk sangka dgn manusia dan Allah atas musibah itu. Jgn lg dilihat sbb2 nya tetapi kaitkan dahulu dgn Penyebabnya (Allah). ('',)
 
 

Sahabat saya

“ Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia tumbuh subur di hati kami agar bercambah keimanan. Namun andai hadirku menjadi ulat yang merosakkan antara dia denganMU, maka tidak ada tangguh untukku berundur dari dalam hidupnya.

KeranaMu Tuhanku, saat aku memohon teman yang mengemburkan keimanan dan Kau anugerahkan dia menjadi pohon singgahana agar rimbunnya menjadi teduhanku dari bahang kemarau kehidupan. Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.

PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu mahar keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.”



Pernahkah kita bertemu dengan seseorang yang tidak pernah kita kenal siapa dia, tidak pernah kita tanyakan dari mana asalnya. Dan dia duduk seketika bersama kita, menyinggahi kamar kehidupan dan meninggalkan kalam bisunya di ruangan jiwa.

Dimensi pertemuan itu berbeza, saat kita tidak pernah melihat wajahnya namun kita bagai tahu bagaimana redup pandangannya. Dan tika kita tidak pernah sekali pun mendengar suaranya, kita bagai kenal nada bahasanya.

Dan kita tertawan pada agamanya, saat tazkirah dan nasihat menjadi utusan hatinya..saat hadis-hadis Baginda bermain dalam ratib bahasanya dan Al Huda menjadi ayat karangan jiwanya. Dan bagi kita,sahabat adalah keperluan jiwa. Dialah ladang hati, yang kita taburi dengan kasih dan kita tuai dengan penuh rasa terima kasih. Dan pada kita, dialah anugerah istimewa dariNya saat kita memohon padaNya memilih teman perjalanan yang terbaik dalam kembara perjuangan di jalanNya.

Begitu tika Dia hadirkannya berkali-kali menemani lena kita, saat istikharah yang kita pinta menjadi jawapanNya. Sehingga seluruh jiwa kita menyangka dialah sahabat yang bakal menjadi menjadi tonggak perjuangan selama masa kehidupan. Dan tika itu kita mengharapkan persahabatan yang berpanjangan dengan ikatan yang lebih kukuh dan diredhai..agar utusan hatinya sentiasa menemani kita, ratib bahasanya terus didendangkan di telinga dan karangan jiwanya terus kemas terukir saat kita alpa.

Dan tidak pernah ada prasangka, bagaimana andai hadir kita memberi masalah padanya..kewujudan kita tanpa sedar mengganggu hatinya bertemu Pencipta. Dan kita terpaku tiba-tiba, dari doa yang kita pohon agar persahabatan dinaungi rahmatNya tiba-tiba bertukar cela. Mungkinkah dalam persahabatan itu penuh terpalit dosa, apakah nasihat kita melaghokan jiwanya..saat kita bersahabat kerana agamaNya.

Namun tiba saat mengharuskan kita sedar, saat pertemuan diqasadkan untuk memburu redhaNya maka perpisahan keranaNya pasti membuah makna. Tika kita merunduk tawadhu` pada ketentuanNya dalam kudus jiwa kita membelas pada ketentuan takdir.. yakinlah Dia tidak pernah menganiaya hambaNya.

Kalau kehadiran dianggap menyusahkan, moga pemergian menghembuskan ketenangan. Bila membenih subur kerana ukhuwwah, biar jatuh gugur dalam mahabbah. Kerana daun yang jatuh takkan sekali-kali membenci angin. Dan amankanlah hatimu dengan janjiNya :"..Dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya hamba-hambaNya." Fussilat::46.

 

Masanya kian Tiba...

Dengan Nama Allah Yang Memberi Rezeki ~ Ya Razak

Tahun 2011 mencatatkan keriangan peribadi pada saya sendiri dan tempiasnya pada keluarga dan mungkin pada teman2 rapat. Saya dapat bertukar dari jabatan lama ke jabatan baru..pertukaran yang di pinta dan di jangka ini adalah untuk memperbaiki kekurangan diri dan menampal kerosakan yang berlalu sebelum ini.

Terima kasih jabatan lama kerana 'berkeras' mengajar saya jadi semakin matang semakin kuat dalam membina diri. Saya tinggalkan anda dengan khidmat bakti saya yang masih kurang kerana ketika mula melapor diri saya menjangka akan memberi khidmat bakti di samping menimba pengalaman baru. Ya.. memang agak menimba la jugak sehingga bocor timba yang di guna untuk menimba...dan jangan di sangka air yang tenang tiada buaya..!

Kegembiraan saya di uji Allah. Mak saya di beri ujian Allah yang berat . Beliau muntah darah..(dan saya ada ceritakan sebelum ini..)..Mak adalah segalanya buat saya dan ahli keluarga juga..dan hampir sebulan selepas itu mak masih perlu mendapat rawatan susulan..

Maka perancangan saya dan Wani mungkinkah akan bertangguh kerana masalah kewangan yang saya hadapi. Ya Allah, saya sentiasa positifkan diri ini memikirkan yang positif sahaja..

Mak akhirnya di sahkan sihat dan beliau merancang untuk pergi bersama2 kami. Dan Wani juga merancang membawa maknya bersama..Alhamdulillah..walaupun perancangan asal adalah menunaikan Haji..(InsyaAllah!)

Dalam kesibukan kerja kami sempat juga mengunjungi pameran pelancongan Islam di Shah Alam. Tujuan; survey mana yang baik dari yang terbaik..

Saya serahkan pada Wani sahabat yang saya sayang untuk membuat keputusan kerana beliau sering mengambil keputusan  yang terbaik sepanjang kami bersahabat..Masyaallah...!


Kalau saya tahu saya ni perosak dirinya, saya akan berubah.
Saya nak jadi lebih baik sebab saya nak sama2 masuk syurga dgn dia.
Nak jadi jirannya kat sana. Dan saya percaya dan pegang kata2nya,
"Jangan biar aku jatuh, sebab aku takkan biarkan kamu tenggelam lemas."
Fungsi sahabat itu adalah saling mengingatkan, saling berkongsi apa yang dah mengesankan hati ntuk manfaat bersama dan bekalan di sana.
Dan andai dia mengorak langkah untuk menjadi lebih baik, kita pun patut melakukan perkara yang sama. Berubah kerana Allah. Saya tak nak ditinggalkan di belakang, hanyut sendiri, jauh dari Dia, sedangkan dia makin dekat dengan Dia. Mahu berjalan seiring..
"Kau peganglah tangan aku tanpa paksa demi Dia. Bawalah aku ke syurga kerna cinta-Nya."
To gather together in Jannah.. Insyaallah..


terima kasih Wani...!

Sunday, July 3, 2011

Persediaan diri

Dengan Nama Allah Tuhan Sekalian Alam...


Sehingga tahun lepas perancangan mengunjungi Baitullah menjadi semakin kuat dan bertambah kuat. Tekad dalam diri amat kuat sehingga saya merasa cemburu dengan kunjungan rakan sekerja yang dapat peluang keemasan menunaikan Haji pada musim yang lepas dengan tanpa di duga. Tahun 2010 telah terjadi perang di negara Arab di mana kebanyakan negara Asia seperti Indonesia telah menarik diri menyertai rombongan Haji jadi kuota itu telah di beri kepada rakyat Malaysia..

Alhamdulillah rezeki masing2 dan saya yakin Allah Maha Pemberi Rezeki.

Saya dan Wani merancang akan mengunjungi Baitullah pada awal bulan Februari atau bulan Mac 2011 kerana pada masa itu cuaca di Mekah di katakan agak sejuk sedikit berbanding bulan2 lain.Insyaallah..

Perancangan kami berjalan seiring kehidupan yang perlu di lalui setiap hari..Dalam hati saya sentiasa berdoa agar di permudahkan permohonan hambaMu ini..

Selain mempersiapkan diri dari segi kekuatan fizikal..kekuatan rohani juga amat penting..

dan padaMu Allah aku berserah diri...

Membina Keyakinan Melalui Minda

Manusia kebanyakan lahirnya sama, cuma cara didikannya lain.

Cara didikan sewaktu kecil banyak mempengaruhi kehidupan waktu besar.

Ada juga yang lahirnya dianugerahi oleh Allah pengetahuan dan sifat yang luar biasa

Didikan terus daripada tuhan.

Mutakhir ini, ramai orang yang sudah kehilangan keyakinan diri akibat tersalah cara didikan.

Bukan setakat tiada keyakinan diri, malah tiada juga 'common sense'. Terlalu susah untuk hidup bermasyarakat.

Semasa Kecil

Didikan keyakinan diri semasa kecil sangat penting. Ibu bapa perlu sentiasa memberi peluang kepada anak-anak.

Contohnya memberi peluang untuk anak memberi pandangan dan bercakap walaupun suatu perkara itu tidak bernas.

Itu hanya pandangan dan idea.

Ibu bapa juga jangan terlalu cepat melarang akan sesuatu perkara.

Saya kemukan satu contoh kehidupan di sebuah negara di barat.

Mereka melatih anak-anak mereka sentiasa berani mencuba.

Suatu ketika di taman permainan, seorang anak lingkungan tiga tahun sedang cuba memanjat papan gelongsor sambil diperhatikan oleh kedua ibubapanya.

Tindakan itu bagi anak yang berumur tiga tahun adalah bahaya.

Ibubapa tersebut hanya memberitahu kepada anak tersebut bahawa perkara itu bahaya, tetapi tidak sekali-kali melarang.

Budak itu terus mencuba memanjat sehingga berjaya ke atas.

Sikap melatih anak berani mencuba sangat digalakkan. Ini satu sifat positif yang boleh kita ambil dari barat walaupun mereka banyak juga yang negatifnya.

Malu atau Takut? Kedua-duanya berkaitan keyakinan diri.

Lihat sahaja di IPT mana-mana pun, pelajar-pelajar takut sahaja untuk berjumpa atau menjawab soalan yang diberikan oleh pensyarah dalam kuliah, semua nya kerana takut salah! punca takut salah adalah kerana tiada keyakinan diri.

Ia berlaku dimana-mana sahaja, bukan sahaja di IPT-IPT malah semua tempat. Puncanya semua sama. Tiada keyakinan diri.

Terlalu merisaukan kata orang juga adalah faktor kehilangan keyakinan diri.

Contohnya anda terlalu risaukan kata kawan anda jika anda berpendapat seperti itu dan ini, maka akhirnya anda terus senyap, akhirnya kaku dan beku...

Kelebihan Manusia

Minda manusia boleh menentukan perilaku manusia melalui imaginasi sebelum berlaku perbuatan.

Contohnya seorang pengerusi sebuah majlis yang di arahkan untuk menceriakan dewan, tentu sahaja dia
berimaginasi terlebih dahulu keadaan-keadaan yang bakal berlaku dan bagaimana dia bakal menangkap suasana di dewan itu nanti.

Perkara ini semua berkaitan dengan minda dan keyakinan diri, jika setiap hari minda dilatih dan dibasuh dengan perkataan 'TIDAK BOLEH' maka hasilnya tidak boleh juga.

Demikian juga sebaliknya.

Lihat sahaja sejarah tentera islam yang diketuai oleh sultan Muhammad Al-Fateh yang menawan Constantinople (Istanbul).

Beliau sudah pun terlalu lama berimaginasi untuk menawan kota tersebut, setiap hari dengan diiringi solat dan doa beliau menyusun strategi dan sentiasa berimaginasi tentang semua keadaaan yang bakal berlaku.

Ini yang menjadikan beliau hebat.

Begitu juga beberapa pemimpin yang lain.

Cuba Latih Minda Setiap Hari

Oleh itu, apa yang anda imaginasikan pastikan ia positif dan seterusnya anda melakukannya di alam nyata.

Minda manusia sangat hebat. Ibarat seluruh cakerawala yang ada di dalam otak.

Kepantasannya juga mengalahkan komputer yang canggih. Cuma untuk mencapai semua itu, ia memerlukan tuan minda yang sentiasa melatih minda supaya sentiasa positif.

Kepada anda juga, jangan terus suka menghukum dan menyalahi orang yang sedang cuba membina keyakinan diri.

Ia tidaklah dibina dalam tempoh yang singkat, malah ia panjang.

Jadi dalam tempoh yang panjang itu mungkin sahaja berlaku pelbagai kesilapan.

Biasalah, ia adalah proses! kalau terus berjaya bukan manusia namanya itu.

Sentiasalah berlapang dada!

Terus menerus melatih, cuba mencari peluang dimana-mana supaya keyakinan diri itu datang secara lansung semasa mencuba.

Jangan takut salah! Orang yang takut salah adalah orang yang susah untuk berjaya.

Maka berhati-hatilah kerana itu lebih baik.

Persediaan mengunjungi Baitullah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Perancangan bermula dari 5 tahun lepas  lebih (kurang la)..tapi pada masa dan ketika tu saya hanya merancang dalam diam..seorang diri dan  mencatatkan setiap impian hati saya dalam diari gomen, diari personal dan diari diri. Seperti apa yang saya baca, jika kita impikan sesuatu kita hendaklah catatkan dan bacalah setiap hari. Ia seolah2 kita berdoa memohon dari Allah..

Saya berserah pada Allah dari mula kerana saya sentiasa memikirkan bagaimana saya dapat ke Mekah dengan gaji yang sedikit..Namun gerak hati dan impian itu di 'tunjuk' Allah..ketika sahabat saya Wani menyampaikan hasrat untuk ke Mekah juga, hati ni dah terdetik riang kerana impian kami adalah sama..di tambah lagi dengan semangat dan dorongan dari En. Azman yang menceritakan pengalaman pertamanya dapat ke Mekah. Bergetar dalam jiwa saya mendengarnya dan lantas terus bersemangat kerana Allah akan ke sana dengan usaha yang kuat.. insyaallah!

Aku Yakin Allah Tidak akan Mensia-siakanku

Kadangkala dalam hidup kita tidak pernah sedar, Tuhan sudah melengkapkan hidup kita dengan benda-benda yang kita perlukan untuk jalani hidup dengan sempurna. Sebab Dia akan sentiasa berikan yang terbaik buat kita.

Sempurna vs Terbaik?

Sempurna itu saya lihat dari sisi, dari gambaran cukup atau tidak dalam sesuatu benda asas dalam hidup yang menjadi suatu keperluan, bukan dalam konteks kita dapat segalanya yang kita minta.
Terbaik? Benda yang kita perolehi itu pastinya sesuatu yang Allah sudah rancang untuk kita, dan Dia tahu itu ada adalah sebaik-baik perkara yang bersesuaian dengan fitrah diri kita. Bukankah Allah itu sebaik-baik perancang? Seperti mana tidak pernah ada istilah kebetulan ataupun istilah bernasib baik dalam hidup. Segala sudah diatur rapi, hanya menunggu masa untuk 'dilepaskan' dari Loh Mahfuz dan mencorakkan hidup kita.

Hidup tetap ada pasang surutnya. Tetap ada kegembiraan walapun terselit duka. Allah juga telah berjanji, selepas kesusahan pasti kesenangan berpanjangan akan datang menghampiri. Untuk mengharungi, caranya juga Allah telah jelaskan. Solat dan sifat sabar itu penawarnya.

Syukur tingkatannya lebih tinggi dari tingkatan sabar. Berapa ramai manusia boleh bersabar? Tidak ramai. Apatah lagi yang mampu mengucap syukur, malah bilangan lebih sedikit. Apa erti syukur yang sebenarnya? Apabila kita redha dengan segala ujian yang datang menyinggah, itu adalah suatu bentuk kasih dan tarbiyyah Dia buat kita. Redha? Bila hati ini belajar mengucapkan syukur. Lebih cantik apabila diadun dengan tawakal dan kebergantungan sepenuhnya terhadap rahmat Allah yang tidak pernah surut datang menyirami kita setiap masa.

Rezeki Allah itu bertebaran di muka buminya yang luas, selagi ada rezeki buat kita maka usah gusar. Mengapa harus dikisahkan, dirisaukan tentang perkara yang belum pasti berlaku? Benar hidup itu suatu percaturan, tiada siapa yang mengetahui masa depan apa yang bakal berlaku.

Namun bersedia dengan kejutan dalam hidup yang sudah ditentukan dan tetap istiqamah berusaha mencari redhaNya, suatu ketetapan yang perlu dilakukan sentiasa. Itu sahaja cara mengajar hati agar redha. Jangan pernah berhenti yakin dengan adanya rahmat Allah, tetap sentiasa akan ada laluan buat kita seandainya laluan target kita sudah beralih simpangnya, kerana Allah sudah membina 'jalan yang lain'.

Terus usaha mencari redhaNya. kerana Allah melihat kepada hasil. balasan yang setimpal itu imbalannya. sama ada dalam bentuk yang sama seperti apa yang kita usahakan, mungkin juga balasan itu dalam bentuk lain yang tidak pernah kita sangka-sangka. yakinlah bahawa hidup ini diciptakan dengan indah, dan ujian itu penyerinya. Ujian itu wasilah kita mencapai apa yang sepatutnya yang terbaik dalam hidup kita. Ujian itu perlu sebelum melayakkan diri kita menerima imbalan yang pastinya tetap membuatkan hidup kita tenang dan dalam keredhaanNya.

Cukuplah Allah sebagai pelindungku.

Sesungguhnya Allah bersama dengan orang yang bersabar. Usah bersedih.

Bersabarlah Duhai Hati

Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba.
Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.

Kadangkala apabila diuji, kita merasa cukup kuat dan kental jiwa untuk menempuh segala dugaan yang mendatang, namun ada masanya pula kita cukup lemah dan merasa hampir rebah dalam perjuangan meniti kehidupan.

Ada kalanya kita berupaya melepasi ujian itu, namun ada kalanya juga kita merasakan tidak berupaya menghadapinya lantas merungut dengan apa yang berlaku.


Sesungguhnya tidak kita nafikan, ada ketika kita tidak mampu mengelak daripada menghadapi tekanan dalam menjalani kehidupan. Pelbagai tekanan dihadapi menyebabkan kita hilang semangat dalam menempuh cabaran dan dugaan yang datang silih berganti atau secara bertimpa-timpa.

Lihatlah betapa lemah dan kerdilnya kita, begitu cepat hilang pergantungan sedangkan Allah SWT sedang menduga.

Ujian yang dihadapi oleh manusia di dunia ini adalah dalam dua bentuk iaitu sama ada kesusahan atau kesenangan. Kedua-dua ujian itu benar-benar menguji kita sebagai hambanya.
Ingatlah bahawa kehidupan di dunia yang meliputi kemewahan dengan segala pangkat kebesaran dan kesenangan itu adalah sekadar ujian. Sesungguhnya hanya bagi mereka yang terpedaya yang akan hanyut dengan ujian ini.

Sedangkan dugaan kesusahan dan kesengsaraan di dunia pula, kadangkala membuatkan kita rasa lemah dan putus asa. Kadangkala kita seringkali mengeluh dengan apa yang ditetapkan untuk kita, dan seringkali jua kita persoalkan itu dan ini tentang takdir yang telah tertulis oleh-Nya. Apakah dengan penerimaan sebegini kita fikir kita cukup redha dengan ketentuan-Nya? Kadangkala pula kita seringkali merumuskan itu dan ini tentang ketetapan-Nya.

'Jikalau dugaan ini tiada, sudah tentu aku begini...'
'Jikalau ini tidak terjadi sudah tentu aku begitu.... '


Apakah kita fikir kita lebih tahu dari Dia yang menciptakan kita? Dan apakah kita fikir kita sebenarnya lebih tahu apa yang terbaik untuk kita?

Subhanallah. Maha suci Allah!

Sudah tentu kita hamba yang kerdil ini tidak tahu apa-apa berbanding Dia yang Maha Sempurna. Namun tanpa kita sedari segala persoalan yang timbul dibenak kita sebenarnya telahpun terjawab dalam Kalam Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan sesuatu, maka Dia juga Maha Mengetahui persoalan yang bakal timbul di fikiran hambaNya. Maka Dia lebih dahulu menjawab persoalan itu dalam ayat-ayat-Nya.
Inilah jawapan Allah tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.

Kenapa semua ini terjadi padaku?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)

Kenapa terlalu berat ujian ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)

Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Bagaimana harus ku hadapi semua ini?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)

Apa yang akan kudapat daripada semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)

Kepada siapa harus aku berharap?

"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)

Berimankah aku?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)

Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.

Wednesday, June 29, 2011

"Kalau" Buka Jalan Syaitan

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya); oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas..

...dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata: "Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah: "Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan 'kalau' itu membuka jalan kepada hasutan syaitan."


وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّڪَوٰةَ‌ۚ وَمَا تُقَدِّمُواْ لِأَنفُسِكُم مِّنۡ خَيۡرٍ۬ تَجِدُوهُ عِندَ ٱللَّهِ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٌ۬
Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.
[Surah al-Baqarah 2: Ayat 110]




Friday, June 17, 2011

mak saya..II

Salam

Tengahari tadi 16 Jun, doktor akhirnya membenarkan tanpa rela mak kuar dari wadnya..katilnya yang berdua tapi dok sesorg tu..Mak bgtau nak ke Johor..nak ikut abang. Padahal dia dah boring dok spital..Makan memang best tapi asik baring je..lenguh lumpuh rasa. Doktor plak tak bagi sebab kaki mak masih bengkak masih perlukan perhatiannya. Yela doktor kan mesti nak pesakitnya sembuh..terima kasih Allah..

dan masa ni rasa rindu plak nak tdo kat wad..hampir setiap malam tdo kat mak..kekadang selang seli ngan abang..yang tak tahan tu..saya tdo je atas katil ngan mak..sejuk beb layan tdo atas sofa..alih2, mak yang kena himpit..mana la dia x makin sakit..sorry ye mak!

Terima kasih pada yang mendoakan supaya mak cepat sembuh..mak sihat seperti biasa..Terima kasih pada yang sudi melawat mak..hanya Allah yang mampu membalasnya..


Terima kasih pada kengkawan yang sudi  tanya khabar mak sebab saya asik balik awal je tengahari..terima kasih pada bos2 saya yang amat memahami..

Terima kasih para jururawat yang baik hati dan ramah tamah..korang memang best. Terima kasih pada Doktor Ishak yang merawat mak bagai mal orang yang sepesel sangat..walaupun dengan semua pesakit Dr. Ishak layan begitu..

Terima kasih yang tak terhingga pada Allah yang memberi kesakitan ini agar terkandung segala hikmah di sebaliknya..dan hanya Allah jua yang menyembuhkan mak..mak saya..

Terima kasih

Tuesday, June 14, 2011

mak saya..

Dengan Nama Allah Tuhan sekalian alam...

Alhamdulillah..syukur..saya dan keluarga benar2 bersyukur kerana demam mak dah berkurangan..makan pundah lalu sket..Masa kat umah, semuanya mak x mo makan..minum air gula je.
Rabu 8 June,ada temujanji ngan doktor..di sebabkan badan mak amat la panas..doktor akan tahan masuk wad..

 Saya mmg nak syorkan mak duduk kat wad..yela ari2 demam..at least kita berserah pada Allah jua utk rawatan demam mak tu..

Cuma sekarang kaki masih bengkak..

Monday, June 6, 2011

Sahabat lama..

Salam..


Saya masih belum boleh lelapkan mata kerana pagi tadi dan petangnya saya menidurkan diri agak lama kerana malam sebelumnya saya tidak 'lalu' untuk merehatkan diri..Bukan ada nak pk apa pun..
cuma x leh nak tido..
emm baru je cakap dah menguap plak..

5 June 2011 ~ tanpa di rancang dengan rapi, saya berjumpa kembali dengan sahabat lama di zaman sekolah..di alam remaja..hampir 16 tahun beb! baru bersua muka..macam tak percaya begitu masa telah berlalu. Alhamdulillah, syukur kerana Mu Ya Allah, kami bersua muka.

Ina masih nakal macam dulu..err..cuma nampak dah, macam bini orang..tapi sebab saiznya kecik..
memang la nampak muda jelita..X berjanji tapi kami  je redah HR Steak Kg. Baru..
ujan renyai2 buatkan perut saya lapa dah la ramai org..
dan Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan..kami dapat gak meja depan tv..!

Biasa la makan sembang...sembang..makan..gelak sket..makan lagi...dan makan..

cter hal terkini..kenang sket zaman sekolah..
kami satu asrama tapi berlainan dorm.Ina dorm H di tingkat dua dan saya dorm F di tingkat 3. Perbezaan kami membolehkan kami selalu bertekak..tapi x la bertumbuk..setakat ketuk2 kepala ada la..
Ina ni minat sangat warna hijau..kalu bulis suma benda nak hijau..
sorry la ina..ni je saya tau..saya dah tak ingat apa lagi kesukaan ina..he he

Persamaan kami plak..kami suka sembang..rasanya tu je kot sama.
kalu x, masakan kami bulis sembang dari kul 8 malam sampai nak kul 1 pagi..
emm nasib la umah ina jauh dan esoknya saya  kije..x mustahil sampai esok pagi kalau bulis sembang..
tapi ye lah kan..cter lebih 16 tahun yang lampau mana tak panjangnya kan..

Cter pahit manis..mengenang masa remaja yang mematangkan kami..menharungi rentak hidup sehingga kini dan masa hadapan..seolah2 olah semalam berlaku..dan kami asik la tertawa bila ingat sejarah silam.
Bukan mencari kesalahan lalu tapi mensyukuri apa yang ada masa kini..

Kerana persahabatan kami ni dulu agak rapat..saya mengenali hampir keseluruhan ahli keluarganya..dari abang2nya yang ensem2..mak ayahnya dan segelintir ahli keluarga terdekat dan juga teman lelakinya ketika itu..ha ha..

dan..pemberian tudung sebagai hadiah melanjutkan pelajaran ke Besut, Ina dan juga emaknya, membantu menggerakkan hati saya memakai tudung..kerana Allah..terima kasih..
Alhamdulillah...

Saya pelajari setiap hari ..
- setiap sesuatu yang terjadi ada hikmahnya di kemudian hari yang manusia tidak terfikir akan nya..
- kita sentiasa merasakan kita menagalami masalah yang besar tetapi ada orang lain mengalami masalah lebih besar dari kita..

semoga Allah mengekalkan persahabatan ini hingga ke akhir hayat..ameen!

Thursday, June 2, 2011

percambahan ilmu..

Untuk mencegah materialisma, jangan kita iri hati dengan kekayaan dunia seseorang yang ingkar pada Allah dan berpihak kepada kebatilan untuk mendapat wang kerana mereka sedang di bawa kekawah neraka bila meninggalkan dunia kerana khayal dengan dunia yang amat hina di mata ALlah.
3 perkara sukar dilakukan tetapi jika dapat akan bahagia dan sihat dan kaya selamanya.
              1, Buat baik pada orang yang buat tidak baik pada kita.
             2. Menjaga nama dan menyokong orang yang di kutuk atau diumpat,
             3. Mengaku kesilapan kita. Mereka yang tak dapat buat ini yang selalu stress 
                 dan berpenyakit pada usia muda.
 
Cuba lihat orang yang banyak masalah. Soalan pertama apakah kita sudah lakukan tanggung jawab kita kepada Allah? Jika tidak jangan cuba bercakap tentang apa apa kejayaan di dunia ini. Banyak manusia tertipu dan menyangkakan rezeki, pangkat yang di dapati hasil usaha mereka sebenarnya perangkap supaya mereka lebih jauh. Berhati hati kalau banyak dapat sedangkan kita engkar pada Allah.
 
Allah melihat pada amalan baik kita bukan kemenangan yang kita capai. Oleh itu teruskan usaha baik dan serahkan kepada Allah hasilnya. KAlau kita sebut perkataan stress makna nya kita jauh dari Allah. HAri ini delete perkataan stress. Kita sebenarnya menunjukkan kejahilan kita kepada anak anak dan orang kelililng kita. Ajar bersyukur dan bergembira setiap hari
 
Orang yang kurang keyakinan diri sangat mementingkan ' branded item' dan dikawal oleh dunia materialisma dan terperangkap dengan penyakit mengejar dan lama kelamaan letih dan sentiasa dalam keadaan tidak akan sampai ke destinasi. Mereka sentiasa ingin bersaing dan tidak suka bekerjasama ingin menjadi terbaik dengan mengalahkan orang bukan ingin berada dikalangan orang terbaik.

Site Visit

Salam ukhuwah...

Lama sungguh tak berbicara hati..rindu. tapi kekangan masa yang saya x dapat penuhi kala ni..
Bila nak sampai ke penghujung bulan dah sibuk ngan meeting ..di mana ini adalah core bussines tempat saya mencari rezeki..memanggil orang miting supaya segala permasalahan walau x dapat di selesaikan tapi ada 'jalan' yang memecah kebuntuan.Emmm seronok kan kije macam ni..

Alhamdulillah, kije dah nak masuk bulan ke 6..saya mula menerima sesuatu yang baru dengan segera, memahami gerak gaya lenggang lenngok tradisi orang dan bangunan alam sekitar. Walau bukan pro sangat,..harap masih boleh membantu..

Dalam sejarah 30 Mei 2011 saya akhirnya di jemput mengiringi bos kedua untuk pergi ke lawatan tapak..dengar macam syok kan? dan tentunya saya TERUJA..!

lepas dah wat surat, confirmkan kehadiran. Pas tu boleh la melawat tapak projek. fungsi saya ialah merakam detik2 indah sebelum projek rancangan berjaya di bina dengan megahnya..tengoklah kot2 ada masalah ke nak jadi orang tengah ke..tapi ni bukan kije saya..ni kije unit saya..so, apa yang penting..KERJASAMA.

31 Mei mengiringi bos pertama ke dua tapak projek..layanan yang berbeza..masalah lagi berbeza..tapi saya belajar sesuatu yang baru..Syiok beb!

Maafla gambar tak leh le uploadkan..sebab belum siap sepenuhnya..lagipun saya kira..ia masih SULIT. dan RAHSIA BESAR menyebarkannya..he he..


Selamat Menyambut Kedatangan Rejab..

Monday, May 23, 2011

Hidup penuh ikhlas dan banyakkan kasih sayang pada diri kita dan orang lain. Buang semua perasaan negatif dan jangan sekali kali fikir negatif tentang sesiapa kecuali mereka menghina ugama kita.
 
Everytime we spend our time feeling stressed we lower our immunity. Setiap kali kita mengalami tekanan kita menurunkan sistem immun kita kepada kuman dan kanser. Untuk tidak stress kurangkan keegoan kita dengan tidak cuba untuk inginkan orang berubah dan mengikut cara kita. Kita mengubah dunia dengan mengubah diri kita. Kurangkan fikir apa orang kata tetapi apa Tuhan mahu tentang kita.
 
The NOW is such a magical moment that you have the time to live a magical life and have no time to have guilt of the past, worry of the future but to live now fully and unfold our magnificence with the help of Allah.
 
Forgiveness is the fastest way to a spiritual path and inner peace of mind.
 
"One half of life is luck; the other half is discipline - and that's the important half, for without discipline you wouldn't know what to do with luck."
Carl Zuckmeyer
1896-1977, Writer and Playwright
 
o everyone please have a positive mental attitude and respect everyone and do not make unnecessary demand on anyone and focus on giving and beneficial. Setiap kali kita rasa marah bererti ego mengawal kita apatah lagi ibu kita. Hormati ibu selalu dan besyukur dia melahirkan kita.
 
Change what you think and believe you change your reality.

Sunday, May 22, 2011

hari hari yang mematangkan fikiran

Salam..

ni tiba waktu rajin nak menaip lah ni..ada je benda nak cter..kalau x, nak menjengah pun x sempat rasanya..
saja la kan..bila masa2 terluang, saya sempat gak la perati perangai manusia yang tidak sempurna seperti saya juga.
err..korang penah tak rasa bila kita buat baik orang balas x baik..tapi ngan kita je..ngan orang lain dia baik
ada rasa heran bin ajaib tak..
saya ni rasanya memang la suka sembang tapi kena pada masa la..kekadang saya jadi diam esp bila masa wat kije..kengkonon keunggulan mutu bertambah jitu la masa wat kije..


memula rasa biasa je kalau orang meninggi suara ngan kita..maklum la bukan semua orang suka kita tapi kalu ngan kita je dia meninggi..apa masalahnya ye..arghh aku kah yang bersalah...help...!
saya malas nak pk sangat...alah hal kecik je tu..buat rugi masa je kalu nak  'amik hati; kitakan  satu Malaysia mana boleh terasa hati..x jambu la wei..!

tapi nak bgtau jugak la kan,..tahap kesabaran seseorang tu ada batasnya..so jaga2 cik salmah!
x kira la ko orang tua ke, senior ke..

bukannya x boleh cakap elok2..dah orang bertanya tu, tujuan asalnya kerana yang bertanya tu TIDAK TAHU..apa kejadahnya kalau tahu, tapi nak saja2 suka nak tanya..
apa ke namanya BUANG KARAN la wei..!!



Berdiam bukan bermakna saya ni lemah k..bila menjawab kang kata kurang ajar..saya suka menjawab la..pandai2 mulut dia je nak cakap..yang pelik tu dia x rasa ke dia tu pandai 'mengata' kat saya..payah betul bila ada manusia cenggini...


so sekarang..wat hal masing2 ok...

Friday, May 20, 2011

Kisah buku yang di adaptasi ke layar perak..

Salam..

dah jadi trend plak skrg ni bila cerita2 dalam buku di adaptasi ke layar perak..makin kaya la penulis buku..dulu mereka boleh terjemahkan perasaan individu dalam buku hingga orang yang baca pun boleh leleh air mata. Sekarang bila lambakan penulis muda dan penulis baru, saya pun dah makin kurang membaca novel..lagipun kalau nak baca,,x leh nak sekerat2..nak juga habiskan..macam tak sabar nak tau ending. Padahal boleh je buka mukasurat belakang kalau nak tau endingnya..emm tak x de feel la kan..?!


Memula yang saya ingat novel yang saya pernah baca dan kemudian di tv kan ialah cerita Tangisan Bulan Madu oleh Shamsiah Mohd Nor..sampai 4 buah buku cerita baru habis..


dan saya cuma ada siri pertama dan keempat..Akhirnya semua buku pun dah x de kat saya..maklumla dulu jadi library bergerak..

Pelakonnya Ezany dan Rita Rudaini..banyak bezanya lakonan dan pembacaan..so sesapa yang dah baca, mmg faham la jalan cternya kat tv.

Yang tak pernah baca, mmg confious la nengoknya..contohnya pelakon utama si Bogat ada adik beradik kembar..bila kat tv plak asik flash back..yang sakit dengan si kembar apsal muka depa serupa..
x faham..x faham...

Pas tu plak, cternya kejap ada kejap x de..biasa la RTM ada event je, sambungan cternya di sambung minggu depan..itu pun kalu ada..

Yang untungnya bila cter di tayangkan di saluran tv3 yang memang jaga ratingnya..buat plak masa orang balik kije..sementara nak masak (?) boleh nonton..asik gitu..

Opss terlebih sudah..yang memang di nanti dari buku di layarkan ke filem..cerita Lagenda Budak Setan ~ Ahadiat Akashah..cerita dia ni memang sesuai dengan peringkat umur la..memula dulu dia jadi pelukis kartun..sambil wat novel..Dah seabad buku di terbitkan, baru la terfikir kot nak di terjemahkan ke dunia lakonan..maka terhasil la cerita Lagenda Budak Setan di pawagam2 berdekatan...hu hu..


Yang jadi alkisahnya bila buku ni pun dah lama..ceritanya di promosikan plak secara besar2an..so apalagi..semua org berposak2 ke kedai buku cari buku cerita ni..yang bebudak remaja sekarang dok cari buku yang masa tu pun mereka x lahir lagi..!..so bayangkan la naik pening la orang yang jual buku ni..



Cerita ini di kuatkan lagi dengan pelakon terkini macam Lisa Surihani dan Farid Kamil..emm lagi la dok sasau cari..
saya?..x le gitu sebab saya dah pun baca buku hingga ke siri yang ke tiga..

Sekarang ni masa blog ni di tulis, tengah hangat cerita Nora Elena di slot akasia TV3..yang tajuk asal bukunya tajuk Kasih yang Suci ~ Meen Zulaikha..
So, ramai la kengkawan saya dok cari buku ni..saya macam pernah tengok di Pesta Buku Antarabangsa baru2 ni..tapi biasala dah g sana rambang mata..banyak benda lain nak beli..bukan buku novel je..
maka denga itu..saya cuba tulun mencari untuk kawan saya yg dah fanatik ngan cter tu..alih2 suma penjual bookstore yang di cari menjawap sambil sengih bagitau..SOLD OUT..

dalam blog pengarang pun dah inform..buku tu dah habis, dan akan di ulang cetak..uncle kat kedai buku Pertama Complex pun bgtau saya, buku tu last 2 years punya la adik manis..! he he x pasal2 tersweet plak..so untuk puan Kasih Ika, dan puan Yati..ampunkan saya kerana tidak dapat menulun anda..


Pelakon utama Nora Elene

saya pun nengok la cter ni..mmg x lari sangat la ngan buku cternya cuma yang menambah best bila pelakonnya Aaron Aziz dan di gandingkan dengan Siti Saleha..comel gitu!..kat sini saya bagi sket la sinopsi cternya..(tapi dh tau endingnya sekali)..




sinopsis belakang buku:
Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.

Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

sinopsis di website alaf 21:

KEPADA para peminat novel Alaf 21, jangan lepaskan peluang untuk memiliki novel terbaru bertajuk 'Kasih Yang Suci' hasil nukilan penulis baru iaitu Meen Zulaikha yang kini sudah berada di pasaran.(dah abis pun...!)

Novel yang membelai perasaan ini mampu membuatkan anda sayang untuk meninggalkan walau satu patah perkataan pun. Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Apakah kisah seterusnya? Apa yang harus dilakukan oleh Elena terhadap suaminya? Mampukah perkahwinan mereka bertahan?

Segala-galanya dalam Kasih Yang Suci. Dapatkan segera sebelum kehabisan.


akhir kalam..selamat membaca (kalau ada bukunya) dan selamat menonton..

Tuesday, May 10, 2011

Mind

Opportunity is just around the corner from your last failure


 “Business opportunities are like buses, there's always another one coming.”


 How you do anything is how you do everything. We can tell a person by the way they do things. Look at ourself in the mirror and that is our life out there. Change ourself to change our life.
 Start today to stop complaining, blaming for the next 7 days and see how your life change


What we focus expands. When we complain we focus on what's wrong so we attract more of what's wrong. We we become crap magnets. Complainers have a crappy life. They say they complain because their life is crappy. Actually it is because they complained that their life becomes crappy as they attract what they complain about Three clues of losers. They blame, complain and justify their bad action.

 "True success doesn't come from getting things at any and all cost, but from conducting yourself and in such a way as to benefit others and the greater good. Most successful people will tell you that an outward, ethical approach to life will pay off in a lot of ways".

 There is no greater reward in life than to be the kind of person who feels they can lovingly give.

 "The best way to persuade people is with your ears—by listening to them."
— Dean Rusk: Was secretary of state under Kennedy and Johnson

Minda sedar 2

Apa yang berlaku dalam diri dan minda kita adalah kebebasan dan pilihan kita . Kawal fikiran dan persepsi kita dan kita akan mengawal kehidupan kita dengan izin Allah.
 
Bila kita bebas dari penghargaan manusia kita sebenarnya bebas dan akan sihat dan kaya sentiasa dan bahagia dunia akhirat. Hanya orang yang ego memerlukan penghargaan manusia dan terjerat dengan banyak jerat kehidupan ini. Jika kita menyimpan wang untuk membeli barang yang akan meninggikan pandangan manusia alangkah ruginya, Wang patut dibelanjakan untuk memperbaiki diri dan memudakan iman kita
 
Jadi lah penyelesai masaalah bukan pembuat masalah. Semua jawapan untuk segala masalah berada dalam diri kita. Renungi diri dan muhasabah diri dan minta doa dan serah segala urusan pada Allah dan berusaha mengikut gerak hati kita dengan hidayah Allah. Jika hubungan kita baik dengan Allah tidak ada masalah yang tidak dapt diselesaikan
 
Kita tidak boleh percaya kepada hanya yang dilihat. Sentiasa melihat sesuatu dengan mata hati bukan mata fizikal
 
Jawapan kepada semua masaalah ialah kasih sayang, Hari ini audit semua amalan kita adalah ia dilakukan dengan kasih sayang atau kesombongan dan kemarahan
 
Orang yang menyayangi diri mereka akan memaafkan diri mereka dan orang lain kerana dengan memaafkan kita tidak lagi menggunakan modal umur kita untuk hidup di masa yang lepas tetapi menggnakannya utuk memperbaiki diri kita
 
Our philosophy about activity and our attitude about hard work will affect the quality of our lives. What we decide about the rightful ratio of labor to rest will establish a certain work ethic. That work ethic—our attitude about the amount of labor we are willing to commit to future fortune—will determine how substantial or how meager that fortune turns out to be.Jim Rohn
 "It's the little things that make the big things possible. Only close attention to the fine details of any operation makes the operation first class."

John Willard Marriott
1900-1985, Entrepreneur and Founder of Marriott Corporation
 
If you want to be a leader who attracts quality people, the key is to become a person of quality yourself. Leadership is the ability to attract someone to the gifts, skills, and opportunities you offer as an owner, as a manager, as a parent. I call leadership the great challenge of life.
Jim Rohn