dah jadi trend plak skrg ni bila cerita2 dalam buku di adaptasi ke layar perak..makin kaya la penulis buku..dulu mereka boleh terjemahkan perasaan individu dalam buku hingga orang yang baca pun boleh leleh air mata. Sekarang bila lambakan penulis muda dan penulis baru, saya pun dah makin kurang membaca novel..lagipun kalau nak baca,,x leh nak sekerat2..nak juga habiskan..macam tak sabar nak tau ending. Padahal boleh je buka mukasurat belakang kalau nak tau endingnya..emm tak x de feel la kan..?!
Memula yang saya ingat novel yang saya pernah baca dan kemudian di tv kan ialah cerita Tangisan Bulan Madu oleh Shamsiah Mohd Nor..sampai 4 buah buku cerita baru habis..
dan saya cuma ada siri pertama dan keempat..Akhirnya semua buku pun dah x de kat saya..maklumla dulu jadi library bergerak..Pelakonnya Ezany dan Rita Rudaini..banyak bezanya lakonan dan pembacaan..so sesapa yang dah baca, mmg faham la jalan cternya kat tv.
Yang tak pernah baca, mmg confious la nengoknya..contohnya pelakon utama si Bogat ada adik beradik kembar..bila kat tv plak asik flash back..yang sakit dengan si kembar apsal muka depa serupa..
x faham..x faham...
Pas tu plak, cternya kejap ada kejap x de..biasa la RTM ada event je, sambungan cternya di sambung minggu depan..itu pun kalu ada..
Yang untungnya bila cter di tayangkan di saluran tv3 yang memang jaga ratingnya..buat plak masa orang balik kije..sementara nak masak (?) boleh nonton..asik gitu..
Opss terlebih sudah..yang memang di nanti dari buku di layarkan ke filem..cerita Lagenda Budak Setan ~ Ahadiat Akashah..cerita dia ni memang sesuai dengan peringkat umur la..memula dulu dia jadi pelukis kartun..sambil wat novel..Dah seabad buku di terbitkan, baru la terfikir kot nak di terjemahkan ke dunia lakonan..maka terhasil la cerita Lagenda Budak Setan di pawagam2 berdekatan...hu hu..
Yang jadi alkisahnya bila buku ni pun dah lama..ceritanya di promosikan plak secara besar2an..so apalagi..semua org berposak2 ke kedai buku cari buku cerita ni..yang bebudak remaja sekarang dok cari buku yang masa tu pun mereka x lahir lagi..!..so bayangkan la naik pening la orang yang jual buku ni..
saya?..x le gitu sebab saya dah pun baca buku hingga ke siri yang ke tiga..
Sekarang ni masa blog ni di tulis, tengah hangat cerita Nora Elena di slot akasia TV3..yang tajuk asal bukunya tajuk Kasih yang Suci ~ Meen Zulaikha..
So, ramai la kengkawan saya dok cari buku ni..saya macam pernah tengok di Pesta Buku Antarabangsa baru2 ni..tapi biasala dah g sana rambang mata..banyak benda lain nak beli..bukan buku novel je..
maka denga itu..saya cuba tulun mencari untuk kawan saya yg dah fanatik ngan cter tu..alih2 suma penjual bookstore yang di cari menjawap sambil sengih bagitau..SOLD OUT..
dalam blog pengarang pun dah inform..buku tu dah habis, dan akan di ulang cetak..uncle kat kedai buku Pertama Complex pun bgtau saya, buku tu last 2 years punya la adik manis..! he he x pasal2 tersweet plak..so untuk puan Kasih Ika, dan puan Yati..ampunkan saya kerana tidak dapat menulun anda..
Pelakon utama Nora Elene |
saya pun nengok la cter ni..mmg x lari sangat la ngan buku cternya cuma yang menambah best bila pelakonnya Aaron Aziz dan di gandingkan dengan Siti Saleha..comel gitu!..kat sini saya bagi sket la sinopsi cternya..(tapi dh tau endingnya sekali)..
sinopsis belakang buku:
Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...
Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.
"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.
Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.
sinopsis di website alaf 21:
KEPADA para peminat novel Alaf 21, jangan lepaskan peluang untuk memiliki novel terbaru bertajuk 'Kasih Yang Suci' hasil nukilan penulis baru iaitu Meen Zulaikha yang kini sudah berada di pasaran.(dah abis pun...!)
Novel yang membelai perasaan ini mampu membuatkan anda sayang untuk meninggalkan walau satu patah perkataan pun. Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...
Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Apakah kisah seterusnya? Apa yang harus dilakukan oleh Elena terhadap suaminya? Mampukah perkahwinan mereka bertahan?
Segala-galanya dalam Kasih Yang Suci. Dapatkan segera sebelum kehabisan.
akhir kalam..selamat membaca (kalau ada bukunya) dan selamat menonton..
No comments:
Post a Comment