hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Saturday, June 29, 2013

Alkisah kereta sampah

Semasa memandu bersama ayahnya Rahim, Inmi tertiba menekan brek. Ada satu kereta yang tiba-tiba keluar dari lorong belah kiri yang Imni cuba elak.

Kereta yang dipandu Imni terbabas dan berpusing dan hanya beberapa sentimeter sahaja lagi melanggar lori di arah depan.

Pemandu yang menyebabkan Inmi terbabas datang menjerit-jerit pada Imni. Ayahnya Rahim marah kerana itu bukan kesalahan anaknya.

Rahim cuba membuka kereta pintu keluar untuk mengajar pemandu yang biadap pada anaknya.

Inmi memegang tangan ayahnya, lalu membuka tingkap dan bersenyum pada pemandu tadi. Dia membuat tanda tangan memohon maaf seperti seorang sahabat karib kepada pemandu tersebut.

Pemandu tersebut tidak berkata apa-apa lalu terus beredar. Ayahnya Rahim melihat dengan penuh pegun.

“Mengapa Mi buat begitu? Dia yang salah. Mengapa Mi bagi dia buli Mi? Dia hampir menyebabkan kereta kita rosak dan hampir mati?” tanya ayahnya.

“Yah, ramai orang ada seperti kereta sampah. Mereka berkeliaran dengan pelbagai sampah (kemarahan, frust, kekecewaan dan perasaan negatif). Bila sampah penuh, mereka memerlukan tempat untuk membuangnya, kadang-kala kita menjadi tempat perbuangan sampah mereka.

Tapi ayah, sebenarnya Mi rasa kita tak perlu ambil kisah. Senyum saja. Lambai dan doakan untuk mereka dan kita teruskan perjalanan. Mi rasa bodoh jikalau sampah yang dibuang pada Mi, Mi pungut dan jadi kereta sampah pula pada keluarga, sahabat dan orang lain yang mungkin jadi mangsa sebagai tempat perbuangan sampah Mi,” jelas Inmi.

Ayahnya Rahim senyum. “Anakku dah besar. Sekarang ayah pula dapat belajar benda daripada Mi sekarang.”

Dapat pengajaran tersirat?

Jangan biarkan orang lain yang menjadikan kita sebagai tapak pembuangan sampah mereka untuk merompak hari kita. Hidup ini terlalu singkat untuk penyesalan… sayanglah orang yang melayan kita dengan baik, dan hadiahkan doa pada mereka yang tidak. Biarlah orang yang sayang pada kita tahu kita menyayanginya dan biarlah orang yang tidak suka pada kita bahawa kita tidak membencinya.

Hidup ini, 10 peratus bergantung pada apa yang kita buat, 90 peratus bergantung pada reaksi kita pada kehidupan. Senyum.

Halim Yazid - Anak Tupai (Kelantan)





Ado sekor anok tupai atah julai mokte
Kudung ekor perut lapar jalan cari makan

Kejadian tuhan dipanggil nama tupai
Asalnya dale hutan sejenis mamalia

Kalu pasal jakit kok dehe dialah yg paling pandai
Jatuh jare jare kerana dia tak sobar


Pandai pandai tupai melompat jatuh tanah jugok
Tak wi gambar ore jahat jale telajok mangok

Ore jame ritu pakat hambat tupai
Bimbe ko woh kayu takuk tokdan besar

Nyor derian duku kalu dan nye kerit tupai
Pendek tahun tu nyor derian takdan nak jual

Ore sekepung tupai sekor berambat hari hari
Nya pakat likung nya pakat pekong tupai takleh lagi

Sakat bedil ado tupai habih mati
Hok ni lah saya raso kita sangat rugi

Kita manusio tinggi mana pun kita ngaji
Nak wat tupai sekor tentu sekali nya tak jadi

Loni kapung atau bandar jare buleh tgk
Bapok tupai ibu tupai jale bawak anok

Rasa kesian sungguh tgk sekor ke anok tupai
Kerana telajok kuruh sapa tokleh nak niti pagar

Bulu bulu pun habih luruh air mato bederai derai
Mari dale baruh bekali kena racun tebaka

Ado sekor anok tupai atah julai mokte
Kudung ekor perut lapar jalan cari makan

Friday, June 28, 2013

Senyumlah kepada keredhaan Tuhanmu

Wahai anakku,
Ada kalanya kamu bersedih dengan apa yang 
kamu hadapi di dunia ini. Kamu akan lebih suka 
bersendirian, merajuk dan menjauhkan diri dari 
orang ramai. Ada kalanya kamu boleh menangis 
dengan masalah yang engkau hadapi.

Wahai anakku,
Sewaktu kamu rasa besarnya bebanan dan 
masalah yang kamu hadapi, terasa beratnya jiwa 
menanggung bebanan tersebut; engkau akan rasa 
tertekan yang amat sangat, di kala itu wahai 
anakku, engkau telah meletakkan kesalahan pada 
dirimu atau pada orang lain. Sebenarnya kamu 
perlukan kekuatan jiwa dan semangat bagi 
menghadapinya. Engkau perlukan kekuatan bagi 
menghadapi tekanan hidup ini.

Wahai anakku,
Apakah ada kekuatan lain selain kekuatan 
hubungan dengan Allah yang mampu 
mengeluarkan kamu dari perangkap kekecewaan 
yang sengaja dipasang oleh syaitan bagi 
menjadikan kamu murung, bersedih dan 
bersendirian?

Wahai anakku,
Kamu boleh menangis dan bersedih kerana 
manusia. Berapa kali kamu menangis kerana 
kamu melanggar perintah Tuhanmu? Berapa 
banyak air matamu tumpah kerana dosa-dosamu? 
Kamu rasa lemah menghadapi karenah manusia, 
tetapi kamu tidak berusaha mencari jalan 
membina kekuatan amalanmu.

Wahai anakku,
Jangan biarkan perasaanmu dibelai oleh nafsu, 
sebagaimana jangan kamu biarkannya dikuasai 
oleh syaitan. Syaitan sangat inginkan kamu 
murung dengan masalah kecil, kerana lemahnya 
jiwamu. Sedangkan di hadapanmu menanti hari 
yang sangat besar. Kamu nanti tiada masa 
memikirkan masalah remeh-temeh ini, kerana 
dahsyatnya saat akhirat yang kamu akan tempuhi.

Wahai anakku,
Rasulullah S.A.W bersabda: "Sekiranya kamu 
ditimpa sesuatu musibah, janganlah kamu berkata 
'Kalaulah aku lakukan begitu dan begini', tetapi 
katakanlah ?telah ditakdirkan Allah?, apa yang 
dikehendakiNya akan terjadi. Kerana perkataan 
?kalau? akan membuka ruang syaitan ke dalam 
hatimu."

Wahai anakku,
Tabahlah menghadapi sedikit ujian Allah di dunia 
ini, kerana dengan ujian itu kamu menjadi 
semakin matang menghadapi cabaran. 
Bersabarlah dengan apa yang menimpamu, 
kerana dengan mehnah itu, Allah akan 
mengangkat darjatmu dan mengampuni dosa-
dosamu. Wahai anakku, tangisilah dosa-dosamu 
di dunia ini, kerana itu lebih mudah bagimu 
dari menangisi azab Tuhanmu di akhirat.

Senyumlah kepada keredhaan Tuhanmu.

Selamat Pengantin Baru YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri dan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi..

Alhamdulillah.. Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah telah sah menjadi suami kepada Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Puteri binti Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra.

Majlis Akad Nikah berlansung di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan.


YAM Pengiran Muda Abdul Qawi bersama Pengiran Mahmud sebelum berangkat
ke Istana Mahkota untuk Istiadat Akad Nikah





YAM Tengku Amalin A'ishah Puteri sewaktu istiadat Akad Nikah



Selepas Majlis Istiadat Akad Nikah


sumber dari MBS

Thursday, June 27, 2013

Perkahwinan DiRaja Kelantan & Brunei ~ Tengku Amalin Dan Putera Qawi



                                    


 SEMOGA ALLAH SWT MEMBERKATI PENGANTIN DIRAJA. SEMBAH TAHNIAH BUAT PENGANTIN DIRAJA KELANTAN DARULNAIM - BRUNEI DARUSSALAM IAITU YAM TENGKU AMALIN AISHAH PUTRI BT SULTAN ISMAIL PETRA & YAM PENGIRAN MUDA ABDUL QAWI IBNI PENGIRAN WAZIR PENGIRAN HJ MOHAMED BOLKIAH..

Adinda Sultan Kelantan, Tengku Amalin Aishah Putri Petra, 29, akan melangsungkan perkahwinan dengan anak saudara Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Qawi, 39, di sini hari ini. (27 Jun 2013)

Majlis akad nikah akan diadakan di Istana Mahkota, Kubang Kerian jam 8.45 malam ini dan majlis persandingan akan diadakan esok di Istana Negeri. Juga akan diadakan majlis istiadat bersanding di Balai Penghadapan, Bukit Kayangan, Brunei, 6 Julai ini.

Tengku Amalin adalah bekas Majistret di Kota Bharu dan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Tengku merupakan anakanda keempat dan puteri bongsu Sultan Ismail Petra, manakala Pengiran Muda Abdul Qawi adalah anakanda sulung daripada 10 beradik kepada Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, iaitu adinda Sultan Hasanal Bolkiah.

Rombongan diraja Brunei yang diketuai Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dikatakan tiba di Kota Bharu, Isnin lalu untuk menghadiri majlis akad nikah dan majlis persandingan pasangan terbabit.

 

Latar belakang Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri.


Yang Amat Mulia Tengku Amalin Aisyah Putri Bt Sultan Ismail Petra diputerikan Pada 26 Jun 1984 di Kota Bharu, Kelantan. Yang Amat Mulia Tengku Amalin merupakan puteri bongsu kepada Mantan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Bt Almarhum Tengku Abdul Hamid.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Zainab II, seterusnya beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama (SMA) Naim Lilbanat. Yang Amat Mulia Tengku Amalin mendapat pendidikan tinggi di Universiti Islam Antabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang undang-undang.

Latar Belakang Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi

Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi merupakan Putera kedua daripada 10 orang adik beradik kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Hj Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah Ibni Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.

Pengiran Anak Zariah merupakan kekanda kepada Raja Isteri Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Friday, June 21, 2013

Kisah Imam Ahmad rahimahullah dan Si Pembuat Roti



Suatu malam, Imam Ahmad bin Hanbal mahu menghabiskan malamnya di masjid, akan tetapi beliau dihalang oleh pengawal masjid. Sudah puas beliau mencuba namun tetap tidak berjaya.

Imam Ahmad pun berkata: “Saya akan tidur di tempat saya berdiri ini.” Dan beliau benar-benar melakukan seperti yang dikatakannya. Namun, pengawal itu tetap berusaha menarik beliau menjauhi masjid. 

Kelihatan Imam Ahmad tenang dan tampak pada raut wajahnya ciri-ciri seorang insan yang mulia. Dalam situasi itu, seorang pembuat roti telah melihatnya. Lantas dia membawa Imam keluar dari kawasan masjid itu dan menawarkan kepadanya tempat untuk bermalam.

Maka Imam Ahmad pun beredar bersama pembuat roti itu dan beliau telah dilayan dengan layanan yang baik. Kemudian si pembuat roti itu pun meninggalkan Imam berehat dan dia pergi menguli tepung. Imam Ahmad mendengar pembuat roti itu beristighfar tanpa henti sepanjang malam. Ini membuatkan Imam Ahmad berasa kagum terhadapnya.

Apabila menjelang pagi, Imam Ahmad bertanya kepada pembuat roti itu tentang istighfarnya malam tadi: “Apakah kamu dapat hasil dari istighfarmu itu? Imam Ahmad sengaja bertanyakan soalan ini sedangkan beliau sudah mengetahui kelebihan dan faedah istighfar.

Pembuat roti menjawab: “Ya, demi Allah aku tidak berdoa dengan satu doa pun kecuali ia akan dikabulkan Allah. Cuma ada satu doa lagi yang masih belum diperkenankan.”

Imam bertanya: “Apakah doa itu?”

Pembuat roti pun berkata: “Aku mahu melihat Imam Ahmad bin Hanbal.”

Lantas Imam Ahmad berkata: “Akulah Ahmad bin Hanbal! Demi Allah, sesungguhnya aku telah dibawa oleh Allah kepadamu!”

Thursday, June 20, 2013

Kakitangan awam naik gaji 1 Julai

20 jun 2013: Kuala Lumpur: Kakitangan awam akan menerima kenaikan satu tangga gaji berkuat kuasa 1 Julai depan.

Kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320 itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, awal tahun ini. 

Kenaikan satu tangga antara RM80 hingga RM320

Kuala Lumpur: Kakitangan awam akan menerima kenaikan satu tangga gaji berkuat kuasa 1 Julai depan.

Kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320 itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, awal tahun ini. 

Mereka yang layak mendapat satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) itu membabitkan semua kakitangan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) bertaraf tetap, sementara dan kontrak yang dilantik sebelum 1 Julai 2013 dan sedang berkhidmat pada hari berkenaan. 


Pegawai dipinjam layak

Turut layak pegawai yang dipinjam atau ditukar sementara ke agensi kerajaan, pegawai yang dipinjamkan ke pertubuhan antarabangsa atau sektor swasta, pegawai yang bercuti bergaji penuh, cuti separuh gaji dan cuti tanpa gaji serta pegawai yang meninggal dunia pada 1 Julai 2013.

Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5, kenaikan itu bagaimanapun tidak membabitkan pegawai yang masih berkhidmat di bawah saraan Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet (JKK) 1976 atau Sistem Saraan Baru (SSB).

Turut tidak layak pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib dengan hukuman buang kerja berkuat kuasa 1 Julai 2013, pegawai lantikan baru berkuat kuasa 1 Julai 2013, pegawai yang bersara pada atau sebelum 1 Julai 2013 dan pegawai yang meninggal dunia pada atau sebelum 30 Jun 2013. 
Menurut pekeliling itu, kakitangan yang layak satu KGT mengikut gred jawatan/gred gaji masing-masing pada 1 Julai 2013 berdasarkan gaji hakiki pada 30 Jun 2013.

Kemuka permohonan

Ketua jabatan perlu mengemukakan permohonan penetapan gaji Khas Untuk Penyandang (KUP) kepada Bahagian Saraan sekiranya pemberian pemindahan gaji itu tidak dapat ditampung oleh amaun gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum – Maksimum (JGMM).

Untuk urusan kenaikan pangkat pula, pertukaran pelantikan atau pelantikan secara Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) berkuat kuasa sebelum atau pada 1 Julai 2013, pemberian gaji ini boleh diselaraskan dan dibayar berkuat kuasa 1 Julai 2013.

Perdana Menteri membuat pengumuman itu ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13, awal tahun ini.

Beliau dilaporkan berkata, kenaikan satu tangga gaji itu akan dilaksanakan selepas mengambil kira kedudukan 182,434 penjawat awam yang berada di tangga gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati kenaikan gaji tahunan.

Kenaikan gaji itu membabitkan perbelanjaan berjumlah RM1.5 bilion.

sumber: berita harian..

Sunday, June 16, 2013

Khasiat Pakai Param

Antara amalan berpantang termasuklah memakai param seluruh badan. Param atau pemanas badan bagus untuk mengembalikan seri wajah dan kesihatan dalaman tubuh. Param berbentuk serbuk campuran daripada beras, cekur, cengkih, kayu manis, dan lain-lain herba. Ia dibancuh dan kemudian dilumur pada seluruh bahagian tubuh.

Wanita yang baru lepas bersalin tidak boleh sejuk. Oleh itu, param membantu untuk mengembalikan semula suhu tubuh. Param juga bertujuan untuk:

1. Menghangatkan tubuh dan memperbaiki peredaran darah dalam badan.
2. Mengurangkan aliran air ke dalam badan.
3. Melegakan otot-otot yang keletihan.
4. Menguatkan tisu-tisu dalaman tubuh.
5. Membuang angin yang berlebihan.
6. Melegakan masalah kulit dan mencantikkan kulit.

Angin boleh masuk menerusi liang roma badan ibu dengan mudah jika tidak dilindungi dengan sapuan herba yang hangat. Ibu perlu mengelakkan daripada terlalu lama terdedah dalam bilik yang sentiasa dipasang penghawa dingin atau kipas angin.

Friday, June 14, 2013

tips amalan pemakanan sihat


Dengan nama Allah...
1. Elakkan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.


2. Biasakan rehat makan (puasa pada hari Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.

3. Elakkan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan atau minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan).

4. Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.

5. Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.

6. Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.

7. Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.

8. Amalkan minum jus buah atau makan buah-­buahan seperti kurma, betik, pisang dan lain­lain pada awal pagi.

9. Biasakan makan makanan atau minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protein dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.

Tanggungjawab isteri dan pahala yang bakal menanti


Dengan nama Allah..

Saya ni bukan apa, saja suka carik pengalaman sendiri. Cemana nak cakap eh, walaupun belum kawen, saya observe keadaan sekeliling and buat reading research sendiri dekat buku atau website. Haa kemain lagi nak observe2 pasal benda ni. Sebab kebanyakkan isteri-isteri zaman moden ni, dah banyak terpesong tanggungjawab dia dekat laki masing-masing. Fisrt of all, mintak maaf dekat sesiapa yang terasa yer. Takda niat nak mengguris hati, tapi untuk peringatan diri sendiri nanti :)

Isteri zaman moden vs pahala-pahala yang tidak diketahui.
Bangun lambat setiap pagi, suami yang siapkan hal-hal anak nak pegi sekolah. Dah nak keluar anak tu pergi sekolah, baru dia bangun. Ketahuilah bahawa wanita yang menyikatkan rambut anak-anaknya serta mencuci pakaiannya, Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makanan kepada seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.
Rentetan peristiwa dekat atas, sarapan anak pun kadang ada, kadang takda. Sarapan suami pun juge takde
Tidur sendiri tanpa menghiraukan suami. Ketahui lah bahawa membentang tempat tidur suami sangat besar pahala dia. Para malaikat memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya dan Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang :')
Keluar rumah atau aktiviti apa sahaja tanpa pengetahuan suami. Banyak terjadi even yang menipu suami pun ada. Sedih. Ketahuilah bahawa tidak halal seorang wanita itu berpuasa tanpa keizinan suami.
Isteri tidak melayan kehendak suami dan terabai. Ketahuilah bahawa isteri yang melayan suami dia dengan senang hati dan ikhlas, akan diampunkan dosa-dosanya dan Allah memakaikan pakaian bewarna hijau pada hari kiamat dan menetapkan setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Allah memberi kepadanya seratus kali beribadah haji dan umrah.
Belanja berlebihan mengikut hawa nafsu. Sesetengah kes, ada suami tak mampu. Tapi isteri ni mendesak jugak nak dibeli itu ini. Ada duit sikit si suami, habis dibelanja duitnya sampai kering poket suami. Sedih. Jadi, isteri kena sedar diri dengan kemampuan suami dan sentiasalah bersyukur dengan apa yang dia terima.
Tidak mengurus rumah tangga. Rumah terabai apetah lagi suami. Isteri hendaklah menghias rumah untuk suami sebab di situ lah suami dapat berehat. Bukan menyepah tak tentu pasal dah macam kandang kambing. Apetah lagi berbau busuk kalau dah macam kandang. Hmm..
Makan minum suami terabai. Ketahuilah bahawa wanita yang menyiapkan tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melenyap keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu.
Wanita yang berpeluh mengisar tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah akan menjauhkan dirinya dengan neraka 7 tabir pemisah.
Lagak seperti "mem besar". Dia ingat ini cerita p.ramlee ke nak jadi "mem mem".
Masam muka depan suami. Ketahuilah wanita yang senyum tersenyum di depan suami, Allah akan memandangnya dengan pandangan penuh kasih.
Tidak menjaga kebajikan suami. Ketahuilah bahawa, wanita yang meminyakkan dan menyikatkan rambut, janggut serta memotong kuku suami, Allah akan memberinya minuman yang didatangkan dari sungai-sungai syurga. Allah mempermudah sakaratul maut baginya serta kuburnya menjadi sebahagian dari taman syurga. Allah akan membebaskan dia dari seksaan neraka serta dapat melintasi sirat dengan selamat. Allahuakbar :')
Menjaga maruah suami/isteri. Kadang2 isteri yang tak puas hati dengan suami, akan mengadu itu ini dekat orang lain. Janganlah macam tu. Berdosa anda mengumpat laki sendiri. Isteri pun kena menjaga maruah diri. Suami juga berdosa kalau tak jaga maruah isteri T_T
Firman Allah:Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(Al-Ahzab: 59) 

Itu yang saya dapat dari bahan bacaan dan pengalaman. Ceh ceh. Kebanyakannya adalah wasiat Rasulullah kepada puterinya Fatimah Az-Zahra ;) Harap bermanfaat :) InsyaAllah.

Alhamdulillah..i've found it..!

Dengan nama Allah..


"There are some people who enter your life like gems. These are the real diamonds. They have no ulterior motives, no inferiority complex, no superiority complex, no need to prove that they are better than you, or seek to have more than you.

They don’t feel entitled and aren’t needy or dependent. They are not superficial or fake. They remind you of God and they understand you, when no other person does. They don’t wear a mask with you or pretend to be perfect. 
They are just real with you and honestly and sincerely only want good for you.

You feel you can tell them anything without worrying that they will judge you or put you down for being imperfect. They know your flaws, but love you anyway. And they are loyal. You know they’ll be there for you. They'll always have your back. And best of all, time and distance doesn’t change this.
If you’ve met even one person in your entire life like this, you’re blessed."

Thursday, June 13, 2013

Jangan risau..

Dengan nama Allah..

Wahai anakku,
Janganlah membazirkan masa dalam kerisauan. Kerana sesungguhnya kerisauan tidak akan menghilangkan masalah di hari besok. Ia hanya menghilangkan ketenangan dan memadamkan senyumanmu pada hari ini.

Wahai anakku,
Mengapa engkau perlu risau jika masih ada yang boleh dilakukan? Lakukan apa yang patut supaya engkau tak risau dan percayalah pada Allah akan memberikan keputusan yang terbaik buatmu. 

Wahai anakku,
Mengapa pula engkau perlu risau jika tiada apa lagi yang boleh dilakukan lagi? Hidup ini sememangnya ada hakikat yang perlu diterima walaupun pahit. Namun, yang pahit sekarang biasanya adalah ubat padamu di masa depan... itulah ajaibnya ciptaan Allah. Serahlah dirimu padaNya, jangan hambakan dirimu pada kerisauan.

Senyumlah pada masalah. Nescaya masalah akan senyum pada mu.

Cara mencuci kemaluan dengan betul

Dengan nama Allah..

Kebersihan yang perlu di titik beratkan..

Sememangnya, kita mencuci dengan bersih tapi bersih bukan bermakna cara kita tu betul. Penting untuk kita pastikan diri kita bersih terutamanya di bahagian sulit. Selain untuk menjaga kesihatan ia juga penting untuk memastikan amal ibadat kita seharian di terima.


Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul?


Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.


Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.


Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba tiba berkata-kata, Katanya” Apakah salah ku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan” Diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.


Jadi macam mana kita nak bersihkan diri dengan cara yang betul?


Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan basuh sekadar dengan air dan asalkan bersih je. Ada caranya….


kaum lelaki:
Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul betul sudah habis keluar. Lepas itu urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.


kaum wanita pula:
Apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.


Betul atau tidak cara kita selama ini ? Kalau yang tak betul tu jom sama sama betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang betul.


Dijanjikan neraka utk mereka yg tidak menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/hadas besar.


Sunday, June 2, 2013

Allah ada...


During times of hardship, it’s essential to remember there are effective ways to deal with any difficulty.

Here are 7 practical steps to help you face any difficult situation

Salah: Make sure you stick to praying on time – 5 times a day. Never miss a salah and do your best to pray each Salah with sincerity as if it’s your last salah in this world.

Read Quran: This Quran is so beautiful that no matter what difficulties you face you’ll find solace in it.




Make Dua: Especially the dua for removing anxiety.

Give Sadaqah.: Give lots of charity, as much as you can, because it helps push away hardship. And if you can’t give money, even kind words or physical sadaqah can do (i.e. helping people physically or emotionally).

Set Goals and Have Vision: Don’t let shaytaan play with you and keep replaying the video of your hardship in your mind over and over again, move on! Set new goals, new projects, and remember you’re with Allah, nothing should stop you!

Wake up Early: Wake up before Fajr and work on your ideas and projects, or simply read Qur’an. Getting busy before day break is a definite way to move away from your hardship and overcome challenges. Get most of your ideas/work done in these early hours, these are blessed hours.

Hardship is Not Lost: Remember, Allah will never forget the injustice/hardship you faced, so don’t worry about seeking revenge or trying to get justice.

Kehebatan Doa

Kali pertama bumi diciptakan, bumi selalu bergoyang, bergoncang dan tidak berputar dengan stabil malah tidak berputar pada paksinya. Pekara ini merungsingkan para malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT;

"Wahai Rabb Yang Maha Mengetahui, mengapa bumi ini bergoyang?" Tanya para malaikat.
...
"Kerana belum dipaku." Jawab Allah singkat.

"Lalu, bagaimana Engkau memaku bumi Wahai Rabb?" Tanya malaikat lagi.

"Aku akan menciptakan gunung-ganang." Jawab Allah.

Setelah itu, Allah terus menciptakan gunung-ganang di berbagai belahan bumi. Apa yang terjadi adalah sememangnya benar setelah diciptakannya gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksinya. Maka kemudian gunung dikenali sebagai paku bumi yag diciptakan Allah SWT. Paku merupakan benda keras yang terbuat dari besi.

Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi;

"Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari paku?"

"Ada!" Jawab Allah. "Iaitu api, yang dengan panasnya dapat melelehkan besi."

"Adakah yang lebih kuat lagi selain api, Ya Rabb?" Tanya malaikat.

"Ada! Yakni air yang dapat memadamkan api." Jawab Allah lagi.

"Jadi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat dari air?" Sambung malaikat.

"Ada! Iaitu angin, yang kerananya dapat membawa air ke mana pun ia berhembus." Jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rabb, adakah yang lebih kuat daripada semua itu (gunung, api, air dan angin)?" Malaikat bertanya lagi.

"Ada! Iaitu nafas hamba-Ku yang berdoa kepada-Ku. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir-Ku." Demikian Allah SWT menjelaskan..

(Sumber: Hadis Kudsi).

Pelajaran dari cerita di atas: Gunakan kehebatan doa untuk ubah nasib kita!

Kekurangan itu kelebihan!

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (QS. Ibrahim [14]:7).

kebiasaannya, bila kita di kurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan, apa yang kita akan lakukan??

BERSYUKUR!

ya, itulah yang seharusnya.

tapi...

bagaimana pula kalau kita di berikan kekurangan. kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. berapa ramai yang bersyukur?
tepuk dada, tanya iman?

saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur bila ditimpakan ujian. mungkin dalam 100% hanya 5% yang bersyukur dan berlapang dada bila ditimpa ujian.

Sedarkah kamu?
beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang di berikan oleh Allah SWT kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan.

fiman Allah:
"Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan. Merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa - memelihara dirinya dari kejahatan". (QS Al Baqarah : 177).

saya pasti kalian mesti pernah dengar kata kata ini:

"after every storm there is a rainbow"

Walau apa juga ujian yang diturunkan kuatkan semangat dan azamkan tekad. yakinlah dengan janji tuhan.

Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat asal hidup mendapat berkat.

Fikrkan setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. begitu juga sebaliknya. setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang di ciptakan lemah dan tidak sempurna.

Ingan kekurangan itu hebat. jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri. kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan keberkatan tertentu.

ingatlah,
Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri dengan cara saling lengkap melengkapi. macam yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan begitulah sebaliknya.

Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. janganlah kita mencaci kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.

kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. sebaliknya besyukurlah. kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.

dan ingatlah,setiap kekurangan yang kita memiliki yang merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. bukankah kekurangan dan ujiaan itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?

renung renungkan.

Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. bersyukurlah dengan setiap kurniaanya. kebaikan mahupun keburukan.

"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." [Al Anfaal:46]

sebagai kesimpulannya, marilah kita memanjatkan rasa syukur dengan setiap kurniaanNya.

nota: bersyukur dengan segala yang ada pada diri kita. Tuhan hanya menginginkan ciptaannya selalu menjadi insan yang baik dengan ujian kelebihan dan kekurangan itu. dan selalu peduli antara satu sama yang lain dengan cara saling melengkapi kerana kerjasama itu akan menjadikan kita insan yang bersyukur dan menciptakan kebahagiaan yang tidak dapat digantikan dengan apa pun. indahnya nikmat syukur dan sabar.

"saling berpesan-pesan kepada kebaikan dan kesabaran."



kredit to iluvislam..

Saturday, June 1, 2013

Dapur Sarawak

 Dengan nama Allah..

Hari Gawai - kawan ku seorang ni tak balik beraya ke kampung. Dengan rasa sedih, Azie minta nak makan makanan Sarawak.. mana la aku tau kan..tetiba teringat nak tanya makcik gugelina. Apalagi dapat la beberapa tempat kat Kolumpur ni..

Jom Berambeh! ke Dapur Sarawak

Kedai ni katanya aktor kacak Mahmud Ali Bashah punya..so lagi la menguatkan kesemangatan nak g makan. Tak la jauh dari bandar, kedainya di belakang Hospital Tawakal  Jalan Pahang. Mujur juga kedainya buka.Apalagi terjah le.

set mee kolok

Saya pernah makan makanan Sarawak masa g outstation ke sana dulu. Rasanya boleh je 'masuk' ngan makanan orang sana. Sedap dan ringkas.

mee kolok
 Kalau setakat mee kolok tu, alahai..rasanya macam maggi ayam je..hehehe (padahal lain tau rasanya..unik) Kena try la baru tau..
Sebelum tu pernah pergi makan kat Restoran penyanyi Hajjah Deja Moss..- Hadeja. Sedap la kan kalau yang asli dan original.
 
kicap pedas


sambal
Nasi goreng dabai
 Nasi goreng Dabai..haha rasanya macam pernah makan buahnya masa di Kelantan tapi ingat-ingat lupa..Sedap dan tak tau nak kata apa..

teh 'C'
 Air Teh 'C' ni orang Sarawak memang buat kow punya..cantik je layer dia kan..tau masa g Sabah dulu.. Saya minum air ribena sprite..agak familiar tapi menarik.

Ribena Sprite

 

laksa sarawak
 Laksa Sarawak memang sedap. Agak rumit nak buat kuahnya tapi sekarang dah ada pes. Senang tapi bahan-bahan mentah kena fresh baru terangkat!

Dah try laksa sarawak, kami try juga mee kolok goreng..memang nampak macam maggi goreng tapi rasanya tetap lain..

mee kolok goreng