Dengan nama Allah...
1. Elakkan makan dan minum sambil berdiri, berjalan atau baring.
2. Biasakan rehat makan (puasa pada hari Isnin dan Khamis) bagi menyihatkan perut.
3. Elakkan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk (makanan atau minuman yang baru dikeluarkan dari peti ais atau penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan).
4. Kurangkan makan makanan berminyak (bergoreng), berlemak dan berkolestrol.
5. Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi.
6. Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas.
7. Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna.
8. Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan seperti kurma, betik, pisang dan lainlain pada awal pagi.
9. Biasakan makan makanan atau minuman berasaskan kacang dan bijirin kerana ia adalah sumber protein dan bahan terbaik untuk kecerdasan minda.
No comments:
Post a Comment