hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Wednesday, October 1, 2014

Alkisah posmen



Ada seorang pakcik tua suka menerima surat. Setiap hari dia akan menunggu kedatangan posmen.

“Terima kasih banyak-banyak. Awak paling hebat di dunia. Tiap-tiap hari ada surat untuk pakcik,” pakcik itu memuji posmen.

“Pakcik, saya ini penghantar surat sahaja,” jawab posmen itu.

“Tidak. Tanpa awak manalah surat ini dapat datang,” jawab pakcik itu kembali.

Pakcik ini menjadi terlalu memuja posmen.

Satu hari, di bulan Ramadan Pakcik menunggu surat, tapi posmen tidak berhenti di depan rumahnya.

Untuk 4 hari berturut-turut, posmen tidak berhenti.

Hari ke 5, pakcik tak tahan, lalu menahan posmen.

“Mengapa awak tak hantar surat pada pakcik?” sergah pakcik itu.

“Sebab tak ada surat untuk pakcik,” jawab posmen itu.

“Mana mungkin tak ada surat. Sebelum ini, tiap-tiap hari awak akan hantar surat pada pakcik,” sergah pakcik itu lagi.

“Saya penghantar surat sahaja pakcik. Kalau tak ada orang hantar surat pada pakcik, saya tak ada apa yang boleh hantar pada pakcik,” jawab posmen dengan penuh sabar.

“Kalau tak ada surat, buatlah surat untuk pakcik! Itu pun tak tahu,” jawab pakcik itu.

Selepas seketika, surat pakcik mula datang kembali.

Satu hari, posmen itu memberitahu pakcik, “Besok ada orang baru ganti saya. Saya dah naik pangkat.”

“Habislah surat pakcik,” keluh pakcik itu.

Posmen tidak berkata apa-apa. Besok posmen baru mula menghantar surat pada pakcik.

Kebimbangan pakcik bahawa suratnya tidak sampai selepas posmen bertukar hilang bila posmen baru mengirimkan surat kepadanya.



                         


“Bagusnya posmen baru ini. Surat masih datang seperti biasa. Tak sangka tukar posmen pun dapat lagi surat seperti biasa,” kata pakcik seperti biasa.

Anak pakcik itu yang mengirim surat setiap hari kepadanya. Di bulan Ramadan, anak pakcik kemalangan dan masuk hospital. Dia tidak dapat kirim surat, dan tidak juga beritahu pakcik kerana bimbang dia risau.

Wahai anakku,

Begitulah kisah di mana pakcik terlalu memuja kebesaran posmen yang menghantar surat kepadanya, sehingga terlupa bahawa surat datang daripada pengirim surat.

Sedangkan posmen ini hanyalah pengirim sahaja, tapi pakcik itu terlalu memuja sehingga menyangka bahawa suratnya akan hilang jika posmen bertukar orang. Walhal jika ada surat, posmen akan hantarkan walau bertukar orang.

Wahai anakku,

Aku sengaja ceritakan ini untukmu jadikan tauladan apabila melihat pada rezekimu di bumi sementara Allah ini. Ingatlah anak kesayanganku, rezeki kamu Allah yang tentukan. Manusia, haiwan bahkan tumbuhan boleh jadi pengirimnya - kadangkala kerajaan jadi pengirimnya.

Wahai anakku,

Jangan engkau terlupa hakikat ini sehingga kamu terlalu memuja dan membesar-besarkan tangan yang mengirim rezekimu sehingga ia lebih penting dan besar daripada Tuhanmu. Walhal mereka ini posmen sahaja.

Seperti juga posmen bertukar kerja, mahupun bertukar kerajaan, ia tidak menyekat rezeki yang Allah sudah tentukan untuk kamu. Asalkan engkau teruskan kerja dan berusaha, akan ada pengirim lain sekiranya rezeki itu Allah dah tentukan untuk kamu. Allah maha Pemurah lagi maha Mengetahui.

Senyum...



.

No comments:

Post a Comment