Dengan nama Allah
dah lama tak memasak. Bila memasak nak yang simple dan sedap.
Nak sedap dan cepat kena pergi kedai. hulur duit je.
Kat pasar tani JKR KL ada jual spaghetti ni tapi saya rasa tak puas la makan. Dah la sedap tapi sikit je..mana aci kot.
Meh la buat sendiri, makan sampai puas.
Bahan2 dia senang di cari dan setakat ni harga pun berpatutan dengan kadar kuantiti yang akan kita dapat.
Bahan-bahan utama
Spaghetti (tak kisah apa jenama yang biasa anda guna)
Sedikit Minyak zaitun
Sedikit isi ayam
1 tin Carbonara Mushroom
1 biji bawang holland
1 ulas bawang putih
1 keping cheese
1/2 cawan susu segar
5 hotdog (apa kata ganti nama dia ek?)
sedikit serbuk lada hitam
garam dan gula secukupnya
Cara masak
Sebenarnya boleh buat serentak, sambil rebus spaghetti sambil masak kuahnya...
Panaskan air dan bubuhla beberapa titis minyak zaitun dalam air rebusan ni.
Ini untuk elakkan spaghetti ni dari melekat dan ia bersinar bila dah siap rebus.
Bubuh la garam sikit (Tak bubuh pun ok je)
Untuk makan 2-3 orang, amik la sedikit dari secekak spaghetti tu. tak yah la rebus semuanya..
tunggu sehingga lembut
Sambil tu panaskan kuali, letak minyak zaitun.
Masukkan bawang putih, kemudian bawang besar Holland yang di potong dadu.
Biarkan naik bau
masukkan isi ayam dan biarkan masak seketika
masukkan hirisan daging hotdog
Kemudian masukkan sos Carbonara Mushroom tu..kacau rata. kalau pekat sangat masukkan sedikittt je air.
Kacau sebati.
Masukkan 1 keping cheese. ini pilihan ye. Tak letak pun tak pe.
Masukkan sedikit serbuk lada hitam
Masukkan 1/2 cawan susu segar, dan kacau rata.
Sambil tu spaghetti tu dah masak dan boleh toskan.
Bubuh garam untuk penyedap rasa. Tapi biasanya tak perlu kerana setin Sos Carbonara ni dah cukup rasa.
Dah siap dan boleh hidangkan........
hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

No comments:
Post a Comment