hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Tuesday, December 25, 2012

hari lahir

dengan nama Allah...

Alhamdulillah..dengan berkat kurniaanNya..saya masih di beri peluang untuk bernafas di muka bumi ini pada hari ulangtahun kelahiran saya yang ke-35.. tahun yang penuh dengan dugaan dan cubaan yang membuat saya semakin matang dalam menghadapinya..In shaa Allah hanya kepada Allah saya serah segalanya.

Allah memberi segala kenikmatan ke atas saya hambaNya. Menyayangi saya atas kekurangan yang saya ada..kerana zat dan sifat Allah Maha Menyayangi, Maha Mengasihi, saya belajar menerimanya..

ucapan terima kasih kepada mak yang bukan sahaja melahirkan saya ke dunia ini malah atas segalanya...yang saya tak kan dapat senaraikan semuanya di sini...Sebagai teman luahan rasa, sebagai emak yang memahami tingkah rasa anaknya..sebagai guru yang mengajar dan membentuk peribadi, sebagai doktor yang merawat pesakitnya..naluri seorang emak akan membuat seluruh kerjaya di dunia ini di dalam satu jiwa..EMAK.

tak lupa kepada ayah yang mengajar anaknya dalam diam,lirikan mata yang menegur kesalahan, berdehem ayah seolah 'memukul' rasa..ayah dan emak tak pernah sekalipun memukul saya malahan kami adik beradik tidak di 'sentuh' atas setiap kesalahan..laungan nasihat tak jemu di leteri, teguran sayang dalam bermusyawarah..

abang dan adik yang menyayangi serta mengasihi saya, satu-satunya saudara perempuan mereka. ucapan dan hadiah berselang seli setiap tahun..kalau tak bagi, memang saya minta!

sahabat dunia akhirat saya, Wani yang sentiasa mengingati detik kelahiran saya. yang masih tak jemu menanti tibanya minit berharga bagi diri saya..sekadar secebis ucapan namun ia melebihi dari segala nilai hadiah..terima kasih menjadi sebahagian dari diri saya..memahami buruk baik saya, meyelami saat duka,sedih, tangisan..tersenyum atas kegembiraan,ketawa riang hidup saya....saya menyayangi anda dan semoga ukhuwah kita hingga ke dalam syurga...in shaa Allah..!

teman-teman yang mengingati tarikh ini bukan sekadar cuti sedunia..tetapi mengingati ianya adalah tarikh lahir saya dan mereka berkongsi rasa, bahawa saya pada hari ini sedang meraikan hari lahir saya! terima kasih atas limpahan mesej yang di sampaikan melalui sms, fb, panggilan telefon, malah sudi belanja makan..amat membuat saya teruja. Rasa di sayangi, di kasihi..kerana luahan rasa atas secebis ucapan yang ringkas adalah doa lahir dari dalam hati pengirim yang ikhlas mendoakan saya  menerima limpahan rezeki, keberkatan hidup dan lain-lain. amiin, semoga Allah membalas doa kalian terhadap saya..

..dan tiada sebab mengapa saya tidak gembira dan senyum..
ini kerana mereka ada di sisi saya bukan kerana hari ini saya menyambut ulangtahun kelahiran saya tetapi kerana mereka menyayangi saya setiap waktu kerana Allah sebagaimana saya juga menyayangi mereka kerana Allah!

terima kasih semua!








No comments:

Post a Comment