hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Friday, August 16, 2013

Panduan beraya untuk pasangan baru berkahwin

ini panduan berhari raya utk pasangan yg disusun oleh perunding hubungan suami-isteri 'mahligai kasih' pak uteh. semuga bermanfaat pd semua.
-----+-----+------+------+------+

Wahai Suami Yang Baru Berkahwin(Untuk yang merancang bawa isterinya beraya di kampongnya)

1. Dicadangkan, jika ini pertama kali berhari raya sebagai seorang suami, eloklah beraya di kampong rumah isterinya. Kerana dengan beraya di rumah isteri, ini akan melegakan isteri itu dan dapat memberi dia peluang menyesuaikan diri sebagai isteri di rumahnya sendiri berhadapan dengan orang-orang tidak asing bagi dirinya. 

2. Tetapi jika anda mahukan juga hari raya pertama di kampong anda, bermakna bagi isteri anda, ini adalah pertama kali dalam sejarah dirinya berhari raya di rumah orang lain. Oleh itu pasang niat sama-sama iaitu beraya di kampong ini utk menghiburkan ibu, ayah dan adik beradik di kampong.Kemudian ikutilah tip ini agar dapat mengurangkan stres isteri anda semasa dia berada di rumah kampong anda.

2.1 Ceritakan kepada isteri anda "budaya atau amalan" ibu ayah abang kakak anda adik anda semasa menyambut hari raya. Agar dia boleh mengambarkan keadaan yang akan berlaku nanti. Contohnya: Ibu anda akan bangun awal2 ke dapur belum subuh untuk menyediakan juadah seisi keluarga untuk makan pagi sebelum ke Masjid. Jadi eloklah cadangkan isteri anda juga bangun awal membantu ibu mertuanya ini. Kalau tidak diberitahu, dia akan rasa malu apabila dah bangun tengok juadah pagi tersedia di atas meja.

2.2 Jika anda tahu yang ayah dan ibu anda adalah manusia yang gembira mendapat hadiah semasa anak2nya pulang ke rumah. Maka eloklah bincang dengan isteri untuk membeli hadiah untuk ibu dan ayah anda. Dan suruhlah isteri anda yg menyerahkan hadiah itu kepada mereka sebaik sahaja tiba di rumah. Perbuatan ini akan membuka hati dan minda positif terhadap menantu barunya ini

.2.3 Jika ibu anda jenis yang suka memasak untuk keluarga, maka inilah masanya isteri anda mesti di dapur bersama ibu mertuanya untuk mempelajari cara masakan dia. Janganlah pula anda asyik ajak isteri memerap di dalam bilik 24jam (maklumlah sedang berbulan madu) dan keluar bilik hanya untu makan. Ini memberikan persepsi yg tidak baik. Isteri anda pun tidak selesa.

2.4 Pastikan semasa keluarga mara datang bertandang atau beraya, anda juga ada bersama isteri untuk melayani pertanyaan dan memenaminya. Dia rasa lebih selamat dengan kehadiran anda. Apa lagi kalau loghat atau bahasa yang keluarga anda gunakan amat asing baginya. Di sini peranan anda adalah sebagai penterjemah untuknya. Jika anda tiada, ini menambah stres walaupun senyumannya terus terukir dibibir.

2.5 Jika anda bercadang berjumpa kawan2 lelaki sekampong, elok jangan bawa isteri anda bersama. Ini akan menyebabkan dia tidak selesa kerana tajuk perbualan anda dengan teman-teman lelaki sekampong tidak sesuai dan mungkin menyinggung perasaan dan emosinya. Minta kebenaran isteri jika anda ingin berjumpa kawan2 lelaki dan tetapkan tempoh waktunya. Ini melegakannya kerana dia tahu di mana anda berada dan bila anda akan pulang.

2.6 Jika ada orang bertandang, cepat2 keluar bilik bertemu mereka bersama2. Jangan sorang melayan sorang lagi dalam bilik. Walaupun tetamu datang diluar waktu melawat.

2.7 Jika timbul isu yang boleh menjadi krisis, eloklah bincang berdua di dalam bilik untuk mencari jalan penyelesaian. Jangan mematah cakap dia atau membangkang pandangannya di depan orang lain walaupun di depan ibu anda. 

2.8 Tempuh jangka hari yang sesuai tinggal di rumah mertua ialah 3 malam sahaja. Bagi isteri, jika lebih daripada itu akan menyebabkan dia stres. Bagi lelaki tiada masalah sama ada rumah kampung isterinya dan apalgi rumah kampungnya.Cukuplah setakat ini.. selamat menyempurna ibadah Ramadahn. .. 

Pak Utih dan sila share. 

Ahmad Shafiai Uda Jaafar(Pak Utih)

No comments:

Post a Comment