hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Sunday, May 25, 2014

Berdoa dan yakin Allah akan perkenan

Wahai anakku,
Allah Ta’ala suka mendengar doa dari hambanya. Sehingga hamba itu rasa jemu untuk meneruskan doanya, sedangkan Allah belum jemu mendengar doa hambaNya. Lantaran itu, janganlah engkau jemu untuk memohon doa kepada Tuhanmu, kerana doa adalah kerendahan diri hamba terhadap Allah.

Wahai anakku,
Bilamana kamu berdoa, berdoalah dari dalam lubuk hatimu. Jangan sesekali kamu hanya sekadar menyebut dengan lidah tanpa keinginan yang kuat dari lubuk hatimu. Jangan engkau berdoa dengan meletakkan tanganmu di atas pahamu, kerana kamu sangat tiada adab dengan Tuhanmu. Angkatlah tanganmu sebaik mungkin, dan sedarilah engkau memohon kepada Tuhanmu, bukan kepada makhluk.

Wahai anakku,
Allah Ta’ala malu untuk menolak permintaan hambaNya. Lantaran itu, semua doa akan diterimaNya. Terkadang Allah beri apa yang kamu mohon, terkadang Allah ganti dengan yang lain yang kamu terlupa memohonnya, dan terkadang Allah gantikan dengan pengampunan dosa-dosamu, dan terkadang Allah jadikan doa itu untuk mengangkat darjat selepas matimu.

Wahai anakku,
Janganlah engkau menjadi hamba Allah yang sombong yang tidak memohon kepada Allah selepas solatmu. Tadahlah tanganmu mohonlah kebaikan duniamu dan keredhaan Allah di akhiratmu.

Wahai anakku,
Manusia akan merayu-rayu kepada Allah di akhirat nanti dengan pelbagai rayuan dan tangisan. Tetapi kamu harus merayu dan menangis sekarang terhadap kesalahan dan dosamu. Kerana tangisan dan rayuan sekarang didengari oleh Allah, sedang tangisan dan rayuan akhirat tidak lagi dipeduli.

Wahai anakku,
Jangan engkau putus asa bilamana doamu tidak kamu perolehi, kerana Allah Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Teruskan doa tersebut tanpa jemu dan buruk sangka terhadap Allah. Allah mendengar doamu, hanya terkadang Dia tidak menunaikan terus permintaanmu kerana Ia gembira mendengar permintaanmu, dan aku khuatir bilamana Allah mengurniakan apa yang kamu mohon, lalu kamu tidak lagi memohon dan merayu kepadaNya.

Doa kamu adalah zikir yang mendekatkan kamu kepada Tuhanmu.

Senyum selalu.

No comments:

Post a Comment