hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Monday, December 13, 2010

3 fasa kegembiraan..

Salam ukhuwah...

Alhamdulillah sempena keberkatan bulan Muharram ni juga saya mengalami pelbagai fasa yang berbeza..tanpa saya sedari dan mungkin ia pernah terjadi dahulu namun..saya baru terfikir dan sedar..

Dalam menyambut kedatangan tahun Hijrah 1432 ni, ia bermula dari diri saya ..ada rasa perubahan dalam diri. dari segi pemikiran mungkin..saya mendoakan segala yang baik buat mak ayah dan famili..orang2 tersayang, kawan2 di sekkeliling saya dan masyarakat islam amnya..dan diri saya juga khususnya!..Perlu adanya perubahan dalam diri..Saya memikirkan ke arah ke hadapan ke arus kemajuan namun saya perlu berusaha 2 3 kali ganda dari tahun lepas..InsyaAllah..


Minggu pertama ni saya berkongsi kegembiraan teman sepejabat Ruzaimie Mamat yang menerima kehadiran ahli keluarga yang baru. Beliau menunggu dan menanti dengan penuh debar kerana tarikh keramat @ due bersalin telah melepasi tanpa ada tanda2..Ni la orang lelaki kan a.k.a suami..muka nampak biasa je..dalam hati sapa yang tahu betapa gelisahnya teman ini..duduk tak kena..berdiri asik mundar mandir je..pening kepala..! Akhirnya tanggal 10 Disember isterinya selamat melahirkan anak lelaki..Saya tersenyum lebar menerima sms " saya dah jadi ayah.." dari beliau...Tahniah..!



12 Disember 2010 mencatatkan satu lagi peristiwa dalam diari kehidupan yang saya lalui ini..teman pejabat Wan Azenan mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan hatinya. Terharu rasa hati apabila beliau meminta pertolongan menjadi sebahagian dari rombongan keluarganya meminang gadis pujaan. Saya tumpang berkongsi kegembiraan beliau apabila majlis tersebut berjalan dengan lancar walaupun dengan suasana yang sederhana..bakal tunangan Wan Azenan cantik dan comel..persis Jue Aziz..ni bukan saya kata tapi ramai yang kata.. makan pun sedap..he he



Malamnya juga di adakan majlis resepsi perkahwinan Hafizan dan isterinya Hazlina di HR Steak House..yang saya tak tahu, rancangan untuk mengadakan makan2 ni di atur rapi dan senyap oleh 'tok dalang' cawangan opis saya. Mereka merancang majlis diadakan kerana kenaikan pangkat salah seorang bos mereka..mereka paksa pengantin datang di mana waktu siangnya masih di Penang! mesti lelah la jugak berkejaran balik ke kl sebab mereka WAJIB hadir..kepenatan masih terbayang tapi kerana teman seperjuangan dengan wajah gumbira mereka hadir di masa yang tepat..cayalah!


Majlis kecil ni di sulami dengan makan2  yang biasa je tapi meriah kerana sebilangan kawan2 hadir menjayakannya..Alhamdulillah saya pun kenyang gak makan sirlion steak dan Capuccino blended..Di mula dengan bacaan doa oleh Ustaz Lutfi (dtg khas dari Melaka ni..) di ikuti dengan memotong kek dan makan pilihan makanan masing2..habis suma dah makan baru di adakan majlis penyampaian hadiah...


dan..saya berkongsi kegembiraan dengan mereka2 yang ada di sekeliling  saya..mereka yang tidak ada di sekeliling saya..saya tetap tak lupa..ini kerana mereka tiada di sisi kerana ada komitmen masing2 dan keterbatasan waktu bersama..

terima kasih kerana memahami dan mengerti...

No comments:

Post a Comment