..Alhamdulillah..terima kasih Allah..tak terucap dengan perkataan jika saya nak lafazkan nak zahirkan lagi..kerana Allah jua yang tahu perasaaan saya ketika ini di waktu suasana yang sunyi dan sepi ini..
Saya di beri ilham di beri rasa sebegini di saat saya bakal meraikan ulangtahun kelahiran saya di bumi Allah..
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Sesungguhnya saya mengakui bahawa setiap kesabaran ada ganjarannya dan saya juga mengharapkannya. Walaupun saya x pasti adakah kesabaran ini adalah untuk itu..hanya Allah yang tahu..Berita yang saya tunggu dan saya nantikan..tiba jua.
Kedua.. hari ini di kala ini saya di beri ujian kecil dari Allah..sesungguhnya saya mengakui Allah menyayangi diri saya..Selesema dan demam kecil je..tapi aturannya begitulah.Mungkin juga Allah mahu dosa2 kecil saya terhapus..
Bahagian tempat saya bekerja akan berpindah ke bangunan baru yang lebih selesa saya kira. Seingat saya, sebelum ini beberapa kali saya melalui proses yang sama. Mengemas dan memindahkan barang ke tempat yang lebih selesa dari sebelumnya.. Habuk dan sampah sarap ada di mana sahaja..dan saya amat alah pada mereka yang kecil2 ini..walaupun demikian saya melaluinya dengan perasaan gumbira perasaan halus yang menyatakan inilah jasa bakti saya yang terakhir sebelum saya melangkah ke tempat baru..alangkah seronoknya!
Kemudiannya saya menghadiri seminar di Masjid Wilayah di mana dewan serbaguna tu sejuk sangat..agak klise dengan ayat..bila ceramah mata mengantuk..bila sejuk tdo pun sedap..dan itu juga berlaku pada saya! ha ha..bukan klise lagi..saya dah alaminya di samping bersin yang tidak henti2..
Petangnya saya kembali ke rumah dan terus tdo..malam, bangun dan terus rasa keperitan tekak yang amat sangat..Namun saya gagahkan juga supaya saya boleh ke pejabat esok. Tapi Allah lebih tahu..saya memang x larat sangat...tidur dan tidur..
Tengahari saya ke klinik. Tengok pada rekod, rupanya dah agak lama saya tidak di uji kesakitan yang berpanjangan seperti sekarang..dan saya di bekalkan pelbagai jenis ubat supaya jangkitan tidak melarat..Insyaallah.
Saya di beri rehat secukupnya agar setelah sihat dan kembali bekerja, saya akan lebih bersemangat dan lebih berdaya saing..meningkatkan keupayaan diri sendiri. Saya pasti dan saya tahu saya memang boleh.
Dengan penuh rasa kegumbiraan dalam hati saya memohon Allah mengurniakan yang terbaik buat saya dan keluarga..buat kawan2 muslimin dan muslimat sekalian..Terima kasih Allah...!
hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

No comments:
Post a Comment