..Sayu rasa hati ntah kenapa saya tetiba teringat zaman persekolahan.asalnya kerana saya dan Hidayah bercerita mengenai kami berdua ni pendiam dahulu tapi kini banyak mulut..hehe
Saya memang rindu pada waktu itu zaman itu..tapi saya x dela rasa sampai nak ulang balik 'kejadian' yang dah berlaku..Kerana Allah dah beri kita kesempatan itu..dan ia dah berlalu..napa kita tak guna?..Cuma bila sekarang terpandang kehebatan kawan2 saya rasa sayu dan hiba..bukan rasa rendah diri tapi rasa kesempatan yang ada peluang yang terbuka tidak saya manfaatkan sepenuhnya. Saya tidak 'berfikir panjang' ketika itu namun penyesalan tiada guna dan insyaallah saya dah menjalani terapi untuk tidak menyesalinya..Allah letakkan saya di sini, di tempat yang Allah tahu saya 'boleh' berada di sini..
Saya teringat kan guru Sejarah Puan Khamisah..yang membantu membentuk saya dalam proses pembelajaran dan mengenalpasti keupayaan diri saya sebenarnya. Guru kelas saya yang memberi kepercayaan kepada saya memimpin pelajar yang lain, membentuk keyakinan saya dalam mentadbir urus kawan2 yang nakal. Puan Hasnah yang tak putus memberi ilmu geografi yang membantu saya kini membaca peta topografi walaupun x la handal sangat (sebab jalan asik berubah2).
Teman teman rapat Nurcahaya Maariff yang sering bersama saya, Salina Jumri, Halilah Suboh,Rafidah Mohd Salleh, Hanini Muhammad Shariff yang mengajar saya erti kasih dan sayang, persahabatan keikhlasan kejujuran kekecewaan kemarahan...saya teringat la kat korang..ada rasa windu la sikit ni..
Sekarang, macam terputus hubungan lak ..walaupun ada laman sosial yang hebat, namun tak sama situasi dan kemesraan seperti di alam nyata..
Yang masih berhubunganada juga , walaupun x rapat x mesra sangat..Raja Adreena Ariati Raja Aris, Muhaidawati Mustapha, Zarina Ishak, Fera Susilawati,Norsalawati Mohd Noor dan 2 3 kerat yang lain tu..korang antara kawan yang membangkitkan rasa " kita pernah itu...ini...ingat tak waktu..."
dan wujudlah nostalgia silam...
X lupa adik angkat yang masih kekal berhubung secara maya sekarang ni as a friend la kan..malu la wei nak berangkat angkat ni...Farrah Wahida Ahmad..terima kasih!
Bukan apa, saya nak ucapkan terima kasih banyak2 kerana pernah hadir dalam hidup dan membahagiakan saya, berkongsi suka duka sebagai pelajar dan nak minta serta mohon maaf atas kesalahan sepanjang persahabatan kita selama terlansung dengan jayanya ketika itu..ha ha
sekarang semua dah ada famili dan life masing2. Saya pun x mau ganggu, x mau apa2 pun..(ish apa ni..?)
saya memang teringat sangat kt korang....
hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

hmmm..
ReplyDeleterndu nyerr zman2 sek dlu kn...
ngeeee...