hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Tuesday, January 18, 2011

Lima perkara sebelum lima perkara

“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, iaitu masa muda sebelum datangnya hari tua, masa sihat sebelum dilanda sakit, masa kaya sebelum masa miskin, masa lapang sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup sebelum datangnya saat kematian.” (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)
1. Masa muda masih ada..umur kian bertambah..cuma bukan muda belia la kan..tenaga pun tak sebanyak dulu, kekuatannya telah berkurangan seiring usia...

2. Masa sihat sebelum sakit..yang ni saya pelajarinya amalkannya semenjak saya mengalami demam 1 kali je  setahun tapi demam yang teruk dan berpanjangan..orang2 di sekeliling saya apabila mengalami sakit sesudah sihat..

3. Masa kaya sebelum miskin..setakat yang saya ingat kehidupan saya sehingga kini masih belum kaya..dari miskin ke arah peningkatan kesederhanaan ada..saya bersyukur kerana saya dan keluarga diberi peluang Allah untuk mengecapi kesenangan sesudah merasai kepahitan kesusahan akibat kemiskinan..Kami diberi cukup makan pakai..dan Alhamdulillah hanya padaNya jua saya ucapkan semua yang saya kecapi sehingga kini..

4. Masa lapang sebelum masa sibuk..saya merasai dan melaluinya dahulu dan bakal melaluinya dengan sedikit pengalaman yang ada..saya pernah merasai kesibukan yang amat sehingga saya mengabaikan makan minum, kesihatan, emosi dan juga keluarga yang saya sayang..saya kemudian di beri rehat yang panjang akibat kealpaan saya di kala sibuk.dan kemudian baru la saya kata itu adalah kaffarah dosa atas perbuatan saya sebelum ini sedangkan ramai yang lain mengatakan ada hikmah di sebaliknya..

5. Hidup sebelum mati..yang ini pasti dan akan di rasai oleh setiap yang hidup..

Kalau dengar lagu nasyid kumpulan Raihan ni..dengar je..masuk telinga kanan kua telinga kiri..macam  x resap kat ati pun..bila dah rasai semua baru la boleh cter kan..dan
semenjak saya di opis baru..dan sebelum di tukarkan ke opis baru, saya di bayangkan akan mengalami situasi yang men'sibuk' sangat2!..he he..dan apa yang saya jawap..? hanya senyuman je..dan saya teringat zaman muda dulu..!

No comments:

Post a Comment