hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Monday, December 29, 2014

IBRAH DARI KISAH BANJIR DI ZAMAN NABI NOH AS

Teringat apa yang disebut oleh arwah ayah ketika berlaku banjir tahun 1971. Katanya untuk menjadikan banjir besar bukan hanya memerlukan hujan yang turun dari lagit, tetapi air yang datang dari dalam bumi. Ayah menyatakan jika Allah SWT mahu jadikan bumi ini banjir maka dibukanya segala pintu langit untuk diturunkan hujan dan dibuka juga pintu-pintu bumi untuk mengeluarkan air.

Air hujan dari langit dan air dari dalam perut bumi ini akan menjadikan banjir besar. Ianya bukan seperti banjir kilat di Kuala Lumpur atau di Shah Alam. Banjir kilat hanya memerlukan hujan selama dua jam sahaja. Kata-kata ayah itu ada benarnya. Apabila kita membaca sirah tentang kejadian banjir besar yang melanda umat manusia zaman dahulu kala. Contohnya banjir besar di zaman Nabi Noh AS.

Nabi Noh AS berdoa dengan Allah SWT supaya umatnya ditimpakan dengan kemusnahan kerana ingkar dengan perintah Allah SWT. Permintaan dan doa Nabi Noh AS diperkenankan oleh Allah SWT. Maka Allah SWT perintahkan malaikat membukakan pintu langit supaya turun hujan dan membukakan pintu bumi supaya air terkeluar dari dalam perut bumi.

Maka berlakulah banjir yang begitu hebat dan menengelamkan seluruh tempat. Tiada suatu pun yang terselamat kecuali mereka yang beriman dengan Nabi Noh AS serta bintang ternakan yang dibawa secara berpasangan. Isteri Nabi Noh AS dan anaknya Sam juga ditenggelami oleh banjir besar ini. Satu peringatan dan pengajaran kepada kita bahawa manusia tidak mampu menyelamatkan manusia walaupun isterinya sendiri dan anak tersayang.

Hari ini kesemua negeri di Pantai Timur mengahadapi banjir besar. Satu musibah atau bala daripada Allah SWT. Satu peringatan yang cukup besar bagi kita semua. walaupun hujan tidak seberapa. Malah sesetengah tempat cuacanya agak panas, namun banjir berlaku juga. Agaknya datang dari mana air yang banyak dan melimpah ruah ini. Cukup menakutkan kita semua.

Tiada siapa yang berfikir, datang dari mana air yang banyak ini. Hujan tidak seberapa namun banjir cukup menakutkan. Ramai yang terkena musibah banjir ini. Di situlah akal yang ditunjangi iman akan mencari punca jawapannya. Puncanya Allah SWT telah tunjukkan melalui kisah dan ibrah yang berlaku ke atas Nabi Noh AS. Air yang dikeluarkan dari dalam perut bumi.

Kita tidak perlu takut dengan musibah banjir ini. Musibah ini adalah tanda Allah SWT kasih dan sayang pada kita semua. Kita perlu takut jika iman kita senipis kulit bawang bila ditimpa musibah seperti ini. Kita terlalu bergantung harap kepada manusia, Sedangkan Nabi Noh AS sendiri tidak mampu memyelamatkan isteri dan anak tersayang. Kenapa kita terlalu bergantung harap kepada manusia.

Iktibar dan pengajran daripada musibah banjir ini telah ditujuk oleh Allah SWT. Kita masih belum mampu memahaminya. Bila Allah SWT datangkan sesuatu musibah, Dia sedang mendidik jiwa kita. Allah SWT mengajak kita semua mencari Dia bukan mencari manusia. Dekatkan dan rapatkan diri serta berkat-katalah dengan Dia. Maksudnya kita kena banyak bermunajat, mengadu dan beroda kepadaNya.

Manusia walaupun seorang Presiden Amerika Syarikat yang hebat tidak mampu menyekat kedatangan banjir. Walaupun Barrack Obama datang melawat mangsa banjir, air tidak akan surut juga. Yang menyurutkan banjir adalah Dia. Dia yang Maha Berkuasa atas segala-galanya. Carilah Dia di saat-saat seperti ini. Jangan cari Barrack Obama dan terlalu bergantung harap kepada manusia.

Atas sifat lemah, hina, kerdil dan kecilnya kita di sisi Dia, maka kita bermunajatlah kepadaNya. Tidak perlu diprogramkan untuk solat hajat perdana. Kita boleh lakukan di rumah masing-masing mengikut keupayaan. Mengadulah kepadaNya. Sebenarnya Allah SWT sangat rindu untuk mendengar rintihan dan doa hambaNya yang mengadu kepadaNya di saat musibah menimpa ke atas kita.

Haji Darus Awang. AAP., AMP.

No comments:

Post a Comment