hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Tuesday, October 12, 2010

Mc Donalds dan kesan sampingannya...

Salam ukhuwah..

Saya baru je tengok kat laman sosial perhubungan dunia mengenai makanan segera yang glamer dari zaman dulu hingga ke sekarang ni..Mak ayah yang susah nak bagi anak2 makan, memang heret je anak2 mereka makan benda2 segera ni..Actually saya dulu pun memang gler la makan kat Mc D ni..asal jumpa je restaurant McD (dulu x banyak yg ada) saya akan memilih  Fillet o Fish..sebab ni la jenis burger yg saya memula makan, itu pun sebab ada org bagi..yang lain big breakfast..sebab; ada telur dan muffin yang sedap..memang orang kata makanan asasi la ni..sehinggalah pada satu masa, saya di tegur oleh sepupu untuk mengurangkan dan meninggalkan habit makan makanan segera ni..

Banyak kesan yang saya boleh dapat, lepas tu  pk apa yang dia bgtau antaranya kesan ekonomi..kalu korg perasan, rega produknya makin lama makin mahal, pas tu kadar kebesaran saiznya makin kecil..dalam masa yang sama saya mula makan makanan melayu biasa..contohnya nasi la..saya bukan x makan kat luar tapi selalunya kurang sedap la..

Kesan memula, badan sakit sket..ye la ari2 tibai makanan segera ni..rupanya seksa nak melarikan diri darinya.Kat mana2 ada je jumpa signboard ke iklan ke..ish tak leh tahan! macam orang hisap rokok la..nak x nak mesti try gak sebatang dua kan..?!..samala macam saya x dapat makan ari2, makan seminggu sekali dan seterusnya saya dah boleh tinggalkan secara tetap. Tapi pastu rasa macam org bercinta plak, x dapat makan lalu depan kedai pun tak pe..

Sekarang Alhamdulillah..dah ok..tapi ada gak makan sekali sekala..tapi sekarang jadi pilihan terakhir la.

korang pun wat la pilihan yang bijak..nak sihat ke nak kenyang yang akan menyakitkan pada masa akan datang..

Ni saya amik artikel sahabat blogger saya..

Satu eksperimen yang membuktikan makanan di restoran McDonald's tidak reput menimbulkan tanda tanya mengenai bahan yang terkandung didalamnya. 

Seorang jurufoto dari New York mambiarkan sebiji burger Happy Meal bersama kentang gorang di atas rak dirumahnya selama 18 minggu dan mengambil gambar perubahan makanan itu setiap tiga hari.

Bagaimanapun sehingga hari ke 137, makanan tersebut masih kelihatan sama seperti mana ditinggalkan dahulu.

Menurut saintis, bahan pengawet bukan sebab utama burger itu tidak reput tetapi ia berpunca daripada kandungan lemak yang tinggi di dalam makanan tersebut, menyebabkan makanan itu mempunyai kelembapan rendah.

Permukaan makanan yang kurang lembap menyebabkan kulat tidak mudah membiak dan makanan tidak reput.

Selain itu, kandungan garam tinggi turut memainkan peranan kerana ia berfungsi sebagai bahan pengawet makanan.
 ** artikel ini diambil daripada akhbar sinar Harian. moga kita ambil pengajaran dan menjaga pemakanan agar dapat hidup sihat sejahtera dibawah rahmat-Nya.

2 comments:

  1. kalo orang blanja tu, boleh makan kan

    ReplyDelete
  2. orang belanja..banyak pun boleh tapi bukan selalu la..makan benda lain plak

    ReplyDelete