hamba Allah yang sentiasa berdoa semoga menjadi hambaNya yang terbaik.
Sentiasa usaha jadi umatnya yang ingin selalu mengikuti sunnahnya dan sentiasa rindukannya.
anak yang baik dari kacamata mak ayah dan sentiasa berusaha mendoakan mereka selalu agar hidup aku selesa di sana nanti.
adik perempuan dan kakak pada mereka yang menyayangi aku tanpa ucapan tapi aku tau la dorang sayang aku...
belajar menuntut ilmu dari semua..pengalaman yang tinggi harganya, kelas yang di bayar dari titik peluh dan juga dari biayaan negara untuk aku jadi rakyat yang berilmu.
teman, sahabat, kawan, kenalan yang selalu bertekak, sering bertanya untuk tahu jawapan, makan kongsi-kongsi, jalan-jalan cari ilmu supaya matang dari dulu serta mengharapkan doa kalian untuk simpanan di sana jua.
staf yang buat kije berdasarkan arahan tapi kalau tak ikut tu mesti ada alasan dan sebab punya la..
kenakalan sebab memang aku nakal dan bukan jahat ok...

Wednesday, February 29, 2012

Wahai Sahabat, Janganlah Bersedih

Kepada semua sahabat-sahabat yang sedang diuji, yang telah diuji & yang belum diuji.. sedarilah bahawa jika anda tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan celaru fikiran Anda, akan kacau semua urusan, dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegundahan diri Anda.

01.Jangan Bersedih... Cinta Allah dan Rasulullah menjamin kebahagiaan.

02.Jangan Bersedih... Redha Dengan anugerah Allah membuat anda kaya di dunia.

03.Jangan Bersedih... Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya yang Maha Luas.

04.Jangan Bersedih... Semata-mata disebabkan anda berbeza dengan orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri.

05.Jangan Bersedih... Bila disakiti, dicela, direndahkan atau dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa.

06.Jangan Bersedih... Sesungguhnya setelah kesusahan akan ada kemudahan.

07.Jangan Bersedih... Kerana kesedihan anda akan membuat musuh anda gembira.

08.Jangan Bersedih... Atas perilaku manusia terhadapmu tetapi perhatikanlah perilaku mereka terhadap Allah.

09.Jangan Bersedih... Allah tidak akan mensia-siakan pengorbananmu dan setiap perkara yang baik mahupun buruk ada hikmahnya.

Wahai sahabat-sahabat, janganlah bersedih, dunia ini terlalu hina untuk ditangisi.

- Artikel iluvislam.com

15 rutin seorang Muslim

1. Mulakan hari dengan Alhamdulillah!

2. Dahulukan Allah, dalam setiap benda and setiap ketika

3. Tenang, dalam semua situasi

4. Hindari rasa marah

5. Berkongsi kegembiraan, dan bersyukur kepada Allah untuk perkara itu.

6. Buat perkara baik.

7. Ambil masa untuk merenungi kehebatan ciptaan Allah SWT.

8. Ekspressi diri kita dalam cara yang betul dan baik

9. Ambil masa rehat sejenak, pergi bersukan dan habiskan masa bersama keluarga

10. Mendoakan supaya mendapat keberkatanNya

11. Peluk ibubapa kita

12. Senyum kepada semua orang selalu

13. Memaafkan, melupakan dan senyum

14. Tidak mencari populariti

15. Tidak memandang rendah kepada sesiapa

“Hati yang tenang dan bahagia adalah hati yang selalu mengingati ALLAH sama ada ketika senang mahupun susah. Tiada apa yang lebih penting bagi seseorang hamba yang selalu mendekatkan diri kepada TUHANnya selain redha, kasih dan ihsan daripada TUHANnya itu. Apa sahaja yang dilakukan pasti akan dikaitkan dengan Kekasih agungnya itu. Bukan keseronokan dan kesenangan dunia yang dicari sebaliknya kebahagiaan dan kesenangan di akhirat kelak.”

Sumber: http://akuislam.com/
dan MyIbrah.com

Berfikiran Positif dan Optimis Resepi Kejayaan..

Dunia seakan-akan gelap. Seolahnya tiada lagi cahaya yang menyuluh. Apakah ini pengakhiran yang kita mahukan?

Kejayaan adalah memaksimumkan potensi kita untuk merealisasikan matlamat utama kita dalam perjalanan hidup. Semua insan pernah gagal. Kerana gagal adalah guru.

Apabila kita berusaha untuk mencapai sesuatu, kita berjaya kerana kita tahu cara untuk mencapai matlamat kita. 

Bijak pandai pernah berkata, "Sama ada kita menjadi abu atau menjadi seekor merak, ia terpulang pada diri kita sendiri."

Sebenarnya, hidup kita bukan sekadar bergantung pada setiap apa yang berlaku pada kita dan sekeliling, tetapi ia lebih kepada bagaimana kita memberi tindak balas terhadap apa yang berlaku.

Sayangi diri.

Buatlah sesuatu demi kebaikannya dan yang memberi manfaat buatnya.

Ia bukan bermakna pergi spa 30 hari sebulan, tetapi lebih dari itu.

Kisah Guru Dan Murid

Seorang guru pernah bertanya pada anak muridnya, "Adakah kamu semua menyayangi diri sendiri?"

Dan para murid menjawab, "Ya! Kami sayang diri kami!"

Ujar guru itu, "Bagaimana cara kamu semua menyayangi diri sendiri?"

"Belajar sungguh-sungguh!"

"Jaga hati!"

"Pakai topi keledar!''

Maka kata si guru,

"Benar. Tetapi ia lebih dari itu. Terimalah diri kamu, tiada manusia yang sempurna. Hormatlah maruah kamu, ia tidak pernah meminta untuk diragut melainkan kamu yang membiarkannya. Berikan galakan kepada diri kamu, galakan orang lain tidak cukup buatmu. Rancangkan kejayaan buat diri kamu, jangan biar diri kamu gagal kerana kegagalan yang diterima."

Boleh menangis, menyesal, menjerit sekuat mungkin kerana meratapi kegagalan yang diterima. Tetapi pada esok hari, kamu harus bangun tidur dengan segar dan hilangkan segala kesedihan.

Kenapa?

Kerana berabad-abad sekalipun tangisan dan kekecewaan ia tidak akan merubah apa-apa. Ambil separuh untuk dijadikan iktibar dan ambil separuh untuk dijadikan pendorong.

Kisah Lelaki dan Jadual Penerbangannya

Seorang lelaki mengejar penerbangannya, saat tiba di lapangan terbang, penerbangannya terpaksa dilewatkan kerana kerosakan pada bahagian tertentu. Tetapi dia tidak marah. Katanya, "Bagus!"

Maka orang di sekelilingnya hairan. Bukankah sepatutnya lelaki itu marah.

"Mereka mengambil berat akan keselamatan kita. Bukankah ia bagus?"

"Tetapi.. sukarlah untuk kita mendapatkan penerbangan berikutnya. Kerana kita terpaksa menunggu dengan begitu lama. Sedangkan sekarang kita sedang mengejar masa!"

"Bagus!"

Dan orang di sekelilingnya bertambah hairan.

"Kenapa bagus?".

"Kerana saya dan semua orang dapat bersantai-santai terlebih dahulu. Cuaca di luar sana sangat tidak menyenangkan. Sedangkan kita di sini berada dalam keadaan nyaman dan selesa. Terdapat beberapa buah kusyen empuk di hujung kaunter. Terdapat makanan dan kopi panas di kafeteria. Jadi saya akan memanfaatkan peluang ini, kerana saya sering tidak cukup masa selama ini. Sekarang saya dapat membaca majalah kegemaran saya terlebih dahulu."

Dan orang sekelilingnya merasa kagum dengan lelaki itu. Seraya berkata, "Hebat!"

Itulah dia. Tabiatnya yang positif akan mempengaruhi kelakuan, kata-kata dan pastinya keputusan. Ia memberitahu dunia bahawa sikap positif penting dalam kehidupan. Apa sekali pun tujuan kita, fikir positif. Sentiasa positif dan optimis!

Saya tertarik dengan kata-kata Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari yang terdapat dalam sebuah buku motivasi "Menuju Kejayaan."

"Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu, saya terus minta dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju biarlah padan dengan badan. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah."

- Artikel iluvislam.com



Kongsi artikel ini bersama rakan-rakan anda!

Monday, February 27, 2012

Kursus Sehari di JPM

Bismillah...

Pagi ni saya menghadiri kursus sehari di JPM.

Pagi selepas perasmian ada kudap-kudapan sedikit untuk alas perut, mihun goreng telur mata dan saya memilih air nescafe berbanding air teh.

Presentation pagi ialah mengenal gaya anda yang di terjemahkan dengan jayanya oleh En. Hafiz Hamzah. Memang best la beliau ni..kelakar plak tu sebab beliau ialah perunding imej Malaysia..glamm u!

banyak tips dan nasihat yang best siap wat model plak kat depan. Walaupun begitu bila g kursus imej ni kena la OPEN..so, banyak teguran yang kita sebagai perempuan tak perasan.
Antaranya;

1. kalau orang berbadan besar kena bawa beg besar juga..tak sesuai bawa beg kecil..(emmm..kena tengok balik ni)
2. rambut kena cuci hari-hari dan keringkan sebelum pakai tudung
3. cara memakai perfume yang betul untuk mengekalkan aromanya..di belakang telinga, di pergelangan tangan (jangan gosok) di leher dan juga di lurah dada..
4. elakkan minum teh dan kopi kerana mulut akan berbau..atau minum air suam selepas tu untuk hilangkan bau.

dan banyak lagi..

jam 11.40 pagi slot di ganti oleh puan Farah Diana Anuar atau orang kenal dengan nama Farah Rasa Halal Oasis..Beliau menceritakan penghijrahan beliau kini..

walaupun sekejap sangat kan..tapi ada yang perlu kita ambil sebagai iktibar dengan keikhlasan beliau bercerita..

Keinsafan terbit selepas Farah ke Kemboja yang pada mulanya beliau sendiri tidak ada rasa 'jatuh hati' nak ke sana. Di sana beliau di bawa ke sekolah yang serba dhaif yang menerima apa sahaja untuk meneruskan hidup sambil menimba ilmu dunia mahupun akhirat.
Sampai di meja makan, Farah dan penulis skripnya melihat dulang yang sedia terrhidang di atas meja. Di dalam dulang terdapat nasi dan berlaukan sup sayur sahaja.. dan sebotol kecik kicap..alangkah hibanya rasa bercampur sebak melihat itu sahaja makanan yang mereka makan berbanding di Malaysia..! (saya pun!)

Alhamdulillah, kepanasan di Kemboja menjadi titik permulaan oenghijrahan Farah untuk terus bertudung.. dan sehari dua sebelum Maulidurrasul (kalau tak silap) beliau sms abahnya dan menyatakan ini adalah apa yang beliau tercari-cari sebelum ini...Alhamdulillah..

dan kita doakan lenih ramai lagi saudara- saudara kita dapat 'cahaya' sepertinya....

kebahagiaan

Bismillah...

Pagi yang indah untuk hari-hari yang indah..
Senyum kerana saya sebagai hamba Allah ini memohon agar di beri kebahagiaan berpanjangan.Walaupun menempuh derita..erk? derita ke..tak la tragis sangat tapi ada duka dalam jiwa la..hati terguris sikit..

Hari-hari lain bukan tak boleh senyum..masih boleh kerana Allah berikan itu untuk semua makhlukNya. Kita yang memilih destinasi mana..mungkin terpaksa, di paksa

..dan apabila di beri kebahagiaan ini, tanpa di paksa pun saya akan senyum

terima kasih Allah...

Sunday, February 26, 2012

keriangan yang tiada harga

Bismillah..

Pagi 25hb Feb sabtu

bergerak pantas ke Putrajaya untuk perjumpaan kecil teman-teman BPSM KBS.
Silaturahim ini masih di teruskan dan Insyaallah akan terus berpanjangan.

Lepak-lepak sambil makan tepi tasik Putrajaya sudah cukup memadai untuk pertemuan kecil ini. Tiada perancangan yang rumit asalkan hati bahagia melakukannya,semuanya akan terjadi dengan persefahaman semua pihak.

Saya maklum dengan kesibukkan teman-teman di KBS terutama teman-teman BPSM yang diingati..terima kasih atas maklumbalas juga..

masa semalam bernilai: tiada dapat di bandingkan
kemesraan semalam: sehingga masa hadapan
ukhuwah teman-teman: doa jadi perantara..

sehingga bertemu lagi di satu ketika di satu masa..Insyaaallah..

Gaji oh gaji

Bismillah...

Malam, 24 Feb

Sebelum ni saya dan beberapa teman ada merancang untuk 'melatih' kaki memanjat bukit. dan saya teringatkan akan kejadian yang kami rancangkan dapat bertukar realiti.

Untuk menceriakan majlis itu nanti, kami dah sepakat nak bawa makanan sambil beramah mesra itu nanti...emmm apa ye saya nak bawa. Kawan opis lama ni, Ika dok asik minta makanan pantai timur. Sayapun tak reti nak buat apa..dan kemudian baru teringat saya ada membeli lada solok minggu lepas.

Jalan seterusnya , saya ke pasar malam Jelatek. Walaupun pada mulanya, perancangan ini ingin di tangguhkan sebab saya masih kurang sihat begitu juga dengan anak Ika..yang lebih dahsyat Ita, terseliuh kaki namun semangat nak jumpa kengkawan opis lama..masing-masing gagahkan juga nak jumpa...dua tiga orang lagi bekerja plak..

Ah! tak kira lah..mana yang ada je jumpa..yang lain len kali boleh..
he he saya dah terbayang nak buat nasi kerabu..macam la teror kan..

Maka bermula la penjelajahan ke pasar malam Jelatek..
Subhanallah.. ramainya makhluk Allah..kenapa ye tetiba ni ramai sangat..jammed luar biasa ni..
Saya memohon semoga saya di lindungi oleh Allah dari membazir dan hasutan syaitan ketika memasuki pasar malam ni..

Sempat la juga saya bertanya ngan kakak yang jual air..
"napa kak tetiba ramai ni"
"orang dah gaji dik..." sambil tersenyum..
emmm patutla..baru minggu lepas saya datang, keadaan lengang sangat.
kali ni semua boleh tersenyum berpuashati kerana barangan jualan mereka hampir habis..

Emm.. gaji kakitangan kerajaan sebelum ini ialah 16 Januari dan terkini 23 hb Februari..hampir sebulan lebih..nampak perbezaan waktu di antara itu.

Alhamdulillah, walaupun begitu, Allah masih memberi rezeki yang tidak pernah putus untuk saya nikmati samaada sebelum, sedang atau selepas gaji..

Balik rumah segera, masak ikan kering, rebus telur..alamak! kelapa plak tak ada... dah terbantut hajat nak buat sambal tumis dan solok lada..bawa ulam je nampaknya...



Oleh kerana  terdapat beberapa halangan, perancangan sebenar telah di ubah betul-betul saat tengah malam.

Ujian Allah; kelemahan atau kekuatan kita?

Bismillah...

Hari Jumaat 25 Feb

Saya cuti kecemasan hari ni kerana saya sakit.

Khamis 24 Feb

 Waktu siangnya, seperti catatan sebelum ini. Saya sakit dan tak larat tapi niat kerana Allah saya nak sudahkan kerja saya hari ni kerana hari ni ada miting penting. Saya dah bersin banyak kali. Dalam hadith pun ada bagitau kalau bersin kurang dari tiga kali, Allah beri kita kesihatan untuk membersihkan kotoran dalam hidung tetapi kalau lebih dari tiga kali dan berturut-turut, maknanya anda SAKIT.

Suara dah sengau, tekak dah perit, kepala ada sikit pusing. Dan saya kuatkan semangat untuk berada di opis sehingga tamat waktu kerja saya.
Namun, semua tu hanya perancangan manusia yang lemah seperti saya. Saya memang tak berdaya rupanya sementelah lagi saya masih meneruskan niat untuk berpuasa pada hari tersebut.

Jumpa ketua seksyen dan minta kebenaran beliau untuk pulang ke rumah dan sambil tu saya ada memberitahu untuk ke klinik pada malamnya jika badan masih lesu. Perjalanan balik di iringi dengan hujan panas tapi kaki yang dah menggigil ni kena teruskan. Bimbang saya tak larat atau pengsan di opis mahupun di tengah jalan, saya pasti akan menyusahkan banyak pihak. Dan paling bimbang tentunya ayah saya. Saya tak mahu menyusahkan sesiapa, cukuplah saya dah banyak menyusahkan orang lain..Saya kena kuat!

Balik rumah, ayah pun masih belum sihat betul dari pening. Cumanya ayah takkan nak bagitau. Saya tertidur sehingga hampir waktu berbuka puasa. Saya tak ada selera nak makan lagipun tak larat nak cari makanan. Ternampak buah kurma dalam balang dan botol air zam zam. Alhamdulillah..itu lah rezeki saya.

Selesai solat isya', saya terlena lepas telan paracetamol.

Saya terjaga tengahari Jumaat. Ya Allah! kenapa saya boleh tak sedar ni..melepas sudah..
in la kan sebab jarang makan ubat..bila makan memang pengsan terus..

Ya Allah, semoga ujian yang Kau berikan ini akan menghapuskan dosa-dosa ku dan memberi kekuatan untuk menghadapinya...

Saya di nasihatkan untuk 'berehat' mental dan fizikal kerana Allah beri ujian ini kerana Allah sayangkan saya dan sebagai kaffarah.

insyaallah saya terima dengan hati yang terbuka kerana terasa manisnya ganjaran selepas ini yang akan menjelma..

Thursday, February 23, 2012

Ujian ~ Sakit

Bismillah

Hikmah adalah suatu kebijaksanaan mendapat kebaikan di sebalik satu keburukan. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh mehnah – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Daripada Abd al-Rahman bin Azhar bahawa Ra­sul­ullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa sakit atau demam, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja."

Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah kita meraih sebanyak-banyaknya pahala dan keredhaan Allah. Kehidupan ini adalah medan 'perjuangan' melawan nafsu marah, putus asa, buruk sangka, dendam dan lain-lain sifat mazmumah yang mungkin timbul hasil interaksi dan komunikasi antara oarang sekitar.


Hari ni walaupun saya memang tak larat nak ke pejabat melakukan rutin harian, saya terpaksa gagahkan juga kaki yang sakit ni . Mungkin sehingga saya pengsan di pejabat barulah orang percaya yang saya memang sakit. Cumanya takkan la nak buat pandai pergi ke opis dan pengsan..ha ha..
Tapi tak kisahlah sebab tu bukan urusan daya nak campur hal orang..yang nyata Allah Maha Mengetahui dan saya serahkan pada Allah menentukannya.

Ujian dari Allah ni semua saya terima kerana telah di janjikan bahawa kesakitan ini adalah peluang meraih pahala..insyaallah. dan saya sebagai hambaNya, perlu sentiasa memohon keredhaan Nya. Ada hikmah yang menanti selepas ini..

Wednesday, February 22, 2012

ujian kesedihan-rehatkan hati

Sungguh, benteng pertahanan terakhir kita kian rapuh. Saban hari saya menerima email atau panggilan yang menceritakan tentang rumah tangga yang hampir runtuh. Padahal saya sendiri masih terkial-kial bermujahadah untuk menjadi ayah, suami dan anak yang baik.

Kekadang saya tidak dapat memberi jawapan yang baru. Ini tentu menjemukan, kerana sahabat-sahabat perlukan pembaharuan pada jawapan. Apa yang mampu saya luahkan? Selain, mengulang-ulang apa yang pernah dipesankan oleh generasi salafussoleh terdahulu. Juga mengulang-ulang kata-kata yang pernah membujuk hati ketika saya sendiri diuji.

Sahabat dan saudaraku... jangan pernah mengalah. Patah sayap, terbanglah jua. Jika jatuh, jangan rebah... biar terhenyak tetapi tetap tegak walaupun terpaksa bertongkatkan dagu. Marilah kita berpegang pada janji bahawa kita akan selamanya bersatu dalam munajat dan nasihat. Kerana apa yang kita harap daripada seorang manusia hanyalah dua... munajatnya dan nasihatnya!

Tidak semua yang bertanya dapat saya jawab secara khusus. Ada yang saya baca dan terus doakan. Ada yang saya baca, terus termenung... berfikir dengan kepala yang simpati dan dada yang empati. MasyaAllah, kita sering kalah. Namun, buat sekian kalinya kita berbaiah, kita sekali-kali tidak akan mengalah!

Lalu, diketika saat-saat dirimu dan diriku diuji, sudi apalah kiranya kita REHATKAN HATI...


Mengapa setelah berzikir, solat atau berdoa  hati belum tenang? Sedangkan Allah telah menetapkan dalam Al Quran bahawa dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang? Khususnya ketika menghadapi ujian rumah tangga mengapa hati kita masih resah, kacau dan galau walaupun sudah berbuih mulut meluahkan kalimah-kalimah zikir? Justeru, ramai isteri atau suami mengadu, mengapa hati mereka tidak tenang walaupun telah berzikir ketika menghadapi krisis, ujian dan kesusahan dalam hidup berumah tangga?

Mengapa kita belum mendapat ketenangan sepertimana yang dimiliki oleh pasangan Sayidina Ali dan Siti Fatimah walaupun kita telah berzikir dengan kalimah subhanallah, alhamdulillah dan Allah hu Akbar, sama seperti yang pernah diamalkan oleh mereka? Apa yang tidak kena dengan zikir kita? Bukankah kalimahnya sama? Bukankah jumlah atau bilangannya sama?

Tidak syak lagi kita tidak dapat menghayati maksud tersirat daripada kalimah-kalimah zikir itu. Berzikir tanpa menghayati falsafah dan makna tersirat di sebaliknya, umpama burung kakak yang pandai bertutur. Untuk menghayati makna zikir sehingga meresap ke dalam hati perlukan ilmu, amalan dan latihan. Marilah kita sama-sama kita fahami apakah kesan atau rasa-rasa yang perlu dirasai oleh hati apabila kita mengingati Allah (berzikir).  

Antara rasa-rasa itu ialah:
1.      Rasa kehambaan.
Rasa kehambaan ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain sifat kekurangan seorang manusia apabila berdepan dengan ujian daripada Tuhannya. Apabila diuji dengan karenah pasangan, kekurangan harta, anak-anak sakit dan sebagainya, seorang suami atau isteri yang memiliki rasa kehambaan akan sedar bahawa semua itu hakikatnya datang daripada Allah.

Firman Allah:

"Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal. (Surah al-Taubah 9: 51)."

Bila menyedari hakikat itu, seseorang akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Hatinya berbisik, "bukankah aku seorang hamba? Aku sewajarnya akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku diuji begini. " Hatinya tidak akan berkata, "kenapa aku, bukan orang lain?"

Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Sebaliknya jika kita 'memberontak', hati akan bertambah kacau. Let go, let God – maksudnya lepaskan dan pasrahlah kepada Allah.

Apakah tanda-tanda kita memberontak apabila diuji? Kata Imam Ghazali rahimahullah, "cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah 'memberontak' kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya!" Misalnya, seseorang suami atau isteri itu tidak mahu lagi untuk makan dan minum secara teratur, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan rumah atau menjaga anak-anaknya lagi.

Marilah sama-sama kita ingat, apabila ditimpa ujian, kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja', "Inna lillah wa inna ilaihi raji'un."

Firman Allah:

"Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali. (Surah al-Baqarah 2:156)."

Kalimah ini mengingatkan kita agar kembali merasakan erti kehambaan. Bahawa kita adalah milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini. Dengan ini kita akan dapat menurunkan rasa marah kepada pasangan, anak-anak, mertua atau sesiapa sahaja anggota keluarga kita. Ya, mereka berbuat demikian atas izin Allah jua!

2. Rasa bertuhan.
Rasa kehambaan yang serba lemah, itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Apabila kita rasa lemah, timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Apabila kita rasa kurang, timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Apabila kita dihimpit kesedihan semakin kuat rasa pergantungan, pengharapan, permintaan kita kepada Allah. Mungkin selama ini kita terlalu bergantung kepada suami, isteri atau anak-anak.

Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina dan lemah. Sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa sabar, tenang dan berani menghadapi apa jua masalah dalam rumah tangga. Seorang suami yang paling kuat menghadapi ujian dalam hidup ialah suami yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya.

Firman Allah: "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. (Surah Taubah 9:40)"

Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan rasul sanggup berdepan dengan karenah isteri mereka. Nabi Luth, Nabi Ayub, Nabi Nuh misalnya, mampu menghadapi ujian yang paling kritikal dalam rumah tangga mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah.

Firman Allah: "Dan pintalah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan solat. (Surah al-Baqarah 2: 45)"

Dalam apa jua keadaan – positif mahupun negatif, hati suami atau isteri tetap tenang. Firman Allah:  "Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana. (Surah al-Fath 48:4)"

Apabila hati tenang, berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang dilaporkan oleh Sa'ad bin Abi Waqqas: "Aku hairan dengan orang beriman, sekiranya dia mendapat kebaikan, maka dia akan memuji Allah dan bersyukur, dan sekiranya dia mendapat musibah dia akan memuji Allah dan bersabar. Dan setiap mukmin diganjari dalam setiap urusannya sehingalah diberi pahala pada setiap suapan makan yang diangkat ke mulut isterinya."

3.      Memahami maksud takdir Allah
Mana mungkin kita dapat mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can't direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.

Kemudi dalam bahtera rumah tangga kita ialah hati. Hati yang bersifat berbolak-balik (terutamanya apabila diuji) hanya akan tenang apabila kita meyakini sifat kasih sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya tetap bersama kita sewaktu diuji. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan buruk. Walaupun kekadang kita belum nampak kebaikannya, percayalah kebaikannya pasti ada.

Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baiklah kepada Allah, berdasarkan firman-Nya:  

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui sedang kamu tidak mengetahuinya. (Surah Al Baqarah 2: 216)"

Siapa tidak inginkan keharmonian, kasih sayang dan kemakmuran dalam berumah tangga. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, krisis masih berlaku jua, maka bersangka baiklah dengan Tuhan. Mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita kesempitan belanja, maka berusahalah untuk menambah pendapatan, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.  Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.
Dengan ini kita tidak akan merungut, stres dan tertekan. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini: "Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik."

Jagalah rumah tangga kita dengan sebaik-baiknya. Carilah jalan damai sehabis daya.  Namun ingatlah jika badai terus melanda, ingatlah itu sudah maktub (tertulis). Jangan rosakkan hati kita dengan kalimah "kalau" atau "jika". Hayati sabda Rasulullah saw ini: "Oleh itu, hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas. Dan jika engkau ditimpa sesuatu, maka janganlah engkau berkata: "Kalau aku lakukan anu anu, tentulah akan terjadi anu anu, tetapi katalah: "Allah telah takdirkan dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan,' kerana perkataan 'kalau' itu membuka jalan kepada hasutan syaitan." (Hadis riwayat Muslim)

4.      Mendapat hikmah apabila diuji.
Hikmah adalah suatu kebijaksanaan mendapat kebaikan di sebalik satu keburukan. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh mehnah – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Daripada Abd al-Rahman bin Azhar bahawa Ra­sul­ullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa sakit atau demam, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja."

Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan? Maka dengan ujian bentuk inilah para suami atau isteri meraih sebanyak-banyaknya pahala dan keredhaan Allah. Rumah tangga adalah medan 'perjuangan' melawan nafsu marah, putus asa, buruk sangka, dendam dan lain-lain sifat mazmumah yang mungkin timbul hasil interaksi dan komunikasi antara suami isteri, ibu-bapa dengan anak-anak, mertua dengan menantu.

Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya. Justeru, hayatilah kata-kata hikmah ini: "Allah melapangkan bagimu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan, dan Allah menyempitkan bagimu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah."

Ya, inilah empat rasa yang sewajarnya ada ketika kita berzikir sewaktu mengharungi ujian dalam berrumah tangga. Bawalah hati kita berehat... dan rehat sebenar ada di dalam zikir. Dan zikir yang paling besar adalah solat. Oleh kerana itulah Rasulullah saw sering menyuruh Bilal supaya azan dengan katanya yang membujuk, "rehatkan kami dengan solat wahai Bilal!"

Artikel ditulis oleh Pahrol Mohamad Juoi. 

Tuesday, February 21, 2012

Nasi Arab Malaysia

Bismillah...

Hari ini saya makan lagi nasi arab untuk kesekian kalinya..tanpa jemu malah bersyukur kerana saya dapat menikmatinya sambil merapatkan tali ukhuwah antara teman-teman..

Saya rasa tiada entry dari saya mengenai saya makan nasi arab..dan pertama kali ini la kononnya nak bercerita.

Cerita bermula pada zaman dahulu kala..
Menjejakkan kaki ke Mekah baru pertamanya saya mendengar perihal nasi Mandy. Mutawif kami, Ustaz Mukri menceritakan serba sedikit hal perihal makanan yang sedap di sekitar kami menginap..tapi saya memang tak ambil 'port' hal makan2 ni. Sebab sebelum berangkat menunaikan umrah, CC saya,achik Fuziah dah bagitau..jangan runsing sangat pasal makanan di Mekah mahupun Madinah, semuanya ada dan kena ngan selera orang asia. Cuma satu yang asik la achik Fuziah ni dok sebut..kena cuba makan aiskrim Mekah...!

Saya akan sambung dalam entri yang berlainan mengenai nasi mandy ni..

Yang kat sini nak cerita hari ini..rasanya hampir 7 ke 8 kali saya makan nasi Arab di kedai yang sama di Serdang ni. Nama kedainya Half Moon.Apa yang sedap?.. pertama , korang kena rasa sendiri sebab SEDAP itu adalah subjektif. Mungkin bagi saya sedap sangat, tapi bagi anda sedap je ataupun tak la sedap pun!

Hari niat saya nak jumpa teman seperjuangan tempat kerja lama, Kak Za..dia muda dari saya tapi sebab Kak Za ni bahasa kan dirinya begitu..kita ikut je..lagipun..uhuu rasa muda gitu!
Niat nak belanja makan nasi arab sambil borak-borak. Cerita dalam sms tak kick la,bercakap dalam telefon jadi panas telinga..so, kena jumpa.


Ngan Kak Za..Tugu Negara

Maka arakian, kami pun makan la nasi arab versi masing-masing. Saya order makanan kegemaran la kan Ocda chicken..Kak Za nak rasa Royal lamb dan suaminya minta mandy lamb. Awal sebelum kejadian terjadi makan-makan ni, saya sudah war-warkan tentang nasinya, memang banyak dan bulis je kongsi 2orang..

Dan kenyataannya memang betul la..mereka suami isteri ini hanya makan separuh.Nasib la kedai ni memberi khidmat membungkus..valid kat orang macam kami ni je kot.Orang lain makan, saya tengok licin je pinggan..
Humus..kacang yang di blend dan minyak zaitun

Mandy Chicken


Royal Lamb

nak di panjangkan cerita lagi ni..saya ajak juga sahabat tersayang saya ni makan tetapi Wani ada agenda lain.Makan juga tapi kedai lain pula..try test tempst baru...menarik juga..

lepas cium-cium pipi dengan kak za sambil mematri janji untuk makan lagi di sini...kami pun berpisah la..maka rombongan cik kiah terus ke kedai Gate of Yemen..
agak lain dari Half Moon tp harganya menarik dan lagi murah.

Wani pesan Hanith lamb dan kak in pesan mandy chicken..Subhanallah..sedapnya malah lebih sedap dari tempat lain..

opss saya hanya menjamah sebab dah kenyang pun makan di Half Moon..

Alhamdulillah, ini yang di katakan rezeki orang berpuasa..

Monday, February 20, 2012

sahabat yang saya sayang

Bismillah..

dah dua hari saya tak dengar khabar sahabat tersayang, Wani. Kerapkali saya memikirkan untuk membiarkan sahabat ini ada masanya tersendiri.Cumanya saya juga sentiasa mengingatkan diri ini bahawa kami ibarat peha yang gebu...ha ha..cubit yang kanan, yang kiri akan terasa..

Persahabatan yang hampir menjangkau 10 tahun ini mematangkan fikiran saya. Banyak yang saya belajar dari sahabat ini. Dari segi akhlak, kemanusiaan, kasih sayang dan paling utama ilmu agama. Saya menyayangi sahabat saya ini kerana Allah. Walaupun tidak boleh dibandingkan seperti eratnya persahabatan antara Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Bakar tapi saya ingin menjadi seperti itu.

Kami bergurau senda, menangis ketawa dan hampir selalu bersama ke mana-mana terutama pergi bercuti dalam Malaysia ni dan terbaru ke luar negara pun Alhamdulillah bersama. Hampir sekali saya merasakan kami ni adik beradik kembar, cuma tak seiras..Bila di ingatkan waktu bergaduh, bersungguh-sungguh bertingkah kata..tapi itulah yang akan mengeratkan ukhuwah ini.  

Tapi kan selama mana kami boleh tak bercakap..saya akan mengalah juga sebab saya ni sahabat Wani yang manja..he he kena gak memanjakan diri padanya. Yang tak bestnya, Wani tak la pulak nak memanjakan saya rindu apatah lagi he he..

Saya doakan dan selalu doa semoga awak sahabat saya, Wani akan selalu sayang saya juga kerana Allah..dan persaudaraan ini akan kekal sehingga ke dalam Syurga Firdaus.Ameen.

Sunday, February 19, 2012

pasar mini kelate di Pantai Dalam

Bismillah...

Alhamdulillah, seperti yang di janjikan dengan Rohaya..kami pagi-pagi dah merentas kolumpur yang sejuk ni..pagi lagi dah hujan..orang kuala lumpur ni kalu hujan lagi la tarik selimut..so pendek kata jalan al-lengang

dari kampung baru, sekejap je nak sampai PAntai Dalam..pagi hari Ahadmavam kat tempat lain ada je pasar pagi tapi kat Pantai Dalam ni ada pasar pagi orang kelantan yang dok menjual.Walaupun kecil, walau tak sebanyak seperti di Pasar Siti Khadijah tapi amat bermakna bagi orang kelantan yang duduk di kuala lumpur ni terutama saya la kan..

Mak Rohaya teringin nak makan kuih muih kelantan..so, apa yang ada je la macam pulut panggang, akok, tapai,tepung gomak, laddu..
makanan lain macam laksam, laksa kelate pun ada, keropok lekor, beras pulut, beras siam, beras nasi dagang, ikan kering, lada solok,cili kelate, kerabu sare wah banyak pulak nak taip ni..

Hari ni saya cuma beli lada solok, ikan kering dan lada..opss ada lagi kuih cek mek. Macam-macam Rohaya ni nak belitapi kena tahan nafsu ek..
lain kali dia kata boleh datang lagi he he..saya dok cari ubi..tapi kali ni tak ada pulak..emm

Habis membeli, kami singgah kedai makan Kak Ram..apalagi pekena makan pagi la.kedai makan ni sempoi je tapi istimewa. Ada nasi berlauk yang amat simple seperti di kelantan..lauknya cuma masak lemak ikan,kari ayam dan kari daging, ayam goreng dan daging goreng tak lupa telur rebus di tambah dengan penyedap rasa timun dan air lada..

Yang sedia di bungkus pula ada nasi kerabu lauk ikan celup tepung..ha ha..korang penah makan lauk sempoi macam ni ke..? sure tak pernah tapi seperti pengalaman sedikit yang pernah saya alami ketika tinggal di kelantan, ini lah makanan terbaik..

kuih ada la sikit macam akok,pulut panggang,talam ubi keladi dan kuih bom..

borak-borak sambil makan..nikmatnya Alhamdulillah..

Habis makan, kami bergerak pulak ke pasar chow kit.Rohaya nak beli ikan, nak buat kuah laksam..pusing punya pusing, tapak parking tak de. biasa la pagi ahad kan..so, kami ke pasar Datok Keramat je..tawakal je sebab Rohaya kata susah parking.

Seperti pagi ni, jalan lengang dah sekejap je dah sampai pun, kami parking di depan sekolah sebelah Masjid..Rohaya beli daging dan ikan sardin, santan. Saya pulak teringat sup tulang yang belum sempurna masaknya..menambah pembelian kentang, daun sup dan daun bawang. Ok la ni kot..

Dah tak de apa nak beli, kami terus je balik sebab mak Rohaya sedang menunggu anaknya bawa balik makanan..dan sampai ke rumah Rohaya hantar, pagi tadi depan pintu runah ,Rohaya jemput saya..nakal netul la dia nih...!

Wah..bahan dah cukup..bubuh sikit bahan-bahan yang baru di beli...
didihkan sikit...perghhhh! marbeles la..bukan perasan perasaan ni bagus ni memang superb sebab saya risau tak menjadi..Alhamdulillah menjadi....he he..

aktiviti di malam hari

Bismillah...

dah masuk waktu pagi dah ni..mata masih tak boleh nak tidur..tu la banyak plak tertidur petang tadi..

kendian teringat nak makan ayam goreng, cari kat pasar malam tak berkenan pulak...sebab ayam goreng segera jenis drumstick tak de..aduyai..esok-esok ke kfc le nampaknya..cumanya bukan wajib le menuruti tuntutan nafsu tu..

tengah malam dah ni..takkan nak makan berat..apalagi goreng telur le jawabnya.
ramai yang ingat makan telur ni bahaya kolesterolnya..hakikatnya telur ni ada khasiatnya tersendiri..kalau tak percaya boleh tanya incik google.
goreng telur bubuh kicap..makan panas-panas...perghh!

pas tu teringat plak semalam g pasar malam Jelatek ada beli tulang daging..rebus malam ni kasi empuk.esok cari bahan nak bubuh juga dalam itu periuk..
bau dah sedap..macam tak sabar nak bubuh rempah ratus ribu nih...
cumanya menjadi ke nak wat sup tulang ni..ingat ngan tak je bahan-bahan utama..

last, masak sup kaki lembu masa raya haji..jadik je. ayah makan sampai licin gak (kalau tak sedap, ayah akan bagitau punya!)..kira sedap sikit la dari mak masak..mak masak sedap banyak...

tak pe kita rebus je tulang temulang nih..masuk tidur dulu..esok lain citer...

Thursday, February 16, 2012

Allah Maha Penyayang

Bismillah..

saya bersyukur kerana di beri rasa seperti ini.mungkin ia pernah berlaku tetapi kali ini amat pantas dan saya cuba mendalami rasa hati ini.

saya sedih dan tertanya tanya dengan siapakah patut saya kongsikan rasa sedih ini. seketika kemudian saya gembira dan saya juga mencari dengan siapa saya akan kongsikan rasa ini.

satu malam, sebelum mandi saya terbau satu wangian seperti pernah saya bau..(saya tak pasti adakah kapur barus) dan lantas teringat kan baju dan kain pakaian mak..
cari dan cari tapi bukan dari situ..

setiap hari saya ingat mak..pada ketika terbau ini pun terus ingat mak.
macam seram je plak tapi kan ish mana ada..dan saya hanya takut pada Allah je..dan Dia lah pelindung saya..

masa sakit dan demam tempohari saya baring tempat mak. seolah-olah mak masih ada dan masih terasa mak merapatkan dirinya pada saya dan akan bertanya..saya sakit kah..dan mak akan masak makanan kegemaran saya walaupun dia tahu..orang sakit mana la lalu nak makan..

dan mak akan picit-picit badan anaknya ni..
dan sejak bila saya tak ingat..saya dah jarang menitiskan airmata di depan mak..tapi mak tau je saya nangis..dan bila nangis mak tau saya sakit..

saya nak mengadu pun kat mak la..kena bully kat opis..terjumpa org itu dan ini di pertengahan jalan..dan macam macam..sampai saya diam baru mak akan bersuara..mak senyum.

banyak yang saya nak buat untuk mak tapi saya tahu mak dah tak perlukannya lagi sekarang sebab mak berada di sisi Allah..semoga mak tenang di sana..

rupanya Allah beri pinjam mak sehingga sampai waktunya saya kena sedar selayaknya Allah la tempat kita bergantung harap..terima kasih mak...sebab mak pernah ingatkan hal tu..cumanya bila saya ngadu kat mak..saya boleh peluk-peluk mak..mak picit-picit saya balik..

Mak.. saya akan selalu menangis bila teringat mak cerita pasal mak..saya nak cerita semua hal mak biar semua orang tahu..mak saya baik orangnya tak sama ngan mak orang lain tapi tu la..sambil menaip ni dah lencun lengan baju ni buat lap airmata..

mak pun sayang saya sayang anak-anaknya yang lain..mak sayang adik beradiknya..dan mak akan gelak bila saya tanya..mak sayang ayah tak..?

Ya Allah YA Rahman..
terima kasih kerana bagi saya mak yang baik, yang buat saya rindu sangat kat mak hari-hari..
saya sayang mak..semoga kita jumpa kat syurga jannah ye mak..sebab mak kata mak selalu doa kami semua anak-anak mak masuk syurga sekali ngan mak dan ayah..

Tuesday, February 14, 2012

DIAM

Bismillah...

Imam Syafie pernah ditanya kenapa beliau berdiam diri dengan kaum Muktazilah yang mencaci makinya di khalayak ramai. Beliau berkata.."Bersikap diam dalam menghadapi orang gila adalah kebajikan pada jiwa. Harimau di hutan itu lebih ditakuti kerana diamnya sedangkan anjing yang menyalak itu dilempar dengan batu"

"Diam itu juga adalah seperti perniagaan, meskipun kadang-kadang dirasakan tidak ada untung melakukannya, tetapi kita tidak rugi. Dan selalunyalah ia membawa keuntungan kepada pemiliknya"

Kata-kata hikmah dari Imam Shafie untuk kita jadikan pedoman dalam melakukan tindakan.. Semoga Allah menjadikan kita antara orang-orang yang sabar! Amiiin..

terima kasih Nurul Amir atas ilmu Allah ini..

Monday, February 13, 2012

Semoga mendapat umrah yang Mabrur...

Bismillah..

Hari ini teman pejabat lama, Nana berangkat pergi menunaikan umrah bersama kedua ibu bapanya..Alhamdulillah..

Allah telah memanggil hambaNya dan teman ini menyambutnya..rasa gembira dan sayu bila waktu dahulu ketika saya hanya menyampaikan berita pada Nana, saya ingin menunaikan umrah Nana segera mahu mengikut rombongan kami..Ya Allah, sungguh memang saya tak sangka teman ini beria-ia nak join sama.

Saya katakan pada Nana, beritahu mak dan minta izinnya..lantas Nana meletak telefon dan menghubungi maknya di kampung.
Tak lama selepas itu, Nana telefon saya balik..

"mak tak kasi pergi....mak suruh g ngan dia tahun depan..."

dan..saya hanya mampu tersenyum..dan meredakan keinginannya.."Nana, aku tau ko anak yang baik..dengarlah cakap mak..pergi lah ngan mak ko.."

"aah..mak cakap dah lama nak tunggu Nana 'buka mulut' nak g umrah..ni owg nak g ngan kak Nik..dia x bagi.."

macam budak kecik la pulak dia ni.." tak pelah, ada rezeki ko g tahun depan..cuba dengar apa mak ko cakap..lagipun pergi ngan famili lagi best..."

Alhamdulillah..itu cerita hampir 8 bulan yang lalu..dan rasanya ketika saya mengarang ceita ni, Nana dan keluarga serta ahli rombongannya telah menjejakkan kaki ke bumi Jeddah..insyaallah..

Selamat menunaikan ibadah umrah..gunakan peluang yang ada untuk lebih dekat dengan Allah..dan mendapat umrah yang mabrur ya hajjah...!

Friday, February 10, 2012

di Kelantan Darul Naim..ahaaaa

Bismillah....


Jumaat 3 Februari

Jeng...jeng..apa nak buat ek ari ni..seingat saya ari ni banyak kedai tak buka dan fikiran saya telah pun programkan hari ini adalah hari rehat seantero Kelantan..lepak-lepak sambil tengok tv..erk? ye ke..saya pun dah lama tak menonton tv sangat..emm apa ye nak buat..

Pagi-pagi dah makan kuih goreng berintikan kacang dan sardin..sedap sangat la plak..beza dengan Kuala Lumpur? makan yang dah siap masak dan dah sejuk..ni panas-panas lagi macam baru lepas goreng tu...dan saya tak berapa gemar minum air manis, so ignore je air yang ada..alamak! bukan jual mahal orang dah hidangkan tapi meme tak bulis nak terima la...ampun ye!

Mimi telefon tanya sama ada saya teringin tak nak ke Rantau Panjang..ha ha.idak le teman! hari tu dah pergi pun macam tak berapa nak jeliro..antara sebabnya dah la ramai orang pas tu suasana agak panas..Emm lagi best dan teruja kalau dapat masuk Mundok..jadi kan keputusannya dok di rumah la. Acara merehatkan diri dan minda ku..

Petang sikit baru ada rasa nak keluar rumah, saje je ajak Wani round Tanah Merah. Kalau dapat naik motor pun best. Jalan-jalan kat Pantai Timur ke..dah petang ni idea pun banyak...
Last, Wani bawa jalan ke Restoran Tepi Sungai. Minum air 'ice blended' emm.. special gak kan? Bawa sama 3 anak buahnya..kemudiannya kami singgah ke pasar malam..

Pasar malam kat sini pun kecik je..he he nak suka ambe..wah? betul ke nih?
Ingatkan besar la beria-ia saya jalan..tup-tup kecik je..tak tau nak beli apa, beli kuih sepit lagi..
Balik rumah dan makan malam je kat rumah lagi best..

Sabtu 4 Februari

Pagi-pagi kami dah bangun. Hari ni Wani ada exam untuk Kastam..jadinya kan saya amat berbesar hati mengikut jejak Wani ke tempat amik Peperiksaan ni..ha ha..maka dengan itu saya juga mengheret Tasneem terjebak bangun pagi dan ikut Wani..

Tak jauh pun tempat examnya..kat Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail, Nilam Puri (KIAS)..Boleh kenal tempat kan..?

Saya doakan moga Wani di permudahkan urusannya dan berjaya mendapat kerja ni..Ameen.
Sepeninggalan Wani, saya menggunakan masa yang ada untuk mencari dan menghubungi tempat penginapan di Cameron Highlands nanti..Macam tak percaya plak, hari ni kami akan terus ke sana sebaik sahaja Wani selesai exam.

Telefon dua tiga homestay, Alhamdulillah dapat..dan sementara tu Tasneem yang tidur dan pun terjaga. Lapar katanya..Panjang la kaki ni melangkah cari kedai makan..Ada je kedai makan kat Kelantan ni. yang penting usaha cari..syokkkk sangat!

Habis Exam, kami singgah ke Pasir Mas berkunjung ke rumah abang sulung Wani..makan lagi..best ada adik beradik ramai ni..banyak tempat boleh jalan, ukhuwah yang rapat dan err..banyak kena makan..suka!

Hampir jam 5 petang, 2 buah kereta bergerak dari Tanah Merah menuju ke Cameron Highlands, Pahang..

Insyaallah niat yang baik untuk tujuan yang baik..Hasilnya pasti baik..

Thursday, February 9, 2012

Kelantan..kami kembali lagi....yihaaa!

Bismillah..


1 Februari lagi

Malam selepas Wani dan saya dah balik rehat di rumah masing-masing..Wani mesej "kita balik kelate nak? ngan kereta.."( perancangan asal kami nak bercuti ke Cameron Highland pada Jumaat 3 Februari..)

Ntah la..saya pun tak tau nak kata apa bila membabitkan perjalanan jauh menaiki kenderaan melalui lebuhraya yang berbukit bukit dan berpusing pusing ni..seriau rasa..Nak ke Cameron pun saya dok fikir lagi ni..

Wani kata pagi esok dia akan mesej lagi kalau jadi nak balik kelantan.

2 Februari 


"Jom balik?.."

"barang tak kemas lagi.."

"Tak pe, Wani pergi anta kak In kerja dulu dan  mesti sempat nak amik Nik  kat rumah nanti.."

Saya pun apa lagi bergegas la mandi dan mengisi baju mana yang patut je dalam beg Deuter Hiking ni..beg penyelamat antarabangsa ni..sumbat la banyak mana pun baju..ringan jugak rasanya bila di pikul.

Lebih kurang 10.30 pagi kami mula gerak dari rumah..Minta izin dari ayah, pesan pada adik-adik ku supaya tengok-tengok kan ayah dan kain di ampaian.(baru basuh sebab ingatkan Wani tak jadi balik hari ni)

Apa-apa sarapan pagi amatlah penting. Singgah sebentar beli sarapan pagi untuk kami bertiga..dan perjalanan pun bermula..


Kami melalui Lebuhraya baru Lebuhraya Pantai Timur..Berhenti sebentar di RnR untuk makan sikit dan tidur. Tasneem dari mula perjalanan dah mula tidur..Anakanda yang sorang ni bangun pagi-pagi lagi kerana dah biasa ke sekolah dalam jam 7 pagi..nyenyak betul tidur sampai tak sempat sarapan pagi. Wani pun dah letih mata memandu..bagi chance la dia tidur..Kesian sahabat saya ni..dia sorang je drive..

Dan saya yang tak boleh tidur ni..layan Ipad  la..main games..dan akhirnya terlelap juga barang seketika..

Perjalanan di teruskan melalui Jabor dan terus ke Ajil..Singgah sebentar di pekan kecil Ajil sebab ada pasar malam..perut pun dah lapar ni..ingat mulanya nak makan nasi minyak terengganu..tapi tengok nasi kerabu pun sodap..pasar malam kampung kan seronok..walau tak banyak macam kat Jalan TAR tapi best sangat..bagi saya la..

Wani beli Nasi air perut..emm sedap tu tapi sebab tak keluar duit dari ATM, maka pembelian adalah terhad ye..ada hikmahnya kata Wani..(Wani tau saya boros..he he).dan saya sempat beli kuih sepit..

Memasuki pekan Kuala Berang - bandar Jagung dan melewati bandar Permaisuri..ni dah tak lama nak sampai ke Jerteh..dan dari Jerteh nak ke Kota Bharu mmakan masa lebih kurang satu jam setengah je tapi sebab kami ke Tanah Merah maka kami terus masuk ke Machang..Macam bermimpi balik ke Kelantan menaiki kereta. Sebelum ni pun pernah tapi kejadiannya hampir 3 tahun yang lalu..

Dah sampai bandar Tanah Merah. Saya tengok Wani happy je..mana kan tidak..kampung halaman tercinta..saya pun tumpang gembira sebab boleh ikut Wani balik walaupun bukan kampung saya..saya suka berada di kelantan..keadaan negeri yang aman, tenang suasana jauh dari kesibukan orang dan makanan yang sedap-sedap..murah pulak tu...emmmm

Sebelum jam 9.00 malam kami sampai di pintu tangga rumah Mek Wani..kedatangan kami memang di alu-alukan dengan Kak Nor telah menyediakan makanan untuk makan malam..he he macam tau-tau je kami lapar..memang lapar..rehat sambil makan-makan.

Mandi dan kemudian saya masuk bilik Wani untuk berehat. Tasneem saya biarkan dengan suku sakatnya bermain kerana dia dah puas tidur dalam kereta..Wani pula, mana lagi kalau bukan g bermanja ngan Mek..saya biarkan Wani sebab saya nak Wani biarkan saya tidur awal...he he..terima kasih Wani...

Malam yang sejuk..hujan di kelantan ni buat saya makin lena..

Facebook



Bismillah..

Saya juga pernah sependapat dan berfikir seperti Ustaz Hasrizal. Dan kini saya sedang cuba melakukannya seperti apa yang dikatakan 'beransur-ansur membiasakan diri menjadi pembaca"..saya cuba melupakan Fb sebagai medium perantara saya dengan teman-teman kerana ada teman saya yang tidak aktif menggunakan FB pun tapi masih ok dalam penghidupan seharian mereka.

Insyaallah ok dan saya hampir berjaya kerana Allah jua..


Apa yang berlaku pada diri anda jika anda senyum dan ketawa? Rasa seronok? Rasa bahagia? Hilang stress?
Jika ya, maka setiap awal pagi, lepas bangun, solat - carilah jalan/cara untuk menyebabkan diri anda tersenyum atau ketawa. InsyaAllah kehidupan sehari anda akan sentiasa bahagia dan gembira. Cuba lah! :) Imran Koyube

Hari untuk berlibur..

Bismillah...


1 Februari 2012

Hari ni hari sambutan Hari Wilayah buat warga kota Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan. Maka dengan ini di istiharkan CUTI..yuhuuuuuu!

DBKL atau lebih tepat penaungnya KementerianWilayah Persekutuan sediakan banyak goodies buat orang-orang yang kije kat KL ni. Antaranya la..boleh naik bas HoHo cuma seringgit sehari ni je tau, masuk taman-taman pun harga seringgit, naik Menara KL denga harga murah dari biasa, Aquaria 30%, naik kuda poney percuma, bot percuma ( di taman tasik Titiwangsa) kemudahan tandas awam percuma, saman di kurangkan sehingga 50%  dan banyak lagi.

Perancangan saya?

Wani awal-awal lagi dah bagitau nak naik bas HoHo..bukannya kami tak biasa jalan-jalan kat KL ni tapi yelah biasanya Wani yang akan memandu dan saya duduk je kat sebelah atau duduk di belakang..so hari  ni Wani ni nak la naik bas dan menghayati panorama Kuala Lumpur ni ( termasuk la saya he he..)

Dengan itu hajat Wani dan juga saya untuk menaiki bas HoHo tercapai la juga..Sapa yang tak mau naik kan nak lagi harga cuma seringgit seorang. pagi lagi kononnya dah gerak ke Taman Tasik Perdana untuk tunggu di stesen bas HoHo..Wani memilih untuk tunggu di stesen depan Taman Burung..sebab bila dah habis round satu KL, kami akan singgah ke dalam Taman Burung pula..Tak payah nak pusing jauh-jauh ..Emm bijak kan sahabatku ini?

Wani dan Tasneem, saya bersama adik ipar, Ejan dan Nik Putra pun dengan penuh rasa teruja menunggu di stesen ni..Ada satu keluarga lagi juga meletak kan kereta di depan Taman Burung ni..Emm..mesti dia pun nak naik bas HoHo dan kemudiannya pergi ke Taman Burung juga..tiru la tu! dan tanpa di sangka..Ibu kepada anak-anak seramai tiga orang tu adalah teman seasrama saya ketika di sekolah dahulu...Siti Hajar atau Atie..!

Atie ni Ketua Dorm F, ketua dorm saya la..memang tak kusangka tak kuduga..ha ha jumpa di sini ye..dan seperti saya katakan perancangan beliau dan suami adalah seperti yang Wani rancangkan, parking di situ dan ke Taman burung selepas selesai..dan yang menariknya beliau mendapat info mengenai atucara hari Wilayah ini melalui FB yang saya postkan tidak lama dahulu...!

Seronok memang seronok..mana tak nya sebelum ni hanya pelancong dari luar negara je yang naik. pelancong dalam negeri tak naik pun sebab harganya mahal. Ketika saya dan Wani ke Singapura dulu pun, kami menaiki bas sperti Hoho ni..tapi namanya lain DUCK TOUR..Walaupun saya dalam keadaan gering..namun saya gagahkan jua untuk menikmati saat-saat manis yang tercipta ni.

Hampir tiga jam kami melewati susur jalan Kuala Lumpur yang lengang ni. Jalan yang selalu sibuk dah tak sibuk seperti selalu. Relaks je ngan jalan tak jammed..cuaca pun agak redup je..
Dan sampai ke perhentian terakhir, kami singgah ke Taman Burung..Sebelum tu kami dah berhenti di Istana Negara lama untuk berehat dari duduk je dalam bas. Makan-makan dan ambil gambar..kemudian sambung ke perhentian seterusnya.

Taman Burung

Masuk Taman Burung pun seringgit je..berbaloi-baloi la juga..so apa nak citer selain hal burung je kan..yang penting ni antara tempat yang perlu di lawati disamping menikmati kehijauan yang masih ada di Kuala Lumpur ni. Antara tempat yang tenang dan redup je bila berada di sini..dan saya sukakannya! Tahniah la pada pihak yang berkenaan yang telah memberi idea untuk terciptanya tempat ini..

Ada spesis burung yang kita kenal dan hanya lihat dari jauh tapi di sini terasa dekat je..geram plak nak pegang dan tangkap!..isk! Ni yang orang kata jinak-jinak merpati...



Tasneem dan Putra yang teruja sangat ni..jalan laju-laju je..saya pun lebih kurang je tapi kelajuan tu kurang je dari mereka berdua ni..penat dah rasanya..berjalan seharian..

Nak cari air..nak cari air..hampir separuh tempat ni kami dah cover..lebihnya dah tak larat makcik oii!
Mana mau makan ni..G la restoran Hornbill tu yang dekat ngan taman ni.. Oppocot..tak pela..kami g jauh sikit la..Mahal sangat ni..

Kami pun beredar dari situ kononya nak ke kampung baru je tapi dah lapar na rasanya..Nak ke Bukit Aman..rasanya pun mahal kat situ sebab saya pernah kena 'cekik' tapi bantai je la..kesian ke anak-anak dah haus sangat..seperti yang di duga..mahalnya seolah kami ni orang luar..tapi apa nak di kata..Alhamdulillah kenyang juga..

Balik rumah jap..Kemudian keluar lagi ke Mid Valley...

bila hati terguris luka

Bismillah...

Selasa 31 januari 2012

Alhamdulillah selesai rutin saya sebagai pembantu yang berdedikasi kepada ketua saya. Insyaallah saya telah bersedia sepenuh jiwa dan raga untuk menyudahkan kerja saya sebelum ini sebelum waktunya. Dan seperti biasa saya yang tahu menurut perintah tidak akan melawan secara berdepan mahupun belakang tapi siapakah yang cuba memahami? Hanya Allah Maja Mengetahui.

Rehat (kejadian semalam) tp berkaitan dengan hari ini..

Saya mengikuti permintaan orang lain atas dasar kemanusiaan atas talian persaudaraan untuk mengisi kehendak manusia kecil walaupun bukan WAJIB. Dan saya kira bukan la menjadi kesalahan buat saya membantu. Apabila telah di datangkan waktu itu maka saya kian teruji lagi walaupun sekian kali saya mengetahuinya. Saya terjerat oleh sifat kemanusiaan. Tanpa ada simpati yang akan saya minta tapi saya mohon agar Allah selamatkan saya dari sebarang bencana FITNAH.

Tertekankah saya?

Insyaallah tidak. Saya cuba memusatkan fikiran saya kepada SAYA OK..Allah menguji saya kerana Allah sayangkan saya. seperti kata Prof  Muhaya: kita yang memilih untuk apa yang kita nak rasa..pilihlah bahagia.

Seperti 'kejadian' dahulu saya mengalaminya lagi pada hari ini pada saat genting ini. Dan saya perlu segera pulang kerana 'kejadian' itu tapi adakah sesiapa cuba memahaminya?. Andai ia adalah kali pertama, tiada orang akan faham dan jika ia adalah kejadian berulang, orang lain tetap tak akan faham malah tidak akan cuba memahaminya kerana mereka tidak duduk di dalam situasi saya!

Kerana itu juga saya titipkan pesanan yang saya kira akan di ambil peduli oleh orang lain. Insyaallah.
Berbekalkan keyakinan tersebut saya melangkah longlai mengharapkan Allah melindungi saya dari sebarang kejadian buruk berlaku.

Dan apabila malam setelah penat menghadapi hari sukar (saya terlelap akibat kekurangan banyak darah) saya di sampaikan satu berita yang saya kira mungkin menyakiti hati saya tetapi Alhamdulillah ianya lansung tidak tersentuh oleh hati kecil ini. Alhamdulillah..alhamdulillah..banyak kali saya ucapkannya..ntah kenapa saya rasa damai walaupun cuba di kejutkan dengan berita itu. Saya kira ianya hanyalah ujian kecil buat saya. Ini kerana saya telah memohon pada Allah agar hati saya tenang menerima ujianNya.

Seperti yang pernah saya nyatakan saya maafkan mereka-mereka yang terlibat kerana mereka dah pun jalankan kewajipan mereka. Betul atau salah hanya Allah lebih Mengetahui dan Allah jua Mengetahui ujian manakah lebih besar buat saya pada hari ini dan Dia berikan kepada saya kerana hanya Allah yang Tahu kemampuan hambaNya...

Terima kasih Allah..

Rumah idaman

Dengan nama Allah..

Bajet 2012 Malaysia baru je di umumkan..ada yang best ada yang tak best mengikut citarasa masing masing la kan..situasi masing masing juga. Kepada petani ada habuan mereka untuk surirumah berpendapatan rendah kurang dari RM3K ada habuan mereka..khas bagi anak anak sekolah pun tidak di lupa. bak kata orang kat tv berbayar tu..macam macam ada..

Semalam baru je dengar (coz i ngah masak, tak tengok la!)..kat tv rancangan bual bicara ngan orang bijak pandai kewangan mengenai ulas dan alasan mereka mengenai pembentangan DS Najib. Biasa la suma puji melangit esp bila hal hal ni mereka juga terbabit sekali dalam merancang dan menjayakannya..

Tapi bila di fikir secara kasar, semua rakyat berbilang bangsa kaum samada di kampung mahupun bandar, kerajaan dan swasta, suri rumah dan dari kanak- kanak ke usia pencen di 'beri' oleh DS habuan hasil kerja keras kerajaan. Kata mereka ni, sebab apa kita bagi..sebab sekarang kita ada duit. Kita TIDAK berhutang di negara luar. Kita berhutang dalam negara sahaja. Kita ada bahan mentah seperti minyak..yang dapat menampung kadar negara sendiri..cuma mereka kata untuk bayi je x ada!

He he ..tak tau nak ulas apa..bila minyak naik, kata kita perlu bayar itu dan ini..ops..ini hal negara..sila lah jangan masuk campur ok..

Apa yang ada dalam fikiran saya ialah macam mana nak beli rumah bila mana sebelum bajet pun harga rumah dah naik mendadak. Naik gaji pun bukan bererti boleh segera beli...warghhhh! nak nangis je nengok situasi semasa dalam paper ni (ye la, nak tau dari mana lagi).

..Kesian orang yang bekerja tapi masih berpendapatan rendah macam saya ni..bila boleh rasa ada rumah sendiri..perabut mengikut citarasa klasik ku itu..ha ha..


Kadar kelayakan bagi kakitangan awam..berkuatkuasa Januari 2011

Walau begitu pun.. saya yakin saya akan memperolehinya..insyaallah. Doa kan ye..!

Ralat: post ini telah di karang akhir tahu yang lalu tapi berada dalam kotak draft..emm tapi masih valid kan..?

Wednesday, February 8, 2012

Ujian Allah: Sejauh mana keredhaan kita..

Ujian Allah iaitu suatu perkara yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada sesiapa saja yang selagi dinamakan manusia (terutama orang-orang yang beriman kepada Allah), maka dia tidak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dari Allah SWT. Dalam kehidupan seharian ini, ujian Allah ini bergantung sejauh mana kecintaan kita terhadap yang Maha Pencipta.

Ada orang di uji dengan penyakit, ada yang terpaksa memelihara anak-anak yang cacat, ada yang suami penagih dadah, isteri yang ditinggalkan kerana perempuan lain, panas baran yang menyiksa isteri, malah ujian rumahtangga ini yang paling common sekali. Ada yang masih keci sudah diuji, dimana ibu bapa meninggal dunia, dirogol keluarga sendiri, diseksa ibu tiri dan macam-macam lagi di luar sana.

Andai dirimu di uji dengan kesusahan hidup, tetapkan hatimu dan bersangka baiklah (husnu dzon) pada Allah SWT. Itu tandanya Allah rindu untuk mendengar luahan bicaramu. Allah amat suka mendengar bisikan-bisikan hati yang rindu kasih sayangNya.

Sedang dirimu di uji, Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan. Ingatlah orang-orang yang dikasihi Allah SWT. Setiap kesusahan itu akan diakhiri dengan kebaikan dan kemuliaan. Maka hendaklah engkau lapangkan dadamu dan bersyukur penuh redha agar kebaikan dunia akhirat itu menjadi penghuni hatimu. Moga kedukaan itu berganti dengan ketenangan, redha dan ikhlas dalam setiap apa yang berlaku lantaran husno dzonnya engkau pada ALLAH SWT.

Ayat 2 Surah al-Ankabut, yang bermaksud,
"Adakah manusia itu mengira, bahwa Kami akan membiarkan sahaja mereka berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji oleh Allah swt."
Suatu peristiwa bilamana Saad bin Abi Waqash bertanya kepada Nabi saw, "Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling teruk kena uji?"...Lalu jawab Rasulullah saw, "Yang paling teruk kena uji ialah para nabi dan para rasul, kemudiannya golongan yang mengikut para nabi selepas zaman nabi (tabiin) dan kemudiannya golongan selepas tabiin yang mengikut para tabiin."

Allah s.w.t. berfirman "Tiadalah terjadi sesuatu bencana itu melainkan dengan kehendak Allah, dan siapa yang percaya kepada Allah nescaya dipimpin Allah hatinya" (Surah At-Taghabun:11)

Allah s.w.t. berfirman "Orang-orang yang beriman itu akan menjadi tenteram hati mereka. Ingatlah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenteram" (Surah Ar-Rad:28)

Oleh itu dengan mengenal diri, seseorang akan tahu dimana kelemahan dan kelebihan yang ada pada dirinya. Dia juga akan tahu, bagaimana untuk memperbaiki dan meningkatkan mutu ibadahnya kepada Allah SWT. Nabi SAW pernah  berkata "Sampaikan sesuatu, walaupun hanya dengan satu ayat"

- Artikel iluvislam.com